Pengikut

Isnin, 21 Mei 2012

Buku & Komentar 6: Dapur Wawa

Jom masak-masak dengan Wawa ^^

Dapur Wawa
Penulis: Ika Madera
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
ISBN 978-967-5118-81-4
Halaman : 415
Harga: RM18.00 / RM21.00
Cetakan 1- Mac 2012
Cetakan 2 - April 2012

Kata kulit belakang:

Semua orang suruh kahwin dan Wawa tidak pernah peduli. Wawa sudah penat bercinta, mencari, mengejar dan lebih suka bercinta dengan buku sahaja. Hinggalah bonda dan Kak Pah serahkan padanya fail 'Encik Abu'.

"Apa ni?" Fail biru dengan kod 100789 terletak di hadapan Wawa.
" Ini fail klein Kak Pah. Cuba Wawa lihat." Jawab Kak Pah.

Dalam fail itu, tertera biodata bujang trang tang tang 'Encik Abu' Abdullah, yang bonda yakin sangat-sangat, secocok dengan Wawa. Haah? Drebar mahu dicalonkan dengan Wawa, pekerja kelas atasan? Hesy, bonda! Tak sesuai langsung!

Tapi, jodoh itu di tangan Tuhan. Biarpun pada mulanya Wawa menolak, ternyata 'Encik Abu' itu jodohnya. Masalahnya, Wawa ni jarang sekali masuk ke dapur! Nanti nak kasi anak lelaki orang tu makan apa?

Maka berpencaklah Wawa di dapur, belajar memasak, belajar mengemudi kehidupan baharu; belajar menyesuaikan diri dengan kejutan-kejutan dalam hidup baharunya.

****
IKA MADERA, penulis dari Kota Singa ini kembali dengan memaparkan kisah kehidupan yang penuh suka duka. Dapur Wawa diadun dengan cukup rencah dan perasa oleh penulisnya, berserta resepi-resepi yang membuka selera!

Komentar saya:

Keterujaan nak memiliki naskhah kedua dari penulis Kota Singa ini sedikit terbantut sebab waktu order online dengan jemari seni, novel ni dah kehabisan stok dan kena tunggu stok baharu sampai. Jadi saya buat keputusan untuk membelinya waktu Pbakl 2012 yang lalu dan dapat juga jumpa penulisnya (Dapat juga resepi card dr Puan Ika Madera..thanks kak).

Rata-rata review yang dibaca sebelum saya baca sendiri karya ini, mesti rasa terliur tahap nak meleleh air liur dan harus ada makanan di depan mata..ahaks...hiperbola x ayat tuh... Dan saya juga sejujurnya turut mengulum lidah nak makan lasagne yang Encik Abu masakkan untuk Hannah. Hannah itu anak gadis yang secara tiba-tiba hadir antara mereka dan menyebabkan Wawa berperang dingin Encik Abu. Wahhhh, semua orang memuji lasagne itu, bonda yang mahir bersilat di dapur pun memuji menantunya itu tapi kalau dengan Wawa bukan main mahal lagi pujian bonda, ya!

Selain dari air liur yang mesti ditelan berkali-kali disebabkan jalinan resepi yang diselitkan secara santai dalam naskhah ini, saya juga mempunyai cabaran lain. Apa cabarannya?...Berebut naskhah ini dengan Cik Aimi yang teramatlah suka menilik periuk sup di kulit depan dengan pelbagai bahan masakan itu. Ahaks...mahu jadi chef ke anakku ini?...:)

Jalinan perencah yang sesuai dengan rencah hidup Wawa yang ada pelbagai warna memang tidak jemu untuk diulang baca. Apatah lagi dengan kehadiran insan-insan di sekeliling Wawa yang rata-rata tukang masak yang tahap Master chef itu membuat karya ini manis dengan caranya yang tersendiri. Rempah ratus emosi dan rasa Wawa sepanjang liku hidupnya juga penuh dengan ajaran yang berguna. Paling berkesn di hati saya saat Wawa  diuji dengan kehilangan sesuatu yang menjadi impiannya sekelian lama. Bagi saya di sinilah kekuatan olahan cerita ini kerana walaupun dalam pahit manis mengolah pelbagai resepi untuk meharmonikan rumahtangganya, dugaan kehilangan itu lebih besar natijahnya. Namun, betapa orang-orang di sekelilingnya tidak pernah meletakkan Wawa jauh hayut dengan laut kedukaan. Manisnya tetap muncul walaupun tanpa insan yang dilahirkan dari rahim sendiri tetapi kehadiran Hannah sudah mampu membuka pintu hati Wawa untuk mengalirkan rasa kasih untuk anak gadis itu dana anak -anak lain dengan reda.

Walaupun garapan karya ini terlalu sedikit tentang Encik Abu tetapi rasanya dia tetap mendapat tempat di hati saya..chewah.. Sebenarnya penamat kisah Encik Abu sudah dibaca sebelum membaca karya Dapur Wawa dalam blog Ika Madera.

Memang sesuatu yang unik untuk dijelajah melalui nukilan kedua dari penulis ini. Tahniah Kak Ika, ganbate!

Luvs,
KakChik

Jumaat, 18 Mei 2012

Buku & Komentar 5: Nah, untuk Awak!


Bersama Najiha mencari jati diri 
Nah, untuk Awak!
Penulis:Nirrosette
Penerbit: Jemari Seni Snd Bhd
ISBN 978-967-5118-86-9
Cetakan 1 - Mei 2012
Halaman : 474
Harga: RM 20.00 / RM 23.00

Kata kulit belakang:

Kau umpama pelangi yang terbentang di langit nan biru

Kata Najiha, hidup ini mudah. Punya babah yang menyayangi sepenuh hati. Kekasih hati yang sempurna di matanya. Kawan-kawan yang setia di sisi. Hidup Najiha sudah lengkap.

Namun, langit tak selalu cerah. Cinta hatinya bealih arah kepada orang yang dia percaya. Najiha terkedu seketika. Hidup ini bukan semudah yang dijangka. Lalu, dia mencari tenang di buki Korea. Tenang yang dicari sentiasa saja diganggu oleh Si Janggut Sejemput.

"Awak intip saya ke apa?"
"Nak intip awak buat apa? Tak ada maknanya."
"Habis tu mana-mana saya pergi kenapa saya nampak awak saja?"
"Tempat ni bukan awak yang punya."

Baru saja luka di hati ini ingin sembuh, Najiha diduga lagi dengan pemergian yang tersayang. Namun, Najiha pasti setiap yang berlaku, pasti ada hikmah-Nya. Jalan bahagia ada di depan matanya. Najiha hanya perlu memilih untuk ke kiri atau ke kanan.

Andai takdir jodohku bukan denganmu, aku percaya Dia telah memilih yang lebih baik untukmu.

*****
Selepas Ihklas, A.K! kini NIRROSETTE membawa kita menelusuri hidup Najiha yang percaya pada pengakhiran yangbahagia. Nah, untuk Awak! Sebuah kisah bahagia bersulam luka ini ditulis dengan pena yang cantik dan bahasa yang santai.

Komentar saya:

Sejujurnya, kita memang mengharapkan sesuatu yang manis daripada gambaran kulit muka depan yang manis dengan merah samar yang memang sinonim dengan gelaran gadis, Najiha. Bagi seorang anak gadis yang dimanja sementelah hanya dia yang dimiliki oleh babah setelah pemergian ibu selepas kelahirannya, ruang lingkup hidup gadis ini tidaklah terlalu luas. Di sekelilingnya, hanya ada babah, teman baiknya Nina dan Dian serta teman sejak kecil yang telah dinaiktaraf menjadi kekasih hati sejak lima tahun lalu, Ilham. Itu sudah cukup baginya yang tidak pernah mahu meminta lebih.

Apabila kebahagian yang pada hemahnya akan terus kekal dimilikinya diregut begitu, dia terpana seketika. Dia hilang keyakinan diri serta dia mula hilang ceria yang menjadi identiti diri. Kenapa orang yang dipercayai tega melukai hatinya? Tidak cukup setiakah dia atau si kekasih hati yang curang?

Lalu dia membawa hati yang berdarah ke bumi Korea, bumi yang sentiasa dalam anganan untuk dijejaki. Pemergian yang secara paksa rela oleh babah dan Nina yang kononya untuk mencari semangat baru dan mengubati hati yang rawan. Dia tidak pernah tahu bahawa pemergiannya itu akan diiringi dengan teman yang padanya tidak pernah dia ingini. Lelaki yang padanya selalu buat darahnya tersirap tanpa dapat dikawal. Namun dia tidak pernah terfikir bahawa lelaki itu sememangnya memegang amanah babah.

Pemergian babah secara mengejut juga makin menambahkan rencam hati Najiha, dia teruji lagi dengan dugaan yang menimpa diri. Namun hikmah di sebalik kejadian itu membuka hatinya untuk menjadi insan lebih baik di sisi Tuhan. Saat dia pasti dengan pilihan antara Fahri dan jejaka itu, dia teruji lagi lalu dia hanya berserah dan membuka hatinya untuk lelaki yang sudah mampu memiliki hati.

Padanya segala bahagia itu sudah dalam genggaman selepas bergelar isteri, tetapi kenapa kebahagiaan itu direnggut lagi dengan isu yang buat dia sudah hilang percaya pada lelaki bergelar suami? Adakah selamanya Najiha mahu terus hidup begitu, atau jalan penyelesaian bagaimana?

Pada pengamatan saya Nirrosette masih menggunakan lelaki yang baik sebagai medium yang tersembunyi dalam karyanya seperti karya pertama beliau. Namun begitu medium itu tidaklah terlalu menonjol dalam karya ini. Peranan Najiha yang digambarkan sedikit mempunyai persamaan seperti watak utama dalam karya pertama beliau walaupun Najiha itu tidaklah terlalu buta tentang agama. Karya penulis muda ini masih mempunyai nilai islamik yang santai yang sesuai untuk bacaan setiap lapisan masyarakat dengan isu-isu semasa yang dirungkai secara ringkas. Walaupun kadang kala saya bagaikan terlihat bayangan identiti penulis lain di sebalik nukilannya.

Luvs,
KakChik




Rabu, 16 Mei 2012

Alhamdulillah...:)

Yes,,,alhamdulillah..
She's getting well...
Dah dua mlm demam x kebah..
Semalam..langsung x lena tidur ..
Dan x boleh minum susu sebab mulut sakit...
Dengan ayah tiada lagi..
Dugaan sungguh untuk ibu...
Tapi x pe, ibu reda demi mu anakku..

Tapi alhamdulillah...hari ni dah kurang sikit panas...
Walaupun pagi tadi menangis bagai nak rak x mao pergi rumah tok...

Alahai anakku,
Ibu tenang hati lepas tengok senyuman di bibirmu..
Moga cepat sembuh ye..:)

Harap senyuman selalu di bibirmu..:)
Luvs,
KakChik

Isnin, 14 Mei 2012

Buku & Komentar 4: Senyum Sampai Langit

Comel kan cover dia..:)

Penulis :Syasyaja
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
ISBN 978-967-5118-88-3
Harga: RM 20.00 / RM23.00
Muka surat: 483
Cetakan 1 - Mei 2012

Kata kulit belakang:

Kebahagiaan akan datang kalau kita tidak menghalang diri kita daripada mengecap kebahagiaan

Aufa mahukan anjakan paradigma - melalui perkahwinan! Tetapi tidak mempunyai calon suami. Mungkin memang betul wujud 'hantu kahwin' dalam dunia ni dan telah berjaya merasuk fikiran Aufa. Idea gila ini menemukan Aufa dengan 'jejaka idaman Malaya'.

"Kenapa awak nak kahwin dengan saya?"
"Saya ada cakap ke yang saya nak kahwin dengan awak?"
"Habis tu, kenapa pulak awak ada dekat sini?"
"Mak saya suruh kenal-kenal dengan awak."
Jeda.
"Awak pulak?"
"Ibu saya cakap, saya kena berkenalan dengan awak."

Ya, jejaka tu langsung tak termasuk dalam senarai jejaka idaman Aufa. Aufa mahukan lelaki bermulut manis seperi Bruno Mars. Tapi yang dia dapat lelaki dari Planet Mars yang kerek! Tapi yang kerek itulah yang berjaya buat dia gila bayang tahap melayang terbang sampai ke bulan.

*****
SYASYAJA yang dikenali sebagai BULANHIJAUdi weblognya, menulis tentang gadis muda yang mencari bahagia dengan gaya santai yang membuat kita senyum sampai ke langit.

Komentar saya:

Kulit muka yang comel memang buat tangan terus capai saja naskhah ni di rak booth jemari seni ketika pbakl 2012. Memang comel la cover buku ni.

Gaya santai penulis memang mampu meringan kepala yang berserabut dengan bahasa yang mudah untuk dihadam tambahan lagi dengan terms yang poyo. Tapi pada saya yang memang amat jarang membaca/mengikuti perkembangan e-novel, karya ini masih belum mampu membuat saya tersenyum sampai ke langit. Mungkin sudah mahu cecah ke langit tetapi sedikit tergantung di awanan.

Bak kata seorang teman, x-factor penting bagi sesuatu karya dan saya tidak temui x-factor tersebut. Namun begitu sekalung tahniah buat penulis yang telah berjaya menghasilkan karya sulung secara cetak. Moga permulaan langkah ini akan memberi pulangan yang baik pada masa depan.

Mungkin kalau penulis memberi ruang yang lebih kepada permasalahan keluarga Aufa dan juga rasa yang ditelan Hakim selepas kehilangan, karya ini mampu mengikat hati saya.

Walaupun begitu, saya temui sesuatu yang melekat di hati:

'Setiap nafas kita adalah pinjaman dari Tuhan, yang hanya menunggu masa untuk diberhentikan.' - Syasyaja, SSL:470.

Luvs,
Kchik

Jumaat, 11 Mei 2012

Memborong @ Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012


Aiseh....dah hampir 2 minggu dah berlalu citer ni..tapi baru ada time nak citer-citer sikit...woooohooooo....first time berkesempatan ke sana....(nampak sgt jakun,kan?)....Tapi memang berbaloi...sekali ada peluang.. 2 hari berderet cheq jejak pwtc tu..dah rezeki kan..jgn tolak...28 April,pergi memang dah rancang..dr pulau naik flight pagi..dr lcct terus ambil klia transit sebab takut jalan jem coz ada Bersih 3.0....sampai kat kl sentral dlm 11 lebih..lepak dkt burger king tunggu cik oren n puan dla...makkkk aiiishhhhh,depa dr batu tiga x smp lg,cheq dr jauh ni yg smp dl....masa dok tunggu depa kat kl sentral tu..dah cuak semacam bila dengar siren polis.....huwwaaaaa..jgn la depa dok wat kacau kat sini....dib baik cik oren n puan dla smp dlm pkl 12 lbh..depa lambat sebab train asyik penuh jer dr sana..ye la,dah semua org pakat naik train kan????

Naik KLIA Transit terus ke KL Sentral

Breakfast kat sini sat

Mereka yang setia teman cheq...:)
So, dr kl sentral,terus ambil lrt ke masjid jamek,sekali kat masid jamek x leh kuar sebab stesen dah tutup..wooooyooooo,dah ramai yg dok berhimpun Bersih 3.0,kita tgk je dr atas n snap pic 3 keping.....n terus naik putra tanpa beli token sebab dah x boleh nak kuar kan...n bayar tokeb kat kaunter kat stesen pwtc...tu jer jalan penyelesaiannya....huhhhhhhh,yeahaaaaaa.....dah selamat dah....

Bersih 3.0
wahhhhh,semangat berkobar-kobar nak ke pesta buku..dok berangan je dari berbulan-bulan dah kan...sekali dah sampai terus borong sakan...kikiki,sampai cik oren n puan dla dah pening...mcm mana ko nak hangkut nobel2 ni aziiiii???? Depa yg dok pening tolong pikiq tp tuan punya badan boleh plak buat selamba derk.....eh, korang terima kasih bebanyak utk segala tenaga yg aku ambik ari tu...sayang korang....:)

Booth pertama yang kami singgah, of course la Jemari Seni..nasib baik masa kami sampai tu x ramai sangat orang la kan...kat situ jugak jumpa puan PA, tzaraz a.k.a puan miza..kikikiki..peluk cium x hengat eh kita masa tu...memula tu, saya malu2 p tegur kak jihan, yg sedang posing santai kat tepi pintu masuk dewan tu..(akak,pssttt jgn x taw saya perasan akak dok wat exercise kaki masa tu taw..mungkin dah abes booth akak tawaf tgh hari tu kan)...tapi sayang terlupa nak snap pic dgn kak jihan...lepas tu jumpa kakyah, kak wan, dengan selamba derk cheq jer p tegur kak ika..kikikiki...borong siap2 buku kat booth js tu (guna kupon baucar RM100 yg menang ari tu yer,,cuma tambah RM1.20 + RM15.00 utk buku Nah, Untuk Awak! yang kakwan tolong beli ari jumaat tu sebab nak ambik TT cik Nirro...sempat tegur2 dengan iman xara juga tp x snap pic pun...lepas borong kat js n dgn muka x tau malu, siap tumpang simpan segala benda kat bawah meja penulis bertugas..heheheh...sungguh selamba derk je ko cik jijah,eh....

Booth Jemari Seni..di situ nampak Ika Madera & Iman Xara ye

Kak Wan Amalyn...

Yeahhaaa...dpt snap pic dgn Kak Ika Madera

With Syud...:)
Lepas tu kami serang booth lain la plak kan...karangkraf, kaki novel, pts, popular kat sebelah js tu...dan yang penting p jumpe kaksu....akhirnya dapat gak pelum cium pipi kaksu..walaupun malu x hengat bila adik2 kat booth js adiwarna macam pelik tgk saya kan?...terima kasih kaksu dgn layanan yg tip top..masa tu nampak En Imaen tapi saya malu nak tegur..minta TT kaksu n chat sekejap jer sebab kejar masa nak dating dengan cik miza...

Booth Karangkraf...satu dewan penuh ye

Booth JS Adiwarna

Alhamdulillah akhir dpt juga jumpa Noor Suraya a.k.a KakSu yg sangat humble

Geng yang dpt berkumpul 4 ketul jer...^_^
lepas tu rehat sat p makan kat the mall depan tu...lepak2 kejap..geng kami 4 ketul ni..chit chat kejap..koranggggg,sayang kan mcm x sempat nak citer bebanyak..ye la, puan PA pun dah nak balik, baby sampai dah terlentok masa tunggu mummy dia dok nyembang x hengat dunia tu...kikikiki..tukar-tukar gift...peluk cium...nnnnnnnnnnnnnn....kami p sambung shopping lagi kat pwtc....

pusing-pusing,jenguk-jenguk booth mana yang kami x masuk lg..kikiki.lari kejap p jumpa Hani Fazuha dekat lobby seri pacific tu..aduhaiiii hani,susah betul kita nak berjumpa ye..sayang masa cemburu sangat dengan kita..x sempat pun nak chat lelama kan...anyway, tq for the gift ye....lepas tu p ambik barang-barang yg cheq tinggal kat booth js tu..peluk cium dgn kakwan sebelum balik..snap pic dgn kak ika n syud...jumpe cik Nazurah Aishah tp terlupa nak snap pic...aduhaiiii..n malu nak tegur En Pingu Toha yang busy tgh TT buku peminat...dah lebih pukul 6 petang kami pun take off from pwtc...dgn hangkut beban yg memang luar alam...cik oren n puan dla dah makin pening...mcm maner ko nak hangkut ni,aziiii oiiiiii?...so,jalan penyelesaian, ambik teksi terus ke setapak indah..dlm pkl 7.45mlm baru selamat landing kat rumah member....yeaahaaaaa, memang berjimba sakan la,,,dr pagi sampai ke mlm...

With Hani Fazuha
Lepas tu kan...member plak kata cenggini...eh,esok kita pegi pwtc nak x?...laju je cheq wajab...nakkkkkkk...sebenarnya cik ita sudah terpengaruh dengan novel2 yang kakchik beli...kikikiki...malam tu after 12midnight baru tido sebab sebuk dok belek buku-buku dgn sumbat dalam kotak sebab esok pepagi nak ke pwtc n shopping baju raya kat masjid jamek....

29 april..pagi-pagi lagi dah kuar rumah..dr lrt taman melati terus ke pwtc...sampai sana dlm 10.15pg...mak aiishhhh,orang memang dah penuh...ari ni x borong buku pun,cuma teman cik ita beli buku n cheq p tunjuk muka sat kat booth js n p bayar hutang (nasib baik la teringat..hutang kat kakwan yg tolong beli buku cik nirro tu),jumpa kak ika,jumpa syuq jugak...lepas tu naik ke js adiwarna sebab semalam terlupa nak ambik TT En Imaen...eh, malu tau bila en imaen tanya nama..cheq bagitau nama cheq n dia kata, ohhhh,,dia sebut nama penuh cheq....segan tau..lepas tu dah dia tau cheq lidah sama 'dialek' dgn dia terus pulak boleh borak kat depan booth tu...jumpa jugak En Hafizul utk ambil TT dia yang siap ada karektor jepang tu...n x taw pun cik Kamalia bertugas kat booth tu, jadi x bawa la buku Gerabak Merah Jambu tu...lepas cheq nampak, anys@ Rnysa penulis RADHA..p tegur anys sat, memang rezeki nak jumpa dia...peluk cium..n anys dgn ayat..comelnya kakchik...comel ke?..kikikiki...jumpa kaksu lagi...yeehaaaa..dpt peluk cium lagi taw..(ayat kaksu yg humble: itu la semalam eksyen cakap x nak datang lagi)...kikikiki...berpeluang juga jumpa puan nawir....lepas tu turun ke booth KN..ambik TT Acik Lana N Suri Ryana...

Nasib teringat nak snap pic Sungai Melaka ni...:D

Rnysa....:)

Puan Nawir...

Penulis KN..Acik Lana

Suri Ryana..comel sangat dia ni..

Lepas tu terus p mkn kat mall depan..tq cik ita yg belanja kita makan pizza...:)...aku kelip2 mata bebanyak sebab ko harus taw kat pulau ni x pizza hut taw...uhukhukhuk...lepas makan terus p masjid jamek..shopping benda lain plak kan...smp rumah dlm cik ita dalam pkl 3..packing...solat+bersiap...n take off to airport sebab flight pkl 9 mlm...tq pada amalina,adik cik ita yg kena hantar kakchik ke KL sentral sebab kakchik x cukup tangan nak carry semua reta tu...

Jadiii...inilah hasilnya selepas cheq berjimba selama 2 hari take off from pulau...

  1. Seadanya Kamu, Iman Xara - Jemari Seni
  2. Mr Right Buat An, Ruby Hazri - Jemari Seni
  3. Nah, Untuk Awak!, Nirrosette - Jemari Seni
  4. Velvel Di Durhan, Aishah Madadiy - Jemari Seni
  5. Senyum Sampai Langit, Syasyaja - Jemari Seni
  6. Dapur Wawa, Ika Madera - Jemari Seni
  7. Novel Untuk Asyikin, Ismad Astar - Jemari Seni
  8. Sigaranging, Imaen - Jemari Seni
  9. Hikayat Hang Tuah, Noor Suraya - JS Adiwarna
  10. Gerabak Merah Jambu, Kamalia - JS Adiwarna
  11. Kurung Biru Untuk Alia, Nazwa Rafaei - JS Adiwarna
  12. Damai Aku Dalam Haruman Sakura, Hafizul Osman - JS Adiwarna
  13. Dorm Puteri Banafsaji - JS Adiwarna
  14. Terus Cintai Aku, Aleeya Anessa - Alaf 21
  15. Ingin Berkasih Lagi, Damya Hana - Alaf 21
  16. Jujur Aku Setia, Eka Faraha - Alaf 21
  17. Alahai Mat Saleh, Zan Zarida- Alaf 21
  18. Curi-curi Suka, Liyana Zahim - Alaf 21
  19. Venom Suria, Mazni Aznita - Buku Prima
  20. Menunggu Keretapi, Norhayati Berahim - NB Kara
  21. ...dan Cinta Pun Tersenyum...,Nora Ismail - NB Kara
  22. Maaf Jika Aku Tidak Sempurna, Acik Lana - Kaki Novel
  23. Isteri Separuh Masa, Suri Ryana - Kaki Novel
  24. Suami Yang Kubenci, E-man Sufi - KaryaSeni
  25. Sebenarnya, Saya Isteri Dia, Zura Asyfar - KaryaSeni
  26. Suami Aku Ustaz, Hannah Danniyah - KaryaSeni
  27. Terlerai Kasih, Rehan Mokhtar - KaryaSeni
  28. Takdir itu Milik Aku, Siti Rosmizah - SR Publication
  29. Bidadari Salju - SR Publication
  30. 2 buah buku motivasi
  31. 9 buah buku resepi yg nipis (chehhhh,macam rajin nak masak!)
  32. oopppsss...x lupa juga buku utk Cik Aimi kita, ibu cuma beli 5 ketul je..chet. :(
Selain itu, ada 6 buah buku kiriman dari kak Hani yang satu ofis dengan cheq...nasib baik x kena extra luggage taw....kikikiki....

Bila tahun nak abes baca ni..

Kotak2 ...


Untuk semua yang cheq jumpa kat sana, terima kasih semua untuk sapaan n ukhuwah yang terjalin...minta maaf kalau ada terkasar bahasa taw...terima kasih juga utk segala gift yang melambak..

Gift from Hani Fazuha

Gift from Kak Wan

Hamper Body Shop utk hadiah ulatbuku

Untuk puan Dla n cik oren..hope tahun depan korang x serik bawak aku shopping buku lg kalau ada rezeki...buat cik ita n amalina, tq so much for hospitality n teman shopping baju raya kami....

Ita N Amalina...yg banyak melayan cheq...

Harap tahun depan ada rezeki lagi nak jejak pwtc...:)

Till next text peeps...

Luvs,
KakChik

Ahad, 6 Mei 2012

Buku & Komentar 3: Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa

Mudah hadam & ringkas

Penulis:Ustaz Azhar Idrus
Penerbit:PTS Islamika Sdn Bhd
ISBN 978-967-366-102-2
Harga:RM15.00 / RM17.00
Muka surat:180
Terbitan 1- 2011
Cetakan ke 17 - 2012

Komentar dari sudut hati:

Antara buku yang dibeli semasa ziarah ke Pbakl 2012 di PWTC.

Isi buku ini dibukukan berdasarkan permasalahan orang ramai (umat Islam) masa kini ketika sesi ceramah atau bual bicara bersama Ustaz Azhar Idrus. Dengan penyampaian yang lebih mudah dan santai berserta contoh-contoh yang diambil disertakan pula dengan dalil dan nas yang sahih mampu memberi input dan penerangan yang ringkas dan mudah difahami.

Tak rugi beli dan baca buku ni...

Luvs,
KChik

Khamis, 3 Mei 2012

Buku & Komentar 2: Transit Cinta


Karya anak muda yang berbakat besar


Penulis : Iqbal Syarie
Penerbit: JS Adiwarna Sdn Bhd
ISN978-967-0201-27-6
Harga: RM20.00/ RM22.00
Terbitan 1-Februari 2012

...kerana Dia yang memegang hati...

Blurb:
setiap manusia punya sejarahnya,
lalu dengan sejarah mereka menganyam masa depan

Akiff Firdaus, sedih sekali! Seluruh ahli keluarganya telah terkorban dalam sebuah nahas udara. Kehilangan itu membuat dunia yang luas terasa sempit tiba-tiba. Pertemuan semula dengan Diana, memacu dirinya untuk segera pulih membina sebuah hati yang baru. Sayangnya Diana juga pergi tanpa pesan. Bagaimana pula jiwa yang sedang bertatih itu mahu kembali bernyawa jika satu-satunya 'sang matahari' dia hilang tanpa menunggu senja?

            Aku seorang pencinta,
            Yang memiliki cinta dan menawarkan cinta,
            Yang menghargai cinta buat yang menghamparkan cinta,
            Yang bahagia dalam sujud pada Sang Pencinta cinta.

Lalu, segala misteri perubahan Diana terungkai jua. Siapa sangka gadis yang lenah menjadi hamba Tuhan yang sangat dekat dengan Penciptanya itu berubah sedemikian rupa. Diana yang dahulu dan Diana yang kini ibarat matahari yang sedang menelan cahaya. Dia yang dahulu dengan dia yang sekarang bagaikan api yang menyalakan dingin!

Lalu, di mana 'cinta' ini harus berlabuh?

******
Iqbal Syarie menggunakan pengetahuannya sebagai penyelenggara pesawat untuk menulis cerita penuh pengisian ini. Akiff-Diana, dua watak yang terperangkap dalama takdir yang tidak tersangka, dan kecekalan mereka membawa ke Transit Cinta hakiki.

Komentar dari sudut hati:

Alhamdulillah, saya membuat keputusan yang tepat apabila membawa naskhah ini menemani ke pesta buku di PWTC. Perjalanan yang panjang (kerana menunggu)memang terisi dengan keindahan bahasa dan juga dakwah yang disampaikan secara santai oleh penulis berbakat ini. Saya kira, penulis sudah sedikit matang daripada karya pertama, namun begitu masih ada lompong yang boleh ditampalkan untuk mengindahkan karya ini.

Perjuangan dua watak utama yang saya kira diolah secara tidak adil kerana watak Akiff lebih diberi penekanan tapi mungkin ia juga mencermin yang menggambarkan perjuangan penulis itu sendiri. Walaupun watak Akiff mendapat sokongan yang lebih daripada penulis, watak-watak sampingan masih memberi kesan kepada keseluruhan kisah di sebalik Transit Cinta ini.

Namun begitu, pada hemah saya karya ini akan lebih memberi isi jika watak Diana itu diberi ruang yang lebih luas kerana sudah pasti saya mahu 'bersamanya' ketika dia dekat dengan Penciptanya sehingga dia hilang nikmat syukur dan hilang keyakinan kepada Tuhannya dan paradigma yang dilalui sehingga dia mampu mendidik hati untuk kembali taat kembali kepada Penciptanya. Walaupun dihikayatkan Fatihin yang memberi rangsangan kepada Diana untuk mencari damai hati tetapi jalan susur untuknya kembali terlalu kurang diberi ruang dalam karya ini.

Namun begitu, nukilan Saudara Iqbal masih mempunyai suatu misteri yang harus dihadam dan digali untuk suatu perubahan sahsiah dan jalan hidup yang lebih baik di sisi Islam itu sendiri kerana betapa selama ini kita terlalu digula-gulakan sehingga kita hingga nikmat syukur dan yakin diri sebagai umat Islam.

Suatu karya suara generasi baru yang berani memberi pendapat tentang politik negara, agama dan bahasa yang indah dalam menyampaikan dakwah. Tahniah kepada penulis muda ini, walaupun saya sedikit terkilan kerana tiada pengakhiran kisah Sarah (adik Diana) yang berada di bumi Aberdeen. Bagaimana anak sekecil 10 tahun itu hidup sendiri dengan abang yang sudah dikristiankan dan juga datuk nenek yang memberi tekanan. Saya kira kisah si anak kecil ini pasti menarik jika dicoretkan.

Dan selepas 2 hari berkelana bersamanya saya dengan rendah hati memberi 4 BINTANG untuk usaha penulis muda ini. Moga beliau tetap istiqomah dalam langkah dakwah ini.

"Pemuda yang mati daripada dakwah, ialah pemuda yang mati tanpa dikuburkan" - Transit Cinta, 352.

Till next text ya..

Luvs,
KChik