Pengikut

Khamis, 18 Oktober 2012

Terima sebagai peringatan!

Seminggu lepas ada seorang boss kat tempat kerja tegur KChik tentang sesuatu yang KChik telah buat silap. Mungkin juga sebab kitorang bercakap pun mcm geng saja jadi KChik terlupa yang hari tu dia ada bawa guest. Jadi KChik terbetulkan fakta yang dia bagi kat guest tu..Tapppiiiiiii, silapnya KChik betulkan that info depan  orang tu juga,itu yang dia rasa KChik x patut buat macam tu...walaupun sepatutnya fakta tu boss mesti kena tahu sebab itu adalah sesuatu yang koman guest akan tanya...

Sebenarnya kalau boss tu x tegur KChik pun x perasan, jadi itu adalah suatu peringatan supaya next time kena lebih concern dan lagi senang senyap jer...:)

Think positive, take positive and move on for best result..

Luvs,
KakChik

Sabtu, 6 Oktober 2012

Kerna terlewat....


Huishhhh...kemain lagi tajuk kat atas tu.

Alkisahnya semalam terjadi benda yang buat Kchik malu sesangat. Udah le pagi semalam hujan turun muncurah2 jer kat bumi pulau bertuah ni. Dengan kedinginan yang aman damai ditambah suasana sunyi sepi, memang idok la Kchik sedar, gua udah terlewat...kuang kuang kuang...tapi sebenarnya silap sendiri sebab mlm tu dok berjaga baca novel sampai 4 pagi.

Apa lagi kelam kelibut la bangun lepas telek jam kat phone dah 08.08 am. terus bangun ambik spek, pi telek pulak jam kat decoder astro tu,,,huwaaa...konpem lambat. Terus kejut En Azman, masuk bilik air, mandi kira ambil syarat jer la...pakai uniform mana sempat capai jer la, nasib baik semua ada kat situ jer.

Cik Aimi pun bangun, x de buat hal. terus En Azman pakaikan baju. Bila buka je pintu rumah Cik Aimi terus je cakap.."Eh hujan la ayah, naik keta."


Kchik capai stoking kaki tangan sumbat dalam poket seluar, pakai tudung, galas beg,kunci pintu dan memang sah lambat...ni mesti jam kat phone tu yang ngok ni...biasanya bunyi dua kali tapi naper pagi x bunyi..dok ngumpat dalam hati..tapi memang salah sendiri pun kan?

Terus pi hantar Cik Aimi rumah tok dia..En Azman terus pecut ke opis...adik kat post guard tu siap perli lagi, Kchik nak bot pukul brp?....Adoiiiii....malu weh....

Dan punch card gua udah merah di awal bulan...08.23 am...sungguh x suka...


Hasil khilaf sendiri, pakai aje mana sempat capai. Janji orang x nampak..kikikiki


4 thn 1 bulan 21 hari

Semalam Cik Aimi pegi kedai dgn ibu ayah lepas diambil dr rumah tok. Seperti biasa keterujaan Cik Aimi kalau dibawa ke kedai dua hengget tuh...banyak jer benda dia nak rembat. Kalau dengan ibu tu liat la sket sebab ibu malas nak layan.  Tapi kalau dengan ayah, on ajer.

Jadi hasil nya Cik Aimi dpt puzzle and seplastik belon. Ibu cukup x suka dia beli belon sebab yang tukang kena tiupnya ..ibu la kan..ayah mana nak layan tiup2 belon ni.

Dia kalau boleh semua belon tu nak suruh tiup. sampai kejang mulut ibu. Jadi ibu cari helah kata, dah byk yang ditiup tp dia x main pun.

Lepas tu dia dok buat kira la plak belon2 tu. Dan ada satu belon yang ibu tiup tapi x ikat. Dah jadi sedikit kendur,sekali dia tiup, kembung la belon tu. Terus Cik Aimi teruja dan dia main tiup lepas, tiup lepas. Sambil sengih2 & tayang2 depan ibu.kira dok bangga la tu.

Lepas tu, mlm bola ayahbalik,terus dia dok tayang depan ayah dia pulak..kikikiki.Punya la dia syok dok tiup belon tu, sekali belon tu pecah kat mulut, hahahah. Ayah gelak jer la.

Aishhhh, Cik Aimi sudah makin besar, cerdik dan banyak akal.

Buah hati pengarang jantung ibu ayah.