Pengikut

Isnin, 21 Januari 2013

Be positive


Kata motivator yang pernah KakChik jumpa, " Kita sebagai manusia yang perlu berubah dan menyesuaikan diri dengan keadaan dan tempat bukan sebaliknya."

Jadi azam KakChik untuk lebih positif dalam keadaan dan situasi yang selalu KakChik pening dengan lambakan rutin harian, Tetapi pada KakChik, kita perlu tegas dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah di tempat kerja. Kadangkala kita perlu menjadi pembangkang untuk sesuatu yang perlu dan betul kerana tidak semua manusia itu sempurna. Kenapa harus kita jadi orang yang hanya mengangguk setuju, sedangkan perkara yang diutarakan/diputuskan itu tidak benar/relevan. Waima dia seorang ketua sekalipun, mereka juga seperti kita tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Tegurlah dengan berhemah dan lapangkan dada dan minta untuk menerima teguran.


Be positive untuk semua perkara yang lebih baik...


Luvs,

KakChik

Keep writing...

Sila jangan terpengaruh dengan tajuk di atas...kikiki. Cumanya KakChik nak tanam semangat yang lebih agar tahun ni makin bertambahlah tahap kerajinan KakChik untuk menulis resensi. Satu yang KakChik belajar daripada menulis resensi ni ialah kisah atau apa yang tertulis dalam buku/novel yang diluahkan oleh penulis pasti ada baik buruk yang boleh dijadikan iktibar. Jadi, kita perlu bijak untuk menilai.

KakChik menulis resensi bukan sebab nak kritik atau blame penulis, cuma bagi KakChik menulis ni lebih buat KakChik ingat akan sesuatu kisah/cerita tu. Selain tu, KakChik tak mahu kemahiran bahasa KakChik jadi makin teruk. Sebab bidang kerja KakChik yang memang tak memungkinkan KakChik menggunakan kemahiran bahasa sebagai kerja harian menyebabkan tatabahasa dan nahu KakChik lintang pukang. Jadi, KakChik perlu ambil inisiatif untuk memperbaiki kemahiran bahasa. KakChik tulis juga bukan untuk orang lain baca, kalau ada yang baca pun KakChik harap dia akan ambil yang positif dari tulisan kecil KakChik ni.

Oleh sebab dah lama tak menulis resensi, dua tiga hari lepas selepas KakChik post resensi dekat Goodreads dapat satu komen yang buat KakChik tersenyum dan tersengih sendiri. 


10279217
Almiza azi... twinkle sangat cantekkkk...
Jan 19, 2013 04:46am · delete





4205209
Gobokairina Kakchikkkkkkkk......
Selamat menulis kembali ;))

Jan 19, 2013 06:57pm · delete

Terima kasih Tza dan Airina atas support. Ini juga yang KakChik suka apabila menulis resensi kerana ia telah menjalin ukhuwah dengan teman-teman baru yang jauh yang tidak pernah kita kenal.


P/S: Harap hutang resensi 2012 dapat la KakChik bayar. Jom, kita kayuh perlahan-lahan...:)

Luvs,
KakChik

2013...post yang basi

Dah 3 minggu tahun 2013 bersama kita. KakChik baru berkesempatan nak ketuk menaip. Aiseh, banyak sangat benda yang nak kongsi tapi tak tahu nak mula dari mana.

Banyak perubahan yang berlaku seiring dengan peredaran masa..aiseh...bahasa yang terlalu klise nampaknya. Memang 2013, KakChik mula dengan langkah yang baru, baru untuk KakChik sebagai ibu dan baru untuk Cik Aimi, buah hati pengarang jantung ayah ibu sebagai pelajar. Walaupun cuma menjengah tahap tadika di Pasti Nurul Iman, ibu tetap kata Cik Aimi ni pelajar.

Baru untuk KakChik menguruskan Cik Aimi bersiap untuk pergi sekolah, sediakan bekal sebab tadika Cik Aimi memang tak sediakan makanan, hantar Cik Aimi ke sekolah, gosok baru sekolah yang dah 15 tahun KakChik tak buat dan pelbagai lagi. Alhamdulillah sangat sebab Cik Aimi memang tak meragam kalau nak bangun dan mandi untuk pergi sekolah. Malah dia yang bangun kejut ibu kalau hari sekolah. Doa KakChik moga semangat nak pergi sekolah tu tak luntur di hati Cik Aimi.

Yang baru perlu ditempuhi dan yang lama masih ada juga yang perlu diteruskan dan diperbaiki.

Insya Allah, tahun 2013 ni akan jadi lebih baik untuk semua.

Luvs,
KakChik