Pengikut

Khamis, 14 Mac 2013

SuNor mana?

Itu je la ayat yang keluar dari mulut Cik Aimi sejak minggu lepas. Alkisahnya, SuNor Cik Aimi datang pulau ni, kononnya melawat kami la tu. Memang Cik Aimi gembira sangat bila SuNor datang, walaupun mula-mula tu macam tak kenal. Siap tanya lagi kat SuNor dia tu, "Awak ni sape?...kikiki. Sian Cik Aimi sebab dah lama tak jumpa dengan SuNor. Last jumpa masa raya puasa tahun lepas. Dah setengah tahun dah tu.

Memang dia mengekor je la SuNor tu, siap pergi photoshoot lagi kat Pantai Cenang tanpa bawa ibu..huhuhu. Biasanya dia bukan senang nak ikut orang kalau ibu ada kat rumah tapi dengan SuNor memang kamceng giler. SuNor hilang je kat mata terus tanya.

Masa SuNor datang tu jugak, kami buat kek coklat kukus yang vouge..vouge la sangat. Cik Aimi memang teruja sangat. Dia memang suka makan coklat kek tapi demand lebih okeh... Cuma makan kek yang fresh saje, yang dah masuk peti sejuk, tak mahu...

Dan sabtu lepas, SuNor dah selamat berlepas ke KL. Dan sepanjang perjalanan balik Cik Aimi menangis bersedih, tercebik-cebik dalam kereta. Asyik keluar ayat yang sama juga, "SuNor mane?". Bila ibu ayah cakap SuNor dah balik KL, naik kapalterbang. Terus Cik Aimi suruh ayah beli aeroplane. huhuhu. Parah, kata ayah.

Walaupun dah hampir seminggu SuNor balik, Cik Aimi masih dok tanya soalan yang sama setiap kali balik sekolah dan kelas KAFA. Kesian budak gebu tu...

P/S: Aimi sabar ye, nanti hujung minggu depan kita balik 'tanah air kita'. Jumpa mok, mokteh, ayohteh, ayoh chik dan poksu dei.

Luvs,
KakChik