Pengikut

Rabu, 18 September 2013

Bukan tak sayang....

Sejak akhir-akhir ni KakChik banyak berfikir dan memerhati. Dan perkataan kenapa terlalu sering mengganggu minda hingga kadang kala terbawa-bawa dalam tidur. Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Jawapannya mungkin begini bagi kita tapi mungkin ia akan jadi begitu pada orang lain. Kerana pemahaman dan pandangan setiap orang tu berlainan walaupun mereka kembar yang berkongsi karung di dalam rahim ibu mereka.

Setiap insan mestilah mahu yang terbaik dalam hidup mereka dan juga orang-orang yang mereka sayang. Tapi kadang kala kerana terlalu sayang, kita bagaikan terleka dan tidak prihatin terhadap sesuatu benda. Mungkin pada hemat kita perkara tersebut tidak penting buat masa kini tapi tidakkah kita terpikir perkara tersebut bekalan masa depan mereka. Memang ada yang berjaya walaupun tanpa sijil/diploma/ ijazah/ master hatta PhD sekalipun tapi berapa kerat sahaja. Malah boleh dihitung dengan jari pun.

KakChik cukup tidak bersetuju kalau segala kehendak anak dituruti sehingga menjadikan anak itu terlalu manja atau lebih tepat mengada-ngada. Tak dapat apa yang dihajati meraung bagaikan nak beritahu seluruh dunia. Malah segala tindak tanduk anak yang salah pun tidak mahu ditegur. Aduhaaiiiiiiiiiiiiiiiiii. Kita yang melihat pula rasa ringan saja mulut mahu berbunyi segala.

Isu persekolahan adalah sesuatu yang memang KakChik pandang berat. KaKChik tidak suka melihat anak-anak yang ponteng sekolah sewenangnya tanpa alasan yang kukuh. Dan lagi buat KakChik geleng kepala, segala perbuatan anak-anak itu bagaikan direstui mak ayah pula. Adakah mereka sudah terlebih harta untuk diwariskan kepada anak-anak sehingga ilmu itu sudah tiada dalam senarai utama mereka.

Adakah kerana terlalu sayang, maka segala kehendak mereka dituruti tanpa dibangkang baik buruknya? Pada KakChik bukan TAK SAYANG kalau sekali sekala kita 'mengangkat tangan dan suara' pada anak-anak untuk buat mereka sedar apa yang terbaik buat mereka. Jangan jadikan alasan mereka masih kecil dan tak tahu apa-apa sedangkan didikan dari kecil itulah bekalan mereka ke alam dewasa.

Kerana KakChik sedar mak sayanglah, paha kami adik-beradik perempuan selalu biru jika menyampuk ketika orang tua bercakap ketika alam kanak-kanak kami. Malah perkara tersebut akan menjadi gurau senda kami sekarang apabila berkumpul. Sebab cubitan halus & kecil maklah kami menjadi 'orang' pada masa sekarang. Jadi salahkah kadang kala permintaan anak-anak itu kita bangkang untuk kebaikan mereka?

Peringatan untuk diri sendiri juga.

Moga didikan arwah ayah dan mak akan sentiasa segar dalam ingat kami adik-beradik..Aminnnn. Alfatihah buat ayahanda tercinta..

Luvs,
KakChik

p/s: Masih dalam dilema untuk bercuti atau tidak? Hurmmmmm...

Ahad, 15 September 2013

Buku & Komentar 17: Terukir Cinta


Penulis: Anna Lee
Penerbit: Idea Kreatif Publication
ISBN 978-967-77925-2-8
Cetakan 1- Ogos 2013-09-15
Halaman: 615
Harga: RM24.00 / RM27.00
Terkeliru sama ada nak bagi 4 atau 3. Kesudahannya cuma berpuas hati dengan 3.5 bintang saja.

Wahhhhhhh, takut pula rasanya nak review karya ni sebab rata-rata rate yang diberi pembaca semuanya tinggi-tinggi belaka. Mungkin penilaian KakChik yang paling rendah kot. Ampun ya cik/puan penulis. KakChik menilai dari rasa sudut hati sendiri yang asyik nak demand aje sekarang ni.

Kisah ni perjalanan cinta suka duka Nadia Hussin-Ilham-Khalif-Maisara. Nadia yang sudah 30 tahun tu terlalu terdesak untuk berumahtangga apatah lagi selepas sepupunya Salina siap bertunang dengan juruterbang. Nadia makin tertekan dengan sikap Ilham yang selalu mengelat apabila berbincang perancangan untuk berumahtangga. Disebabkan kononnya nak jaga air muka dan menunjuk pada Salina, dia berbohong untuk bertunang dalam masa terdekat, sudahnya Ilham yang tertekan dengan paksaan Nadia telah buat keputusan untuk break upbuat sementara.

Sudahnya sebab desakan dan sikap terburu-buru Nadia tu dan sikap ego Ilham, hubungan selama 5 tahun tu terputus begitu saja. Ditambah lagi dengan kemunculan Maisara yang berjaga menggoda Ilham, lagi la buat Nadia naik hantu. Jadi untuk menunjukkan yang dia ni juga laku, Nadia main grab lelaki yang lalu di depan mata. Dah macam kisah dalam 
Dia… Random Guy la pula KakChik rasa. 

Pertemuan pertama, memang dia tercabar dengan sikap Imran dan pertemuan kedua sebab kegedikan Maisara yang terlalu nak mengenali teman lelakinya. Walaupun setiap pertemuan itu dengan orang yang sama tapi dengan perwatakan yang berbeza dengan Nadia tak perasan langsung. Sikap Nadia yang terlalu teruja dengan kehadiran Khalif ni juga didorong dengan sikap teman-teman baiknya, Hara dan Yatie. Mereka yang selama ini tidak begitu berkenan dengan Ilham, laju aje memaikan peranan untuk membantu Khalif-Nadia sebagai kekasih.

Khalif memang memainkan peranan kekasih yang hampir sempurna. Nadia pula yang selalu dilayan endah tidak endah oleh Ilham, memang terbuai sungguh. Sedang mereka menyulam bahagia tiba-tiba Ilham muncul untuk kembali kepada Nadia. Nadia ni memang tidak tetap pendirian, boleh dia teragak-agak dengan keputusan dia sama ada nak kembali kepada Ilham atau terus bahagia dengan Khalif yang romantik tu. Keadaan makin bercelaru disebabkan malam 'durjana' tu dan Nadia nekad tidak mahu lagi bersemuka dengan Khalif.

Kalau nak tahu kesudahan siapa pilihan Nadia, kena baca ye..:P

Permulaan kisah memang dah menarik hati tapi bila dah selusuri ke pertengahan jalan hingga ke akhirnya, ada sesuatu yang buat KakChik terkilan. KakChik rasa macam tak puas hati dengan watak utama dan juga sikapnya yang digambarkan terlalu cepat berprasangka buruk, tidak tetap pendirian dan juga tidak berani untuk bersemuka. Sudahnya dia sendiri yang hampir menolak bahagia yang sudah di depan mata.

Watak Khalif - pasti mendapat tempat di hati peminat yang suka hero romantik sebegini.

Luvs,
KakChik
-LiFe iS a LoNG JourNeY-

Sabtu, 14 September 2013

Zalim ke????????????

Entah kenapa
Sekarang ni selalu tidak tenang
Selalu berbelah bahagi dengan rasa hati

Terdengar ura-ura
Akan ada majlis di rumah orang tua En Azman
Tapi tiada yang memberitahu kepada kami secara sah
Jadinya, kami tertanya-tanya

Jadi, KakChik pun terbelah bahagi
Perlu ke mohon cuti segala
Perlu ke korbankan AL yang cuma tinggal cinonet jer tu
Tambah lagi seperti tiada yang mahu memberi kata putus

Sudahnya
KakChik berkata
"Jangan tanya pula kenapa saya bekerja nanti ye."
Pada hari yang diwar-warkan itu

Jadi,
Zalim ke???????

Luvs,
KakChik

p/s: Kalau ikut hati memang la nak buat tak peduli tapi bila diingat pada yang berumur, rasa x sampai hati...huhuhuhuhu.. Delima..:(

Rabu, 11 September 2013

Terapi....:)

Alhamdulillah
Dah sampai ke tangan pagi tadi
Gigih panjat ofis admin pagi tadi
Sebab nak dapatkan jugak 'mereka' ni

Ramai jugak kekawan yang komplin
Kenapa u selalu beli buku JS?
Eh, suka kita la kan..
Memasing ada selera sendiri
KakChik pun x komplin dorang beli buku apa

KakChik ada sebab sendiri kenapa pilih JS
Yang pasti selera dan pandangan setiap orang tu berbeza
Jadi, hormat je kalau nak hidup aman damai...

Buku semua ini dah jadi satu terapi sebenarnya
Kalau stress ke hapernya
Pilih, belek & baca buku boleh buat KakChik tenang semula
Kadang tu sampai tersengih sendiri.

Jadi, just enjoy with our favorites
Tak payah nak pening kepala segala

Mana satu nak baca dulu,eh?


Luvs,
KakChik

Buku & Komentar 16: Inche' Jamil Menantu Mithali

Penulis: Norisah A. Bakar
Penerbit: JS Adiwarna Publications & Distributors
ISBN 978-967-020-179-5
Halaman: 508
Harga: RM 24.00 / RM 27.00
Cetakan : Julai 2013

Komentar KakChik:

Yeahhhhhh, berjaya juga mengekalkan semangat yang diseru itu. Walaupun ambil masa 3-4 hari nak khatamkan Inche' Jamil ni.

KakChik suka semuanya, jalan ceritanya yang tidak banyak selekoh, bahasa yang lembut dan santai, watak-wataknya yang mempunyai karektor tersendiri. Olahan plotnya juga KakChik sangat suka sebab terselit plot yang 'diingat balik'.

Kisah kekeluargaan yang padat dengan rasa hati dan perasaan yang terpendam dalam hubungan keluarga Nahusa dan juga Jamil. Nasuha yang sulung dalam keluarga Karim-Hashimah tapi dialah kakak pemalas yang digelar oleh Muna. Nasuha yang tidak pandai membuat kerja rumah dan memasak. Nasuha yang selali mengelat untuk menolong emak di rumah, sudahlah rupa tidak cantik, berat tulang pula dia ni! Hanya tahu nak berlingkar atas katil saja setiap kali balik kerja. Muna yang adik itu pula yang tahu serba serbi. Sebab itu Muna yang muda sudah siap dipinang oleh Aziz, anak jiran satu blok dengan keluarga Nasuha.

Adat orang timur agaknya, yang suka mengambil tahu, Nasuha jadi rimas apabila selalu dijadikan mangsa untuk dikenalkan dengan lelaki yang mencari calon suri. Tapi kadangkala ada juga yang buat Nasuha berangin sebab orang yang dikenalkan dengan dia tu sudah beranak pinak.

Sudahnya perkenalan dengan Jamil, yang endah tidak endah itu juga yang menambat hati Nasuha. Walaupun cabaran untuk membina rumahtangga itu banyak juga renyah yang dibuat Jamil. Jamil yang masih tidak bersedia untuk membina keluarga kerana masih terus berbakti kepada ibunya. Tapi sebab Nasuha yang berkeras juga untuk berkahwin dengannya, terpaksalah dia terima dengan rela. Haissshhhhh, terbalik betul kisah Jamil ni.

Perjalanan rumahtangga mereka yang seterusnya mengalami pelbagai kisah. Namun yang pasti ia sudah mampu mengubah Nasuha yang lurus bendul dan serba tidak tahu kepada yang lebih baik. Nasuha yang selalu bagaikan tidak bersyukur itu kepada yang lebih positif.

Yang paling KakChik suka, watak Jamil itu sendiri. Terlalu jarang wataknya dijelmakan tetapi dia bagaikan mempunyai aura tersendiri untuk kita terus membelek helaian untuk tahu kisahnya. Jamil yang serbanya ambil mudah itu, tapi dalam pada itu ada satu karektor dia yang menjadi penyejuk hati mertua. Namun kadangkala membara juga dengan sikap Jamil ni yang serbanya dia ambil mudah. Hikhikhik..

Tak rugi pun beli dan baca naskhah penulis dari seberang ni. Terima kasih kak untuk satu santapan minda yang banyak pedomannya. :)

Luvs,
KakChik

Isnin, 9 September 2013

Jangan lupa memandang ke bawah

Panjang berjela tajuk post
Kuikuikui

Cuma 3 hari aje lagi akan ada audit nak datang buat audit lagi
Adoiiiiii, yang audit hari tu punya hal pun belum betulkan lagi
Dah la result audit yang lepas pun baru dapat minggu lepas
Makanya, kelam kelibut la nak betulkan mana yang patut
Makanya, stress lagi la mokcik nih

Yang nak kena betulkan tu
Bukan banyak mana pun
Tapi dah banyak sangat songeh & cekadaknya
Bukan dari orang luar pun
Tapi orang yang sepatutnya tahu
Boleh pula buat tak tahu
Apa???
Dia ingat kita yang kat bawah ni sesuka ke nak buat semua tu
Kan dah kata, semua tu perlu/wajib untuk dapatkan permit tu

Itulah yang susahnya
Kalau sudah berada di atas
Tidak mahu lagi memandang ke bawah

Jangan lupa rumput yang dipijak itu
Kadang kala ada juga manfaatnya
Dan ingatlah
Langit yang selalu didongak pandang itu
Kadang kala akan memuntah hujan-ribut-petir yang tidak terduga

Luvs,
KakChik

p/s: Peringatan untuk diri sendiri juga. Ya Allah, tenangkanlah hatiku ini.


Sabtu, 7 September 2013

Buku & Komentar 15: Pudina Cinta

Penulis: A. Darwisy
Penerbit: BukuPrima
ISBN 978-967-053-506-7
Cetakan 1: Februari 2013
Halaman: 539
Harga: RM22.90 / RM25.90

Komentar KakChik:

Adoiiiiiiiiiii, lama betul tak ketuk keyboard tulis resensi ni. Otak pun macam dah beku sikit. Nak susun ayat pun macam susah sangat nak fikir.

Jujurnya, karya ini mampu untuk tarik KakChik hingga ke halaman terakhir walaupun KakChik ada jugak main tipu belek dulu halaman belakang. Kikikiki

Nama Rabunah tu nampak sedikit unik, nama sebenarnya Rabbuna Yusahhil. Mahu terbelit jugak lidah nak menyebutnya. Tapi nama penuh dia hanya digunapakai oleh Ally Qzulkarnain saja. Keluarga Rabunah lebih senang guna nama pendek, Una.

Anak bongsu dua beradik ni berperwatakan kasar yang selamba tapi punyai hati yang lembut dan sensitif. Dia yang masih di universiti, bekerja sambilan di kedai serbaneka. Di sinilah bermula kisah ini. Kisah persahabatan, kekeluargaan dan juga asam garam perjalanan hidup insan bernama manusia. 

Karya ini mempunyai nilai teladan yang terpendam tinggi jika dikupas dan diselidiki dengan mendalam. Yang KakChik pelajari, apa yang kita buat pasti mendapat pembalasannya. Sama ada cepat atau lambat, sama ada secara langsung dari Tuhan atau dihantar melalui perantara. Dan segala tingkah laku atau perangai ibu bapa itu sedikit sebanyak akan memperanguhi perkembangan dan perilaku anak-anak seperti yang terjadi kepada Puan Sabrina dan Farihna. 

Sebagai manusia memang kita kadangkala terlupa, lalai dan melakukan kesilapan tapi ingatlah pintu taubat Allah sentiasa terbuka buat hamba-Nya.

Walaupun terdapat serba sedikit maklumat yang sedikit bercanggah namun tidak rugi untuk membaca karya ini.

Jumaat, 6 September 2013

Ya Allah, tetapkanlah hatinya

Alhamdulillah
Bersyukur sangat kepada-Mu Ya Allah

Pagi tadi yang mendung
Bagaikan memberi seribu rahmat
Berlalu dengan tenang & damai

Cik Aimi yang selalu memberi senyuman
Pagi tadi pertama kali sembahyang subuh
Walaupun bersendirian
Walaupun cuma satu rakaat
Insya Allah inilah permulaanya

Moga Allah terus tetapkan hatinya
Untuk  terus sujud..

Yang sentiasa menjadi penyejuk hati ibu.

Luvs,
KakChik..

p/s: Huhuhuhu, tetiba tak tau macam mana nak betulkan position pic ni...


Khamis, 5 September 2013

Alhamdulillah, rezeki 29 Syawal

Rezeki Allah SWT tu dalam pelbagai bentuk
Sama ada wang ringgit, kebahagian, ketenangan atau pun harta benda

KakChik pun tak sangka
Murah rezeki hari ni
Tiba-tiba dapat shawl merah yang cantik
Hadiah dari pelatih UMT yang buat Latihan Industri di sini

Terima kasih banyak-banyak, Izzati
Moga murah rezeki Izzati
Dan all the best in your future

Shawl yang cantik & lembut dr Izzati

Izzati, gadis yang bertudung merah di sebelah kiri KakChik

Luvs,
KakChik

p/s: Sudah 3 hari peristiwa itu berlaku, kenapa masih terngiang-ngiang di telinga ini. Ya Allah, berilah ketenangan kepada hamba-Mu ini. Amin

Rabu, 4 September 2013

Sampai sudah...

Alhamdulillah
Pagi tadi buku-buku yang diorder dr MPHonline dah selamat sampat ke tangan.

KakChik order pada 31 Ogos lepas
2 Sept dipos
Petang semalam sampai kat ofis
Tapi sebab semalam off
Jadinya, hari ni baru terima..


Jeng...jeng..jeng...
Ini 5 buah yang dibeli ketika promosi merdeka dr MPHonline.


Yeaaahaaaa....
Harus kental semangat untuk membaca ye..

Luvs,
KakChik

Tak romantik ke?

Sejak awal bulan lepas
KakChik sibuk sikit pagi-pagi
Sebab ada 10 anak nak kena bagi minum pagi-pagi buta tu..

Eh, bukan anak orang
Tapi anak pokok..hihihihi

Entah apa mimpi En Azman
Awal bulan lepas rajin je dia beli 5 pasu pokok bunga
Tambah lagi 5  pasu orkid Kachik tu
Jadi pagi-pagi haruslah menyiram dulu sebelum ke tempat kerja

Selama ni dok kata En Azman tak romatik bagai
Sebabnya dia x pernah nak belikan bunga kat KakChik
Kalau KakChik minta pun
Mesti dia jawab, baik duit beli bunga tu beli makanan
Beli bunga tu, nanti layu jugak

Sudahnya kita diam je la
Dah itu yang kita pilih, kan.
Terima je la walaupun kadang kala kecik je hati I  nih

Tapi, alih-alih..
Tiba-tiba dia beli bunga hidup pula
Bunga hidup pun, bunga hidup la
Dah orang beli, kita terima dengan reda..
Jadi harus la menyiram setiap pagi petang..huhuhuhu







Yeahhhhh...KakChik dah ada pembantu cilik.
Cik Aimi sekarang rajin tolong siram bunga ibu...
Terima kasih...

Adoiiiii, sekali ulat ni menyerang 2 pasu bunga kami.
Tapi harus la En Azman yang kena uruskan sebab
KakChik geli...kihkihkih


Luvs,
KakChik


Masih di sini!

Alhamdulillah
Rezeki KakChik masih di sini
Masih rasa diperlukan
Masih mesti terus memberi
Masih harus meningkatkan usaha
Masih perlu diingatkan
Ini adalah amanah

Harapnya
Dengan segala perubahan ini
Memberi segala kebaikan dan manfaat
Harus tingkatkan semangat
Mesti pacukan segala usaha
Untuk yang terbaik

Terima kasih Ya Allah
Atas limpahan rezeki-Mu
Aminnnnn....

P/S: Tempat yang lama tapi dengan tangggungjawab lama + baru. Kesimpulannya, kira harus senyummmmmmmmmmmmmmmmmm...:)