Pengikut

Jumaat, 19 September 2014

Dah tak rock dah!

Kisah semalam..

On the way balik dari keje, En Azman cakap..
Nanti tgk apa jadi dengan rambut anak dara ibu nanti..
Eh..eh..eh...
Nape pulak ni?
Apa kisah????

Rupanya Cik Aimi mengamuk nak potong rambut
Dah dia ikut toknya bawak Alisya pergi potong rambut
Dia pun mengamuk nak potong rambut jugak

KakChik dah meruap nak naik angin
Kalau boleh memang tak nak rambut pendek sangat
Sebab dia tu jenis x tahan panas
Kalau rambut panjang boleh ikat
Rambut tak kena leher

Bila pergi ambik dia kat rumah tok dia..
Sekali tgk...

Huhuhuhu...sedih ibu..

Dah xde dah rambut ni

Waving style tu dah hilang..huhuhu
Dah jadi kontot gini
Dengan style rambut yang x cantik
Huhuhuhu

Isnin, 8 September 2014

Ya Allah..Ya Allah..Ya Allah..

Kisah petang semalam.

Cik Aimi balik tuisyen dah 6pm. Memang kelas lewat 4-6pm. Sampai rumah dah 6.20 kot sbb petang semalam kat pulau ni hujan. Jadi ayah yang jadi tukang ambik,kena naik keta. Biasanya ibu jer yang rempit angkut budak berdua tu balik tuisyen. Kira tu dah macam rutin harian ibu la setiap petang.

Dah la balik dah lewat, lepas tu berperang suruh solat. Macam biasa mesti alasan nak siapkan kerja sekolah dulu. Aikssss...solat duluuuuuuuuuuuuuuu, sekali keluar suara askar pencen. Berdesup dia masuk bilik air ambil wuduk & solat.

Lepas tu pulun buat homework, memula tu, ok jer dia tulis. Clear jer tanpa banyak songeh dan bantahan. Tapi lepas makcik dia berenti dengan alasan mengantuk tapi tipu sebab malas nak menulis. Dia mula la tulis dengan tulisan herot & besar gebadak. Bila suruh padan & tulis balik, mula wat perangai. Haaaa, sekali ibu tunjuk hanger..tahu pulak dia meraung. Tu belum kena balun tu... Ibu acah-acah jer...^__^

Bila KakChik bangn tinggalkan dia untuk masak, tetiba terdengar Cik Aimi,,Ya Allah, Ya Allah,,Ya Allah.. Ya Rasulullah..Ya Rasulullah..Ya Rasulullah..dok ulang tu sambil air mata berambu.Sambil tangan menulis..Alololo..sedih pulak KakChik tengok.

Nasib baik lepas tu ibu tengok, semua dah tulis dengan elok. Alhamdulillah..Dah abis tulis terus ambil buku, baca buku..Itu helah dia nak bodek ibu.

Phuhhhh, dugaan betul bila Cik Aimi buat drama..

Buah kepada segala buah pada ibu ayah..

Luvs,
KakChik

Jumaat, 5 September 2014

Buku & Komentar 37: Tersuka Tanpa Sengaja

Penulis: Pena Kayu
ISBN 978-967-07180-8-8
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Halaman:
Harga: RM26.00 / RM29.00

Komentar: 

4.75 star..

Adrenalin tiba-tiba memacu laju kadar pembacaan..:P

Buku yang pertama dari penulis belum baca pun lagi. Jadi kena abaikan perbandingan sama ada lebih baik atau sebagainya.

Kisah picisan bak kata penulis tapi pada KakChik kisah Syed Arif-Farhah (SA-F) ini memang lain sikit dari yang lain. Walau pada dasarnya perkahwinan yang terjadi tu ala-ala kahwin paksa tapi secara suka rela je pun. Perkenalan yang sengaja juga memang buat kita sendiri aje. 

Latar belakang yang keduanya juga berbeza. Tapi kalau dinilai dari sudut kebendaan memang keluarga Farhah itu lebih dari keluarga si doktor yang over sweet ni (walaupun karektor itu jarang dipamerkan). Namun Farhah tertarik dengan harta kasih sayang yang melimpah ruah dalam keluarga Mak Cik Noraini ni. 

Tapi sebab nak elakkan gelaran gay, Farhah yang dipaksa untuk jadi pelakonnya. Namun drama yang digarap Dr Syed Arif, akhirnya makan diri sendiri. Tambah pulak kondisi Mak Cik Noraini yang sakit, buat Dr Syed Arif nekad melamar Farhah. Farhah pula dalam rela dan paksa terima dengan redha sebab nak elakkan dari berkahwin dengan lelaki pilihan ayahnya.

Lepas perkahwinan mereka, maka bertambahlah beban perasaan Farhah disebabkan kemunculan cinta pertama Dr Syed Arif ni. Kuat atau tidak Farhah dalam menangani dugaan ni, sila ye baca dan hadam sendiri.

Apa yang KakChik rasa dengan karya ini sehingga dapat hampir penuh bintang:

1. Sebab karya ni berupaya memacu adrenalin KakChik untuk membaca selepas hampir 2 bulan macam siput sedut jer ni.

2. Jalan cerita yang pada KakChik nampak biasa tapi ada sesuatu yang mahu disampaika oleh penulis. Walaupun kadang kala nampak la ada sedikit klise,kan tapiii....iya masih boleh diterima la. 

3. Ego seorang ayah/lelaki yang tidak dapat terima takdir sehingga dia menjatuhkan hukuman pada darah daging sendiri. Watak Dato' Ahmad Alias ni memang buat KakChik rasa grrrrr saja.

4. Suka watak Farhah yang kuat pada dasarnya tapiiiiiiiiiiiii, kenapa lepas kahwin dengan SA, dia boleh jadi wanita yang cengeng. Itu yang buat KakChik tiba-tiba blur.

5. Sudah tentu watak Dr Syed Arif yang ala-ala Prince Charming itu. Karektor dia memang nampak best sebabnya perkahwinan itu walaupun tanpa cinta, tapi dah tetap & nekad itu yang pertama dan terakhir. Jadi dia berusaha untuk yang terbaik walaupun rasa nak lepuk kepala dia sebab boleh dia berahsia tentang Katrina sehingga Farhah jadi mangsa Si Kat gedik tu.

Kenapa KakChik tak cukup bintang penuh? Sebab kadang kala macam ada sedikit typo dan rasa rugi pula penulis nak kembangkan lagi kerjaya Dr Syed Arif sebagai doktor dan Farhah sebagai penulis tu.

Picagari vs berus cat. Nampak comel,kan?..:P

LiFe iS aLoNG JouRNeY
-KakChik-

Buku & Komentar 36: Hopeless Romantik

Penulis: Sharmien A. Basit
ISBN 978-967-12267-8-0
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Halaman: 619
Harga: RM25.00 / RM28.00

Komentar:

3 + 1/2 - 1/2 + 1/2 = 3.5 star

Cinta? Setiap orang ada definasi yang tersendiri tentangnya. Kiah jatuh cinta tergolek kepada Kay saat pandang pertama di airport. Namun Kiah sedar bukan jodohnya kerana Kay sudah mempunyai Jaz. Tapi Luth yang comel itu telah memberi peluang untuk Kiah melihat Kay dari jauh. Walaupun cinta tapi Kiah tidak akan sesekali merampas tunangan orang.

Kiah yang selalu ditinggalkan kekasih tetapi dia tidak pernah serik untuk terus memburu. Dia percaya pasti ada yang terbaik buat dia. Keabraban Kiah dengan Benji juga hampir buat Kiah mengatakan ia kepada sebuah lamaran. Nasib baik belum terjawan ya, rupa-rupanya si Benji itu hanya bergurau.

Sekali lamaran datang terus dari mama Kay. Mahu tak terkejut badak Kiah tu. Haaaaa, sekali Kiah bersetuju jugak walaupun dia dah nampak iceberg Kay tu besar gebadak.

Kiah yang tidak pernah jemu untuk menyatakan cinta. Kiah yang sentiasa berusaha untuk mencairkan ais di hati Kay. Walaupun secara terang-terangan Kay menyatakan tidak cinta tetapi keizinan Kay untuk Kiah menggoda dia tu digunakan sepenuhnya oleh Kiah.

Pakej bulan madu di Paris telah berjaya merapatkan hubungan mereka. Mereka sangat sweet sebabnya sentiasa berkongsi cerita walaupun kadang kala Kay tu sebal aje kalau Kiah membuli dia.

Namun, sekembalinya mereka dari bercuti itu bermula kisah duka buat Kiah. Tiba-tiba terjelma si Julia yang secara berdepan akan merampas Kay darinya. Kiah yang ganas memang berusaha sehabisnya untuk melindungi hak dia. Tapi dah si Julia ni pandai berpura-pura dan juga Kay yang lurus bendul telah menyebabkan rumahtangga mereka berontakan. Tapi KakChik memang tak suka cara Kiah menangani masalah rumahtangga mereka ni. Ada ke patut dia nak lari macam tu aje. Macam tak percaya pula Kiah yang brutal hilang kekuatan untuk berdepan Julia yang gedik tu.

Haaaaaaaaaa..tahu pulak si Kay ni bila Kiah buat tak layan. Iyalah, siapa tak sakit hati dan kecewa kalau dah suami sendiri tak percaya pada kita. Sudah Kay tu tak pernah menyatakan rasa hati pada Kiah. Gelabah cicak Kay masa tu. Tapi Kiah pun tak tahan juga kalau tiba-tiba Kay yang iceberg tu dah tertukar menjadi romantik tak ingat...:P

Suka sangat budak Luth yang comel dan positif tu. Aikksss, Luth kecil-kecil dah cop calon isteri..hikhikhik.

LiFe iS aLoNG JouRNeY
-KakChik-

Buku & Komentar 35: Doa Cinta Seorang Lelaki

Penulis: Pena Kayu
ISBN 978-967-12267-6-6
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Halaman: 667
Harga: RM26.00 / RM29.00

Komentar:

Penattttttttttttttttt...itu yang mampu terakam dalam otak.

Rasanya inilah karya yang tidak pernah lari emosinya dari segala masalah. Hampir 95% plot dari muka bab pertama hingga terakhir penuh dengan segala pergaduhan, salah faham, hasad dengki dan juga dendam. Serius....

Kisah Nadine Qhaisara-Abu Hanifah ni sebenarnya best tp disebabkan terlalu banyak plot yang hitam@gelap telah mematikan terus semangat KakChik. 

Sejujurnya permulaan kisah mereka sudah mampu menarik perhatian KakChik tapi plot-plot yang seterusnya memang buat KakChik rasa nak tutup buku & tak payah baca sampai penghujungnya.

Kerana terlalu banyak plot gelap & watak antagonis ni memang buat kisah Nadine-Abu Hanifah tu hilang seri. Watak Abu Hanifah tidak menonjol malah rasa macam tidak nampak kesungguhan En Abu ni dalam menangani permasalah Nadine. 

Rentetan kisah cinta Nadine yang terlalu berjela-jela juga memang buat KakChik hangat hati. Asyik nak bergaduh dan selalu berdepan dengan orang yang tak reti bahasa memang buat kita sakit hati. Tambah lagi dengan karektor Nadine yang ego & bodoh sombong itu. Boleh pulak dia buat ego tak bertempat walaupun dah berkahwin tu. Hurmmmmm

Kadang kala rasa watak Miera lebih dominan berbanding dengan watak Nadine. Tapi sifat over Miera dan keluarga Nadine dalam mengatur jodoh Nadine tu sedikit buat KakChik fobia.

Hurmmmm..banyak persoalan yang tidak terungkai rasa pada KakChik.

Opppssss...nasib baik dah baca buku kedua penulis. Sejujurnya KakChik tidak dapat menyelami 'rasa' untuk kisah Nadine-Abu.

LiFe iS aLoNG JouRNeY
-KakChik-