Pengikut

Sabtu, 21 April 2012

...6 days to go..^^..

Assalamualaikum....


Wahhhhh,makin berganda-ganda tanda tidak sabar,....
Kchik sgt teruja...


Jom layan pic di bawah ni...

Hope x sesat nnt...kikik

Opppsss..segan pula mao berjumpa mereka yang berbakat ini..;)

Dan for detail buku-buku yang nak grab nnt..boleh ---> sini

Till next text peeps...:)

Luvs,
KChik

Khamis, 19 April 2012

PTS Booth...8 days to go

Assalamualaikum...


Wahhhh...banyaknya yang mahu dikunjungi...
Tapi tebal ke poketku ini?

Jom kita jengah nanti ye


Peta booth pts

Untuk info yang lebih detail ----> sini
Mahu tahu jadual penulis bertugas dan tawaran istimewa & hebat ---> sini

Till next text peeps. ^^...

Luvs,
KChik

NB Kara Booth...8 days to go...

Assalamualaikum...


x nak cakap apa-apa...
cuma lihat saja...

x sabar juga nak jengah booth ni
Buku motivasi
Karya terbaru Norhayati Berahim

Ohhhh..dah berzaman x baca karya penulis ini..

Belum pernah baca hasil karya penulis ini...mungkin boleh cuba ya..

Buku resepi dr NB Kara
Untuk keterangan lanjut boleh, sila ---> blog kakyati @ Norhayati Berahim
Sumber adalah dari blog Kak Yati...

Till next text peeps..:)

Luvs,
KChik

Rabu, 18 April 2012

...9 days to go...:)

Assalamualaikum...

Yeah..kchik sedang menghitung hari...
Sangat2 teruja sebab dah lama merancang ni...
Dan makin teruja sebab sungguh banyak tawaran yang bakal diterima...

Buat penggemar2 buku-buku...
Ayuh...

Jom layan apa yg kita akan jumpa di sana...

Jemari Seni telah war-warkan apa yg istimewa di boothnya..
Nak tahu lebih lanjut..---> sini

Selain itu Jemari Seni juga dah publish buku baru yang bakal terbit sempena PBAKL 2012..
Wah terujanya..----> sini ye
Sila rajinkan diri tengok katalog...ngeeee

Dan boleh juga beramah mesra dengan penulis yang berbakat itu...--->  sila ke sini



Till next text peeps....

Luvs,
Kchik

Khamis, 12 April 2012

...i need air...

...kerja...
...tanggungjawab...
...must face it...

...smile...
...eventhough feel not enough air to breath...

Till next text peeps..

Luvs,
KChik

Koleksi dr Jemari Seni..^^

Assalamualaikum..^^...

New collection from JS...^^..


Semua koleksi ini dah smp 2 hari lepas....
Buku-buku yang diredeem dr hadiah menulis resensi di ulatbuku

Terima kasih pd KakWan & Jemari Seni..

Till next text peeps..

Luvs,
KChik

Ahad, 8 April 2012

Buku & Komentar 1: Mahar Setulus Hati


Penulis: Ayu Emelda
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Harga: RM21.00 / RM24.00
M/S: 509
ISBN 978-983-124-740-2
Cetakan 1,2 - 2012


"Bahagialah orang yang menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir (pemandu) untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya." - Sayidina Ali Abi Talib r.a.

Sikap keras kepala dan degil Harlina berterusan walaupun pelbagai cara yang digunakan Emir untuk mengubah Harlina menjadi seorang isteri, anak dan muslimah yang sejati. Dia tetap bersabar walaupun pelbagai kata nista dihambur isterinya itu. Harlina akhirnya berubah selepas suatu kejadian yang menimpa teman-teman baiknya. Kejadian itu meninggalkan kesan yang cukup mendalam dalam diri Harlina.

Namun saat bahagia mereka tidak lama, kedatangan keluarga Emir yang menziarah mereka telah mengubah membawa awan mendung yang berterusan dalam hidup Harlina. Kerana kelancangan mulut Zetty yang membenci Harlina telah menjadi tuba dalam rumahtangga abangnya sendiri. Emir tidak dapat menerima perbuatan Harlina pada uminya sehingga dia meninggalkan isterinya dan seolah-olah nerputus asa dan kerdil kerana tidak mampu mendidik Harlina menjadi yang lebih baik. Terlalu sukar untuk dia memaafkan kesalahan Harlina yang satu itu.

Harlina terpaksa berdepan dengan sikap dingin suaminya dengan tabah kerana dia yakin hanya Emir yang terbaik buat dirinya. Dengan sokongan daripada papa, ibu dan adik-adik yang pernah dinafikan hak mereka, dia menjadi lebih matang dan kuat.

Sejujurnya pada KakChik karya ini bagaikan satu lompong yang tidak terluah. Bagaikan ada sesuatu yang tidak sampai ke sudut hati KakChik yang paling dalam kerana ia tidak begitu meninggalkan kesan yang akan sentiasa melekat di hati dan juga fikiran.

Emir bagaikan hilang pegangan kerasa kekhilafan yang dilakukan Harlina pada uminya walaupun pada dasarnya kesalahan itu dicetuskan oleh Zetty. Zetty dicorakkan anak gadis yang lepas cakap, terlalu kontra dengan pegangan Islamik yang diterapkan dalam keluarganya dan cara pengajaran yang diletakkan di pundak Zetty tiada pengakhirannya.

Penamat yang terlalu ringkas walaupun bahagia itu milik mereka.

KakChik suka pada setiap permulaan bab yang terdapat kata-kata mutiara yang berguna. 


Dannnnnnn.....TIGA BINTANG untuk karya ini...

Till next text peeps....

Luvs,
KChik

Admitted lagi...:(

Assalamualaikum....



Ujian Allah itu pelbagai bentuknya...
Tapi tujuanNya hanya satu..untuk melihat keimanan kita....
Tabahkah kita atau gelisahkah kita dengan ujian tersebut?
Kecil atau besar bergantung kpd kita yang yg menerimanya...

Dan petang semalam ujian itu dtg lagi...
Tokwan (sblh hubby) admitted lg d Hospital Langkawi...
Sebab seperti biasa yang lepas2....asma...
Dah biasa sgt tokwan ulang alik masuk wad...

Cuma sedikit kecewa apb keadaan yg menimpa...
Mengapa harus mengharap org luar yg membantu...
Sedangkan ada anak cucu yg patut tahu...

Kadang2 terpikir...
Tiada nilaikah mereka di hati kita apabila umur menginjak senja?
Moga kekhilafan ini masih blm terlambat buat mereka sedar...
Tokwan tidak akan ada galang gantinya...

Moga tokwan cepat sembuh....
Dan cepat blk rumah....

Till next text peeps....

Luvs,
KChik

Isnin, 2 April 2012

....stress..tekanan..pressure....

Assalamualaikum....


Ya Allah,saya terkhilaf lg....

Walaupun kesilapan itu bermula drp mereka...
Tapi kenapa sampai saya gagal mengawal nafsu amarah saya...

Sungguh rasa macam nak aje meraung mcm budak kat dlm pic bawah ni....


Ya Allah....
Kau tenangkanlah hatiku ini...
Tabahkan hati ini dlm dugaanMu ini..
Amin Ya Rabbalalamiiin....

Luvs
KChik