Pengikut

Rabu, 27 Februari 2013

Apa yang perlu diputuskan?


Moga tenanglah hatiku..Aminnn


Lately selalu sangat bila sampai ofis, pagi-pagi hari dan buka emel. Mood terus merudum ke bawah paras tahap beku. Selalu sangat KakChik mendapat arahan kerja yang di luar skop kerja KakChik.

Kadangkala kita bukan nak berkira tapi apa tugasnya kita menggajikan position tertentu kalau kerjanya diberikan kepada orang lain.

Aishhhhh, pening betul dengan karenah birokrasi ni....

Mmmmmm, mohon semangat-Mu Ya Allah untuk menjalankan amanah yang diberi sebaik dan sejujur mungkin. Mohon diberi kesenangan dalam menjalankan amanah orang ini.

Perlu lebih positif dan toleransi mungkin tapi tetap tegas dalam menuntut hak yang sepatutnya.

Ya Allah, Kau lembutkan hatiku dalam menangani segala dugaan ni.


Luvs,
KakChik


Jumaat, 22 Februari 2013

Buku & Komentar 11: Dandelion Ditiup Angin


Penulis: Aidah Bakri
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
ISBN 978 967 0508 085
Harga: RM20.00 / RM23.00
Cetakan pertama – Februari 2013

Kisah Dini, anak orang gaji yang menumpang di rumah mewah keluarga Harraz Rifqi nampak klise sahaja tetapi apabila sudah diselusuri pasti menemui pelbagai rasa di dalamnya. Penuh pahit, manis dan suka duka perjalanan hidup seorang yang bernama Nurin Ardini.

Kehadiran Dini di vila mewah Datuk Mazlan dan Datin Zaharah tidak pernah diterima baik oleh anak tunggal pasangan tersebut. Ada sahaja ulah yang dilakukan Rifqi untuk menyakitkan hati Dini. Kerana naifnya Dini, kejadian malam musibah itu telah meninggalkan kenangan yang selamanya menghantui hari-hari Dini. Malam Dini hilang kepercayaan dan keyakinan dari ibu, umi dan abi. Kenapa lelaki itu sanggup menjatuhkan hukuman itu terhadapnya?

Kerana peristiwa itu juga, dia hilang segala rasa bahagia. Dia hilang ibu yang tiada ganti, dia hilang umi dan abi, juga hilang tempat berteduh apabila dia melangkah keluar dari vila mewah itu. Namun dalam luka dan derita, dia bersyukur masih ada yang menerima. Kehadiran Ibu Rasyidah dan Iffa telah banyak membantu dan dengan kasih sayang mereka dia bangkit semula walaupun bukan mudah. Apatah lagi dia masih diuji dengan kehilangan harta yang paling disayangi. Wajah mulus kecil itu hanya diberi pinjaman sementara sahaja.

Jangka masa sepuluh tahun tidak pernah melupuskan kenangan pahit dan pedih itu. Rupanya jangka masa sedekad itu tetap meninggalkan luka yang kembali berdarah apabila mereka bertemu semula. Sangkanya dia sudah cukup kuat untuk menghadapinya. Baru sebulan di tanah air sendiri dia sudah hilang tenang yang dikutip di bumi asing. Kehadiran lelaki itu memang tidak akan pernah memadamkan kenangan pahit itu dalam hati Dini.

Kadangkala apa yang kita minta tidak semua mampu kita raih. Kerana budi dan sayangnya pada Umi Zaharah, Dini kembali lagi ke vila itu dengan janji yang dipersetujui oleh Rifqi. Semuanya untuk umi! Titik. Tetapi kenapa lelaki itu mula mungkir janjinya? Dini jadi semakin rimas dan kata maaf teramatlah payah untuk diberikan untuk Rifqi walaupun lelaki itu minta ampun dan dilobi penuh oleh orang-orang yang Dini sayang, Ibu Rasyidah dan Iffa. Pada mereka, Rifqi cukup lengkap sebagai lelaki yang baik.

Sejuta sesalnya Rifqi tidak pernah mampu untuk meraih kembali hati Nurinnya yang terluka. Bukan mudah untuk Rifqi mengalah kerana padanya Nurin itu selamanya miliknya.

Mampukah mereka menemui jalan akhir yang bahagia? Adakah ikatan yang terikat tanpa rasa cinta itu mesti diputuskan tanpa usaha untuk dibajai?

Rasaku:
Terbuai-buai dengan bahasa yang cantik dan puitis hingga tak sedar dah sampai helaian terakhir. Plot yang menarik, gabungan watak yang seimbang, bahasa yang mudah untuk dihadam. Yang paling KakChik suka sebab ada pantun/madah di setiap akhir bab. Nampak sweet.

'I know what caused global warming. You!' - Halaman 218.

Pesanan ringkas ni buat KakChik tersengih sendiri.

Luvs,
KakChik

Isnin, 18 Februari 2013

Buku & Komentar 10: Dia Tak Tanya

Penulis: Aleya Aneesa
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd @ Karangkraf.com
ISBN 978-983-124-8331
Halaman: 672
Terbitan: Pertama - Dis 2012
Harga: RM 26.00/ RM 28.00

Rasaku:

Tak sedar pun ambil masa hampir sepuluh hari untuk khatam karya terbaru penulis ni. Tak tahu apa yang kurang tapi KakChik macam tak boleh nak masuk, puas la dok pujuk hati untuk lebih terbuka.

Kalau nak dinilai dari segi bahasa, tiada apa yang perlu dipertikaikan lagi sebab ini penulis yang sudah dikira otai. Bahasa yang cantik dengan tatabahasa yang indah cuma perlu diperkemaskan lagi untuk cetakan seterusnya dari sudut ejaan yang terdapat beberapa kesilapan.


Yang lainnya kisah yang digarap penulis kali ini adalah perkahwinan yang dipersetujui bersama Najid dan Najihah tetapi bukan atas dasar sayang dan cinta. Walaupun pada mulanya ditentang oleh ayah Najid, papa Najihah dan Ilham, mereka tetap berkeras juga untuk meneruskan niat dan impian untuk mempunyai rumahtangga. Oleh sebab mereka tidak pernah mempunyai teman istimewa dan setelah berusaha mencari insan yang sesuai tidak berhasil, mereka nekad untuk menerima usul Ilham untuk mengikat hubungan persahabatan sedari kecil kepada hubungan suami isteri. Keinginan mereka terlalu didorong perasaan untuk merasa bahagia yang dikecapi oleh orang di sekeliling mereka. Oleh sebab persamaan mereka yang membesar tanpa keluarga yang lengkap, keinginan tersebut memang tidak mampu lagi ditentang oleh Datuk Bazli, Datuk Hakkam dan Ilham.


Namun mana mungkin bahagia itu akan melatari rumahtangga mereka jika mereka sendiri tidak berusaha untuk menggapainya. Najid yang penuh kasih sayang dan cukup melindungi berubah menjadi insan yang tidak Najihah kenali selepas mereka terikat dengan hubungan yang halal. Najihah yang lasak, kasar dan suka melawan sebelum berkahwin, menjadi seorang yang lemah, air mata dengan mudah mengalir bila Najid berubah suka marah-marah,hanya disebabkan kesalahan yang kecil. Hubungan yang diharapkan boleh memberi kebahagian kepada mereka rupanya meninggalkan luka yang dalam di hati Najihah sehingga dia mengambil keputusan untuk tidak bertemu Najid lagi selepas Najid membuat keputusan untuk berpisah.


Mungkinkah mereka mengekalkan janji mereka untuk tetap berkawan walaupun selepas mereka berpisah? Adakah luka di hati Najihah yang digores Najid terus berdarah selamanya? Berperanankah insan-insan di sekeliling mereka untuk memberi panduan kepada pasangan muda ini? Segalanya akan terjawab dalan DTT jika karya ini dihayati.


Watak -watak sampingan juga tidak kurang pentingnya dalam pengolahan jalan cerita dalam DTT. Walaupun pada mulanya dah mula nak jatuh hati pada Najid tapi sampai satu tahap rasa nak lepuk kepala dia yang tak sensitif dengan isteri sendiri. Karya yang penuh warna warni perhubungan keluarga dan kesan ketiadaan salah seorang ibu bapa dalam sebuah keluarga tetap meninggalkan kesan yang mendalam dalam perkembangan pembesaran anak-anak.


Luvs,
KakChik

Khamis, 7 Februari 2013

Buku & Komentar 9: Cintaku Luruh Di Oxford

Penulis: Noor Suraya, Imaen
Penerbit: JS Adiwarna Publications & Distributions Sdn Bhd
ISBN 9789670201627
Halaman: 738
Harga: RM34.00 / RM37.00
Cetakan pertama: Januari 2013


Rasaku: 

...cinta itu anugerah
lalu salahkah aku apabila tak dapat mencintaimu...

Musim luruh yang muram dan suram itu sudah berubah jadi musim luruh yang penuh warna warni dan ceria buat Falah dan Zuha, saat pertama kali mereka berjumpa di bumi Oxford yang dibalut dingin musim luruh yang dingin keperangan. Mereka menyimpan rasa suka yang hanya mereka berdua yang tahu nilainya. Namun kerana perbezaan darjat yang buat diri Falah tidak yakin untuk meluahkan rasa hati dan juga Zuha gadis cilik yang masih terpelihara sopan bahasa dan pekerti walau bertahun di Tanah Ratu, masih tebal sifat malu dan sahsiah anak gadis Melayu. Pada Zuha yang sering berjaket hud merah cili itu, dia tidak mahu jadi garis pemisah antara Falah dan Damina, 'buah hati Falah' yang cantik semua itu.

Musim luruh terakhir pada mereka di bumi Oxford, musim luruh yang terindah untuk dikenang dan sentiasa mengikat hati mereka yang tidak pernah diberi kata janji. Kepulangan Zuha yang terpaksa berhenti belajar kerana masalah keluarga. Dan salah faham Falah yang tidak pernah berani untuk bersemuka dengan si juita hatinya, memisahkan hati-hati yang sentiasa melagukan irama yang sama.

Lima tahun terpisah tanpa tanda dan pesan, terjumpa di Bukit Dussek yang tenang dan damai tetap meninggalkan kesan yang buat hati mereka reda. Takdir tidak pernah sengaja melukakan hati mereka tapi kerana hati itu dipegang Yang Maha Kuasa, walaupun mereka sudah gembira dan bahagia dengan nyanyian hati, tapi ujian itu tidak pernah salah pada setiap hamba-Nya.

Adakah hati Zuha-Falah akan menyanyikan lagu yang sama kembali selepas Zuha sudah terikat? Mampukah musim lusuh di Oxford memberi sinar yang lebih terang buat mereka?

Hasil karya duet yang sungguh awesome daripada Kaksu dan En Imaen. Memang sungguh cukup segala perisa, rencah, rempah dan rasa. Kiranya kalau masakan tu dah boleh menang tahap Master Chef antarabangsa.

Karya yang penuh dengan bahasa yang indah dan tersusun walaupun terjumpa dua tiga tempat tersilap taip ejaan. Terselit pelbagai rasa untuk ekonomi, sosio budaya, politik, bahasa, peradaban manusia,sejarah dan memang tidak rugi untuk membacanya.

Oleh kerana olahan bahasa yang cantik tersusun dan tertib, memang tidak nyata ia ditulis oleh dua penulis kerana kita tidak akan terjumpa kecacatan atau 'perbalahan' bahasa dalam plot yang dicoretkan. Ia bagaikan tercantum cantik dengan cukup kasih sayang yang menyatukan ilham keduanya.

Sesuatu yang menarik dengan kehadiran lukisan Cik Hud Merah di akhir-akhir muka surat novel ini. Latar belakang di Estet Bukit Dussek, kerjaya Falah dan Zuha juga menjadi kelainan daripada novel masa kini yang hanya berani memaparkan kehidupan yang mewah dan kerjaya yang gah sahaja. Kadangkala kita perlu keluar dari keselesaan untuk sesuatu yang lebih mencabar untuk tahu tahap limit diri kita.

Tahniah buat Kaksu dan En Imaen serta terima kasih untuk kiriman CLDO ke pulau...:)

Menanti karya seterusnya dari kalian berdua.

Luvs,
KakChik

Ahad, 3 Februari 2013

Spirit..spirit..spirit...

Cepatnya masa berlalu, sudah bulan kedua di tahun 2013. Kakchik masih menyeru semangat yang makin hilang dan luntur. Ditambah lagi dengan kekangan tanggungjawab yang makin bertambah tergalas di bahu.

Dan semalam, kehadiran satu emel buat team Kakchik agak down spirit kami. Perlukah apabila kita berada di atas boleh menuduh/menjatuhkan hukum pada staff di bawah tanpa kita bertanya statusnya? Kerana emel tersebut jugalah KakChik rasa sedikit hilang respect panya. Sudah apa pepatah yang nyata, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Jika kita mahukan sesuatu yang lebih bagus kenapa tidak kita juga mencari jalannya,bukan dengan melepaskan kesalahan apa orang lain. Kenapa kita tidak pernah mahu bertanya jika sudah nyata kita tidak mengetahuinya?

Tolonglah Ya Allah, kuatkan semangat hamba-Mu ini.
Aminn...

Luvs,
KakChik