Pengikut

Selasa, 21 Mei 2013

Need a break!

Sungguh rasa macam dah tepu tahap gaban dah. Sejak dengar ura-ura tu memang hati ni tak pernah tenang. Setiap masa rasa ada je dok hentam dalam otak ni suruh pikiq, walaupun tak nak pikiq pun. Huwaaaaaaa, saya nak balik dok celah ketiak mok. Rindu mok!

Sebab dah tepu sangat dengan dah tak tahu macam mana nak reset minda ni kasi tak swing je, so decided to take a short break. Harapnya lepas ni tenanglah kau, wahai hati!

Layan Cik Aimi pun, dok pikiq jugak benda tu.

Ya Allah, Kau berilah ketenangan untuk hatiku ini. Amin.

LiFe iS a LoNG JouRNeY
-KakChik-

Isnin, 13 Mei 2013

Buku & Komentar 14: Sandal Bunga-bunga

Penulis: Faziela
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
ISBN 9789670508252
Harga: RM20.00 / RM23.00
Cetakan Pertama: April 2013
Halaman:

Rasa KakChik:

Karya kedua penulis sedikit kurang memikat hati KakChik berbanding karya pertama beliau. Tetapi Faziela masih mengekalkan perkahwinan yang diatur keluarga, walaupun pada dasarnya kedua orang tua mereka tidak pernah memaksa.

Mereka bersatu selepas keduanya gagal dalam perhubungan yang sebelumnya. Zahran yang ditinggalkan 'dia' yang bertunang dengan lelaki lain dan Izza yang ditinggalkan kerana kekasih selama 8 tahunnya curang dengan kawan baiknya sendiri.

Bukan mudah untuk mereka bangun, terutama Izza mengalami kemurungan yang panjang. Zahran juga tidak senang untuk melupakan 'dia' sehingga dia mengambil keputusan untuk meletak jawatan bergaji tinggi di .

Zahran yang memahami dan tolarensi buat Izza selesa dalam perhubungan mereka suami isteri. Walaupun kadang kala dia rasa didera oleh Zahran yang meminati activiti outdoor yang ekstrem.

Dalam bahagia, mereka teruji dengan sesuatu yang tidak dijangka. Kehilangan dan penderitaan Izza dalam satu hari mengubah situasi bahagia yang mereka nikmati.

Kuat atau tidak mereka, hanya mereka yang perlu hadapinya.

Komentar KakChik:

Suka dengan watak Zahran yang nampak matang tapi sangat rasa nak cepuk kepada dia apabila Izza bertanya berkenaan masa lalunya. KakChik rasa seperti Zahran tidak jujur pula.

Kalau penulis menitip info yang lebih banyak berkenaa penyakit yang ditanggung Izza selepas peristiwa hitam tu rasanya berilmu juga untuk pengetahuan pembaca.

Apa pun, tahniah pada Faziela untuk karya bercetak yang kedua. Teruskan menulis ye...:)

Luvs,
KakChik

Buku & Komentar 13: Anthem

Penulis: Hlovate
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
ISBN 9789670508629
Harga: RM24.00 / RM27.00
Cetakan Pertama - Mei 2013
Halaman:

Rasa KakChik:

Lamanya masa diambil untuk mengkhatamkan buku ni, bukan sebab isinya yang kurang umphhhh kerana aura H memang terserlah di dalam buku ni tapi sebab konon-kononnya banyak urusan doniawi yang memerlukan lebih tumpuan. Haishhhhh....

Bagi peminat H yang mengikuti kisah-kisah tulisan beliau di blogdrive, ini merupakan kisah terakhir yang diambil dari blog tersebut. Dah lama rasanya kisah ini terpeta di blog tersebut.

Kisah Nur Dania Dashrin yang merentasi hampir pelusuk dunia keranan kerjaya ayahnya. Dia tidak kisah setiap kali nomad ke tempat baru kerana dia tidak pernah ada masalah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Tetapi apabila dia dipaksa tinggal di tanah air sendiri, dia tidak betah untuk berasa selesa. Walaupun dia tidak pernah berbuat salah pada sesiapa tetapi pandangan sinis masyarakat sekeliling gelar buat dia rasa terhina. Walau payah dia terpaksa bertahan untuk selama dua tahun. Yang penting dia tidak pernah mahu menilai orang lain. Baginya dia adalah dia.

Lee, senior yang digelar Hitler kerana aura segala singa dan naga sepanjang mereka di sekolah yang sama. Lee yang cuba membentuk Dash menjadi seorang yang lebih baih. Lee yang rupanya mempunyai jalan hidup nomad sepertinya. Namun pertemuan mereka yang seterusnya ada rasa yang memberi keserasian.

Dari bumi Malaysia ke Delhi ke Aberdeen, kisah mereka bermula. Setiap perubahan yang positif pasti mendapat ganjaran yang lebih baik walaupun bukan mudah untuk meninggalkan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan kepada sesuatu yang baru dan luar biasa pada rasa kita.

Komentar KakChik:

Kisah ini bukan hanya untuk dinilai dari sudut rasa anak yang membesar dalam budaya yang bukan asas agama menjadi tunjangnya tetapi juga sudut untuk kita yang sudah terdidik, membesar dalam ajaran agama ini, di mana tempat kita sebenarnya? Adakah kita masih lagi menilai orang-orang yang berbeza dari sudut mata kita dengan pandangan yang sinis dan cemuhan terkeluar dari ulas bibir kita?

H juga turut jelmakan beberapa watak dari karya beliau yang lepas buat KakChik lemari putih dan belek sekejap Rooftop Rant sebab nak ulang baca kisah Trisy dan Jade.

Bahasa H memang tak ada yang berubah dari karya yang sebelum ni tapi Contengan Jalanan masih mendapat tempat yang teratas di hati KakChik.

Luvs,
KakChik

Ahad, 12 Mei 2013

Be positive

Dua tiga hari ni, hati KChik tak berapa tenang. Mungkin akan ada perubahan dalam struktur sekarang. Sudah dapat hint kemungkinnan akan dipindahkan itu adalah lebih berat.

Jadi, mahu atau tidak KChik mesti bersedia dari segi mental terutamanya kerana posisi yang akan diambilalih berada dalam keadaan yang sedikit tertekan. Dan ini mungkin merupakan satu cabaran buat KChik nanti.

Moga perubahan ini akan memberi hikmah yang baik buat kami. Aminnnn....

Berbagai proses dilalui untuk cantik begini!

Luvs,
KakChik

Khamis, 9 Mei 2013

Buku & Komentar 12: Anak Teruna Makcik Rahimah

Gambar doktor tu memang ada tarikan

Penulis: Sakeena
Terbitan: Jemari Seni Sdn Bhd
ISBN 978-967-0508-24-5
Harga: RM20.00 / RM23.00
Halaman: 489
Cetakan 1 - Mac 2013

Garapan dua watak hero dan heroin yang berlainan karektor dan kerjaya. Ain Zahra yang sentiasa sibuk dengan segala perkakasan hospital. Manakala Arm Waseem pula sentiasa kalut di Unit Trauma. Pertemuan pertama yang menjadi konflik antara mereka rupanya ada petanda lain.

En Kopi yang kerek yang layak digelar pakcik di mata Cik Tool Bag. Setiap kali bertemu pasti ada saja isu yang akan dijadikan bahan untuk pergaduhan mereka. En Kopi yang dah taraf pakcik tu pun bukan reti nak beralah dengan budak muda macam Cik Tool Bag tu. Dia pula yang lebih-lebih mengalah perangai budak tak cukup umur. Pelbagai ugutan yang dibuat demi untuk menghapuskan rasa bersalah budak. muda tu yang buat baju putih labuh dia bercorak cantik tu.

Hidup Ain Zahra makin haru selepas ikatan pertunangan yang terikat di Tanah Suci. Dia seperti terpukau untuk terima pinangan Makcik Rahimah. Tertekan juga Ain sebab dia tak tahu pun dia bertunang dengan siapa. Seluruh keluarga seperti berahsia dengan dia.

Perkahwinan yang terikat tanpa rasa itu meninggalkan kesan yang sungguh tertekan pada Ain sebab dia ada sesuatu yang dia rasa takut untuk menerimanya sehingga dia tidak pernah untuk buka hati menerima lelaki yang telah menerima akad kabul ke atas dirinya.

Adakah bahagia akan menunggu mereka di hujung sana? Sesiapa nak tahu sila beli ye buku ni.:P

Komentar KakChik:

Senyummmmmmmm....serius asyik sengih-senyum-gelak jer sepanjang ulit karya ni. Serius rasa happy & enjoy sepanjang bersama En Kopi dan Cik Tool Bag. Segala gelagat, gurau senda dan rajuk manja mereka tu buat KakChik tak sabar nak tahu apa penamatnya.

Penulis telah menggabungkan semua watak dengan begitu santai sekali sehingga kita tak rasa antara mereka ra terpinggir. Olahan plot dan bahasa yang mudah juga salah satu pemangkin karya ni menarik hati KakChik. Tambahan lagi dengan konflik yang minima tanpa meleret-leret.

Kerjaya Ain Zahra ni menarik untuk diketengahkan sebab tak pernah pula KakChik tahu segala perkakasan hospital tu memerlukan seorang jurutera pun. Sebenarnya tak pernah terfikir pun yang segala perkakas penting tu mesti diservis sebegitu rupa. Ingatkan hanya juruteknik biasa je yang handle. KakChik nak kena guna pakcik google ni untuk tahu lebih lanjut tentang kerjaya mencabar ni.

Serius suka karektor Dr Waseem yang sungguh sweet dan romantik walaupun rasa macam nak ketuk jer kepala budak Ain yang sengal tak mahu terima suami yang punya la baik tak hengat tu. Tapi KakCik memang tak boleh nak terima la kelakuan budak Ain ni yang boleh pi tampar muka suami dia tu, walaupun cuma satu part je tetap rasa macam tak boleh terima. Tak suka tau.

Serius tak rugi beli buku ni.

Buat Cik Penulis yang manis, moga cepat sembuh ye sebab KakChik tunggu kisah Pia di blog tu dibukukan pula.

LiFe iS a LoNG JouRNeY
Luvs,
KakChik

Ahad, 5 Mei 2013

KLIBF 2013: Chapter 3

Chapter 3: Hasil tangkapan..*_*

Assalamualaikum wbt...

Kunjungan kali kedua ke KLIBF di PWTC memang berbaloi-baloi. Dengan tawaran harga yang sungguh memberangsangkan, memang KakChik jadi penasaran. Hahahaha...

Rasa bagaikan nak borong semua dan semua booth nak masuk singgah dan beli. Tapi apa kan daya, beban yang berat memang menjadi peringatan buat KakChik. Tambahan pula kepingan not dalam dompet pun dah hampir kontang. Jadi, hari pertama kunjungan pada 27 April, KakChik berjaya angkut 3 buah beg voven (betul x eja ni) dan 1 bagpack yang sarat dengan buku sehingga bagpack KakChik tercabut zip dan KakChik usaha untuk tutup dia guna button bage Ana Muslim yang dibeli untuk menyelamatkan beg tu..Huhuhuhu.

Oleh kerana terdapat beberapa buku yang KakChik tak beli pada hari pertama tu, jadi hari 28 April tu sekali lagi KakChik ke sana bersendirian. Kuatkan semangat sebab cuak tak pernah naik lrt sensorang dari Taman Melati ke PWTC. Tapi tawakal jer la. Demi buku kata kan! Ahaks....

Opppsss
...dah panjang berjela dah ni..Jom, layan pic buku-buku yang KakChik sempat beli sepanjang dua hari tu.

Booth JS yang pertama disinggah & stuck  
around 1 jam kat situ,terlalu ramai orang
 terutama peminat H yang mahukan Anthem.^_^

Booth JS Adiwarna yang kedua disinggahi, sebab nak jumpa KakSu  sebenarnya &
 borong sakan kat sini.Terima kasih semua untuk layanan yang sungguh awesome *_*

Dewan Tun Dr Ismail memang penuh dengan
peminat buku, kat sini beli buku dr Alaf 21 & BP..

Naik ke Booth Fajar Pakeer dah lewat petang dgn member GSS,
 Ucu & DLa serta anak dara DLA, Aina. ^_^

Ini pula dari KN dan Creative, alhamdulillah thn ni jumpa booth  Creative
offer yang sungguh awesome sehingga 80%..

Sebab utama ke PWTC lagi 28 April sebab
terlupa tak beli buku dari Galeri Ilmu..

Ini terbitan NB Kara,Hati Yang Luka diterbitkan semula.
Memang dah lama cari buku ni..^_^

2 buah jer dari PTS...cukuplah.

Dan hasilnya....termasuk buku dr KaryaSeni & Penulisan2u...
boleh tertinggal x snap pic..haishhh

Harap ada masa yang sempat digunakan dengan sebaiknya untuk mengkhatamkan semua buku-buku yang dah dibeli ni...

Luvs,
KakChik




Jumaat, 3 Mei 2013

KLIBF 2013: Chapter 2

Chapter 2: Dia, yang berjasa!

Beg bertuah! TQ...
Walaupun murah cuma RM7.90 je tp beg guni yang KakChik panggil ni sungguh berjasa pada KakChik. Dia yang tolong 'bawa' semua buku KakChik sebanyak 53 buah + 5 buah buku Cik Aimi yang nipis.

Berat kapasiti dia tolong bawa pada 28 April tu ialahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...20.4kg..Huh....Tapi alhamdulillah, dia bertahan hingga ke akhir tanpa rosak/konyak walaupun sedikit. Dan buku-buku yang KakChik borong itu juga selamat landing di pulau dengan selamat tanpa cacat cela.

Terima kasih ye, beg guni biru!

Luvs,
KakChik

KLIBF 2013: Chapter 1

Chapter 1: Tugas selepas shopping ^_^

Tugasan yang perlu diselesaikan sebelum membaca ^_^

Alhamdulillah, akhirnya dah selamat landing di pulau selepas 2 hari jelajah KLIBF 2013 di PWTC pada 27-28 April lepas. Walaupun tak rancang nak ke sana pada 28hb tu. Tapi tarikan bau buku baru sungguh kuat di hidung kemek KakChik ni.

Jadi, tugasan selepas shopping buku, haruslah membalutnya...Lalalala. ^_^

Luvs,
KakChik