Pengikut

Rabu, 30 April 2014

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2014

Assalamualaikum...

Entry terakhir tentunya untuk penutup April. Aduhaiiii, cepat sungguh rasanya masa berlalu.

Back to title, alhamdulillah KakChik berkesempatan untuk jejak PWTC lagi tahun ni. Serbu PWTC seawal jam 8 pagi pada 26 April. Breakfast dengan Mami Suraya sambil-sambil tunggu geng yang lain. Sekali dapat berkumpul (walaupun cuma 6 orang ajer), riuhnya bagaikan 20 orang. Dari 8 pagi duduk kat cafe depan Ariani tu sampai dah penuh orang dalam PWTC tu, kami masih lagi lepak-lepak. huhuhhuhu.

Lepas semua dah sampai, borak punya borak. Tengok-tengok orang lain dah berlenggang penuh beg buku kat tangan. Lepas tu baru kami gerak ke booth IKP & lepas tu terpisah. My phone battery king. Sedeyyy nya x sempat say goodbye. Cuma sempat jumpe Dla sebelum dia balik.

KakChik tahun ni dah tekad tak mahu beli banyak, cuma borong buku JS, JS Adiwarna, Alaf & karangkraf, IKP dan Galeri Ilmu serta seketul buku utk Cik Aimie jer. Ikutkan hati memang la nak angkut semua. Tapi 10 buah memang tinggal kat adik, sebab den udah tak larat nak angkut.

Sempat juga jumpa kawan GR, CikPah yang peramah dan manis orang. Pertama kali jumpa dah mesra bagaikan dah bertahun kenal. Next year boleh jumpa lagi ye..

Berjanji juga dengan my lil sis & niece, lepak-lepak dan makan sekejap. Memang rindu giler, rasanya dah lama x jumpa dorang nih. Lepas tu terus gerak ke Kl Sentral & naik bas ke LCCT. Kali terakhir la kot jejak LCCT ni kerana lepas ni Airasia akan landing di KLIA2,kan.


Buku-buku yang diangkut balik ke pulau.::)
Buku-buku bahagian atas tu ditinggalkan di KL, ;)
Teman2 yang jumpa dan sempat snap pic..:)
Semua dah tinggi menggalah..eh, kita semua specky.:P
Luvs,
KakChik

Ahad, 20 April 2014

Buku & Komentar 31: Suami Sebelah Rumah

Penulis: Ana Sofiya
Penerbit; Fajar Pakeer
ISBN 9789673651948
Halaman: 506
Harga: RM21.00 / RM24.00

20.4.2014

Kisah ini berkisar kehidupan rumahtangga yang baru nak bermula antara Amar-Eryna. Dari mula majlis nikah Eryna-Azlan yang tak tertunai sehinggalah ke kisah majlis resepsi Amar-Eryna.

Amar dan Eryna ni rupanya hidup berjiran sejak Amar umur 8 tahun lagi. Tapi dari awal mereka tidak pernah sebulu. Amar yang nerd dan Eryna yang kasar dan perasan segalanya bagus tu memang selalu membuli Amar. Amar bukan lelaki lemah tapi sebab sayang dia sanggup menerima hukuman walaupun bukan salah dia.

Sebenarnya Amar dari awal lagi dah jadi calon menantu Mak Non dan Pak Wan. Tambah lagi ibu dan ayah Amar berkawan baik dengan mak abah Eryna. Tapi Eryna memang tak pernah pandang pun Amar tu. Walaupun Amar seorang doktor tapi Eryna tak pernah nak heran. Yang dia dambakan Azlan, kekasihnya sejak 8 tahun dulu. Tapi sekali Azlan buat onar, hantar sms batal nikah setengah jam sebelum majlis. Apa lagi?? Mengamuk la Mak Non dan Pak Wan. Dalam masa yang sama, kebetulan Amar ada di majlise tersebut. Entah meroyan macam mana, Eryna boleh pulak melamar Amar sedangkan sebelum ni bukan main menyombong lagi dia tolak pinangan Amar. Siap dengan kutuk lagi.

Namun bagi Amar, dah peluang depan mata,kan. Terus dia sambar. Tambah lagi dengan tangan ajaib Sam yang mengubah penampilan Amar. Semua orang terpukau. Heh, baru Eryna tahu. Doktor nerd tu pun ada aura juga.

Kenapa jadi Suami Sebelah Rumah? Sebab syarat mengarut Eryna la ni. Huh, gerammmmm jer tapi Amar pun satu, ikut semua apa yang Eryna kata. Sekali terkantoi dengan ibu bapa mereka tahu pulak si Eryna ni menggelabah.

Walaupun tak nak mengaku dia cintakan Amar tapi merajuk juga Eryna bila ada wanita lain yang mengejar Doktor Amar yang hot, bak kata Anis. Nasib baik la Amar ini cinta setia maut sungguh walaupun digoda oleh Doktor Wani, tetap kekalkan hati untuk Eryna.

Komentar:

Mungkin kerana membaca kisah yang hampir sama sebelum ini, jadi KakChik punya target up sikit. Pada permulaan jalan cerita sangat meleret-leret. Sebelum majlis hingga dah majlis nikah Amar-Eryna dah melibatkan berbab-bab. Disebabkan POV1 yang dibahagikan kepada dua watak utama, Amar-Eryna, kadang kala ada pengulangan perkara dan situasi yang sama. Jadi pada KakChik dah hilang rasa nak tahu di situ.

Luvs,
KakChik


Buku & Komentar 30: Guy Next Door

Penulis: Rose Harissa
Penerbit: Kaki Novel Sdn Bhd
ISBN 978-967-0448-63-3
Halaman: 487
Harga: RM21.00 / RM24.00

4.5 star

Bukan review: hurmmmm, huruf M tgh membesar skrg ni..haishhh

17.04.2014

Lama sungguh tak baca hasil tangan penulis ni. Rasanya ini karya pertama beliau dengan penerbit ni. Dan seperti karya beliau yang pernah dibaca, memang TAK MENGHAMPAKAN. :P

Lima tahun hidup berjiran, mereka tidak pernah bertegur sapa. Kristal dengan sikap tak cakna dan Adam pula memuja dalam diam. Tapi yang selalu buat Kris sakit hati dengan Adam adalah sokongan padu Mak Cik Umi pada Adam. Pada mata maknya, Adam hampir sempurna tapi pada Kris, sempurna haper kalau kerja pun idok tapi asyik terperuk di rumah perabis duit pencen orang tua.

Kris hampir buta mata hati dan mata kasar sebab terlalu taksub dengan ayat leleh kekasihnya, Fandi. Kris ni macam kebanyak tipikal watak heroin yang mengejar lelaki romantik tahap petala kelapan dan juga kalau kaya itu satu bonus. Walaupun sudah lama bercinta bagai nak rak, diangkut ke hulu ke hilir tapi Fandi masih lagi tidak masuk meminang. Ini yang menaikkan darah Mak Cik Umi sebab maruah anak dara tunggalnya bagaikan dipermainkan.

Dalam pada mereka tak bertegur sapa, sekali bercakap terus bercakar Adam dan Kris ni. Kris dengan perangai tak semenggah yang tak pernah mahu kalah dan selalu bersangka buruk, ditambah lagi dengan perangai Adam yang sentiasa cool dan suka mengusik. Aduhhhhh, bercakar macam kucing la depa ni.

Ketika Kris sedang asyik masyuk terleka dengan cinta Fandi, sekali keghaiban lelaki itu memang buat Kris tertekan dan lagi ayat-ayat pedas dari Mak Cik Umi yang sentiasa buat telinga dia berasap. Akhirnya rahsia Fandi terbongkar tapi Kris masih lagi percaya dengan kekasih hati pengarang jantungnya yang tak berapa nak betul ni. Tapi, sekali Tuhan nak tunjuk. Haaaaa, depan Adam lagi tu. Walaupun malu tapi sebab ego tinggi Kris tetap tak pandang Adam walaupun dalam berkias Adam ada tunjuk rasa suka kat dia. Huhhhh, perangai tak semenggah sungguh Kris ni. Duduk junjung ego tinggi melangit tapi bila Mia nampak rapat dengan Adam, tahu pulak dia tunjuk perangai cemburu tak tentu hala tu.

Tapi sebab dah tajuk GND, mesti ada sangkut paut jugak mereka berdua ni. Walaupun banyak cabaran Adam nak dapatkan Kris ni. Dengan kehadiran Adeera, ugutan Fandi dan juga tindakan penculikan Kris yang hampir menyebabkan Adam hilang nyawa. Kesudahannya, sila baca sendiri..:P

Komentar:

Yeahhhhh, selepas terbakar, siap rentung dan sebagainya. Akhirnya khatam juga naskhah ini. Sejujurnya, ayat-ayat penulis memang sentiasa menarik hati untuk dibaca walaupun terselit sedikit adegan yang sensitif dan kadang kala tak realistik di mata KakChik.

Memang jatuh hati tak ingat kat karektor Adam yang bajek suci tapi tak berapa nak suci juga kalau dah dapat peluang depan mata, kan? Karektor anak yang sanggup hilang kerjaya demi orang tua dan juga sikap yang tidak cepat melatah. Tapi kalau dah dapat isteri yang perangai tak matang macam Kris memang buat haru saja.

Sangat la sakit hati dengan watak Kris ni. KakChik rasa watak Kris antara watak heroin yang buat KakChik meluat tahap nak hempuk kepala dia dengan batu lesung. Kenapa la hang sungguh tak bersyukur, Kris ooiiiii. Masih juga menjunjung ego dan sikap tak matang walaupun dah menjadi isteri orang. Buat KakChik angin jer.Haish

Mak Cik Umi sungguh memukau dalam GND dan karektor dia memang menghidup hampir 3/4 dari keseluruhan cerita. Walaupun mulut dia super laser tapi dalam hati dia, hanya Tuhan yang tahu. Memang setiap ibu mahu yang terbaik buat anaknya. Tapi kalau anak jenis macam Kris ni memang kena 'palu' selalu. Itu pun masih tak sedar jugak.

Keseluruhan cerita hampir sempurna walaupun KakChik kecewa juga sebab watak Mak Cik Umi yang selamba itu 'mati' begitu saja lepas Adam-Kris ke US. Watak-watak lain tidaklah begitu memberi impak terhadap keseluruhan cerita sebab banyak ruang diberi Adam-Kris.

POV yang berbeza hampir setiap bab memang memerlukan tumpuan yang tinggi. Hehh

p/s: Kak CT, thanks kasi pinjam GND. :P


Luv,
KakChik



Khamis, 10 April 2014

Buku & Komentar 29: 69 Jam di Neraka Zionis: Pengalaman Berdarah Sukarelawan Negara

Penulis: Norazman Mohd Samsuddin
Penerbit: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)
ISBN 978 938 0688 978
Harga: RM20.00 / RM23.00
Halaman: 262

Komentar: 

Terkesan dan tercabar. Itu dua patah kata yang terakhir tersemat di hati saat penutup buku ini. Terima kasih kepada tuan penulis yang mengambil inisiatif untuk berkongsi kisah dan pengalaman dengan masyarakat berkenaan pengalaman beliau dan juga perjuangan dan pengorbanan yang melewati batasan agama, bangsa dan bahasa.

Buku ini bukan sahaja berkisah tentang pengalaman flotila kemanuasiaan itu sendiri, tetapi tetap diselitkan sejarah beradaban yang sudah lama ditinggalkan oleh manusia-manusia yang menggelar diri mereka 'orang yang baik'. Namun pada dasarnya merekalah manusia-manusia yang berhati keras malah sungguh angkuh.

Bagaimana kejam dan zalimnya mereka sehingga tanpa sedikit pun perasaan kemanusiaan tersentuh di hati mereka sehingga mereka bertindak melepasi batasan kemanusiaan sejagat. Tembakan dan segala tindak tanduk yang hilang nilai manusia sejagat dan juga sikap angkuh yang menjunjung segala tindakan mereka adalah tindakan yang betul. Tetapi mereka terlupa bahawa pertolongan untuk orang-orang yang berjuang di jalan Allah itu sentiasa ada.

Terfikir, di mana pertubuhan antarabangsa yang sepatutnya mengambil tindakan undang-undang kepada negara dan komandonya yang zalim ini. Kenapa sehingga ke saat ini, selepas hampir 4 tahun berlalu peristiwa ini bagaikan tiada langsung pembelaan? Sungguh, manusia akhir zaman sudah semakin jauh dengan Allah dan semakin takut dengan kuasa manusia. 

Teruslah berjuang wahai sekalian umat Islam untuk saudara kita yang sedang tertindas. Insya Allah pertolongan Allah sentiasa ada untuk kita. Semoga darah pada syuhada tidak akan pernah kering mengalir dalam diri kita walaupun kita tidak pernah mengangkat senjata di medan perang.

Perkongsian gambar-gambar juga membantu dalam pemahaman pembaca untuk berkongsi rasa dan juga memahami sukarnya cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh sukarelawan flotila Mavi Marmara. Namun begitu, kalau penulis memberi pencerahan yang lebih terperinci berkenaan dengan kapal-kapal lain adalah lebih baik. Kerana hingga akhirnya, KakChik tertanya-tanya adakah para sukarelawan dalam kapa-kapal yang lain turut menerima nasib yang sama seperti kapal Mavi Marmara.

Luvs,
KakChik

Jumaat, 4 April 2014

Buku & Komentar 28: Tiba-tiba, Dia Ada

Penulis: Rehan Makhtar
Penerbit: Penulisan Enterprise
ISBN 978-967-056-721-1
Halaman: 647
Cetakan: Januari 2014
Harga: RM25.00 / RM28.00


4.4.2014

Tiba-tiba segalanya berubah dalam hidup Aryana Ahmad Mukhlis. Hidup Arya yang tenang-tenang berkitar rumah, keluarga, kerjaya yang bukan pilihan dan pejabat berubah 360 darjah kerana perkhabaran itu. Arya mempunyai pilihan untuk menolak permintaan mama-papa. Dia memang mempunyai pilihan. Tapi Arya itu anak yang sungguh taat kepada keduanya, tidak tega dia menghampakan mama-papa yang sudah menempuh pelbagai cabaran sebelum menikmati rasa bahagia.

Tiba-tiba, anak teruna 22 tahun itu yang muncul melamar untuk menjadi imamnya nanti. Aryana yang matang dan memegang jawatan besar di syarikat papa akan bergandingan dengan Ayie, jejaka yang muda belia yang masih memegang status budak sekolah di bumi Jerman. Lelaki yang pada pandangan Aryana amatlah tidak masuk akal untuk dijadikan suami tapi Ayie ni sungguh agresif dalam mengejar impian untuk menjadikan Aryana sebagai isterinya.

Tiba-tiba dalam masa 2 minggu saja status Arya sudah bertukar. Owhhh, hidup di samping suami yang muda ini pada rasa Arya tidaklah terlalu teruk. Ayie yang kadang kala matang dari usianya tapi masih tetap ada sikap manja dan mengada-ngada. Tambah lagi kata-kata manis bergula bersalut madu. Aryana hampir tewas. Tapi dia tetap menanam tekad untuk taat kepada Ayie, pesanan mama sentiasa dia jadikan panduan.

Aduhhhhhh, baru 2 hari menjadi isteri. Perkhabaran dan bukti bergambar itu hampir merentap segala rasa. Mama-papa mertua dia sudah hampir hilang percaya kepada anak lelaki tunggalnya. Tapi pesanan Ayie tetap Arya ingat. Ya, siapa lagi yang layak untuk melindungi maruah suami kalau bukan yang bergelar isteri.

Kehidupan di bumi Jerman yang kadang kala tenang dan kadang kala 'berangin' dengan kehadiran pelbagai ragam manusia. Kehadiran manusia bergelar Khai memang menambah dugaan dalam hidup Arya di bumi asing. Tapi Ayie sentiasa ada untuk membunuh segala rasa tidak percaya. Dalam pada masa yang sama Arya berusaha untuk membantu mana yang terdaya.

Sedang bahagia berulit dengan saumi tercinta, Arya diminta pulang ke Malaysia disebabkan masalah yang dialami oleh syarikat keluarganya. Aryan masih tidak mampu untuk mengendali masalah tersebut. Walaupun Arya berat hati tapi dengan izin suami, dia terpaksa.

Tiba-tiba muncul pula Iman Firdaus, anak kepada klien syarikat papa. Jejaka tersebut secara terangan menunjukkan rasa suka terhadap Arya. Walaupun Arya sudah berterus terang yang dia sudah berstatus isteri orang. Kadang kala serba salah Arya dengan sikap Iman ni. 

Hubungan Ayra-Ayie yang sedang ranum, tiba-tiba redup disebabkan kehadiran Iman. Aduhhhhh, Aryan ni sungguh la tak boleh menyimpan rahsia. Diceritakan pula perihal Iman kepada si abang ipar yang nun jauh di Jerman. Maka timbul la konflik yang pada dasarnya tidak perlu wujud.

Tambah bercelaru hidup Arya apabila dia mendapat kiriman gambar Ayie dengan wanita lain pula. Fitnah apa lagi yang perlu dihadapi. Walaupun dia berusaha tapi kerana cemburu dan sikap gelojoh, dia hilang percaya pada suami sendiri. 

Selepas bahagia itu sudah dalam genggaman mereka, syurga cinta mereka teruji lagi dengan kemalangan yang menimpa Ayie. Selepas koma, Ayie telah didiagnosis mengalami penyakit tidak ingat wajah. Penyakit yang tiada ubat. Dia perlu berusaha untuk sembuh sendiri dengan bantuan orang-orang di sekelilingnya.

Komentar:

Aduhaiiii, manis bergula sungguh watak Ayie dalam karya ni. Haaaa, walaupun muda tapi dia lelaki matang. Padanya umur hanya angka. Chewah, kalau sudah cinta semua mampu ditolak ke tepi, kan?

Pada KakChik, kekerapan penggunaan sesetengah perkataan atau frasa memang buat sedikit 'menurun' carta bintang diberi. Perkataan Oh, mai itu akan lebih manis kalau diganti dengan Ya Allah.

Selain itu KakChik mendapat ilmu baru perkenaan penyakit yang dihidapi Ayie selepas kemalangan tersebut. Penyakit yang sudah nak eja tu.

Luvs,
KakChik

Khamis, 3 April 2014

Buku & Komentar 27: Mencari Mr. Charming

Penulis: Anna Lee
Penerbit: Fajar Pakeer
ISBN 978-967-365-1887
Halaman: 662
Cetakan: Januari 2014
Harga: RM24.00 / RM27.00


Kisah ini masih berkisar tentang anak gadis yang sudah berumur 28 tahun, tiada kerjaya tetap tapi mempunyai impian untuk mencari Prince Charming. Apatah lagi Indah Lara a.k.a Lara Alisya itu seorang penulis novel cinta dan kebanyakan watak hero yang dijelmakan olehnya sangatlah terlalu sempurna sehingga mendatangkan kritikan misteri dari Indah Water. Indah Lara ni walaupun sudah menghasilkan 6 buah novel tapi masih lagi tahap penulis yang suam-suam kuku. Kadang kala poket untuk tidak selalu berisi. Tapi dia berkeras tidak mahu bekerja tetap dan juga impian tinggi menggunung untuk terus mencari jejaka idamannya kerana dia yakin masih wujud lelaki yang benar-benar charming.

Disebabkan terlalu taksub untuk tinggal tempat mewah, 'rezeki' Lara datang bergoleh. Kerana salah faham dan juga Lara dapat bertemu calon Prince Charmingnya. Lelaki yang pada Lara hampir sempurna tapi macam banyak juga misteri lelaki tu. Majikan Lara yang memberi kebebasan untuk Lara tinggal di kondo mewahnya sebagaibabysitter anak gadis 15 tahun, Tania. Hubungan Lara-Tania memang kamceng sangat. Tania yang periang dan ceria. Sam juga lelaki yang amat prihatin. Dan ciri-ciri Prince Charming impian Lara ada duda beranak satu ini.

Dalam pada masa yang sama, Lara bagaikan 'berjodoh' dengan pelakon pujaannya, Fazrin Adam. Walaupun pertemuan pertama mereka tidaklah secantik mana tapi hubungan aku-kau memang nampak unik di mata orang lain tapi tidak pada mereka. Fazrin yang bermulut pedas, langsung hilang segala pujaan Lara terhadap jejaka itu. Dalam duduk bergaduh tu, Fazrin masih juga mengambil tahu tentang Lara dan penampilan Lara berubah dari gaya makcik-makcik kepada gaya yang lebih sedap mata memandang sehinggakan Sam tidak teragak-agak untuk melamar.

Aduhhhhh, Lara pula cuba bermain tarik tali bila Sam sudah berterus- terang. Apatah lagi Lara sudah tahu rahsia siapa bekas isteri Sam itu. Antara mahu menerima atau menolak, Lara perlu berfikir dengan bijak.

Tiba-tiba penulis yang suam-suam kuku ini mendapat tahu karyanya diangkat untuk diadaptasi menjadi drama. Masa ni Lara sudah menggelabah sebab selama ini dia berusaha untuk tidak mendedahkan identiti dirinya.

Sama ada rezeki Lara mahu menjadi membesar di kondo mewah Sam atau dia menolak tuah untuk mencari Mr. Charming lain, jawapannya akan ditemui dalam karya ini.

Komentar:

Dari awal lagi penulis sudah maklumkan bahawa idea menulis karya ini disebabkan petanyaan berkenaan masih wujudkah lelaki sebegitu dalam dunia. Jadi plot dan garapannya banyak juga diselitkan post dari wall FB dan juga ada beberapa kerat kiriman emel antara Indah Lara- Indah Water.

Bahasa yang santai dan juga plot yang tidak banyak krisis menyebabkan kisah ini tiada 'rahsia' yang terlalu mengejutkan di akhir kisah. 

Walaupun penulis seperti 'menyindir' tentang penulisan karya tempatan masa sekarang yang banyak berkisar tentang kisah cinta yang kosong tetapi masih banyak lagi yang perlu ditambah. 

KakChik rasa bagaikan ada rasa yang tertinggal, tidak terlalu mencengkam rasa.

Luvs,
KakChik

Buku & Komentar 26: Aku Pilih Dia

Penulis: Hezzy Azra
Penerbit: Alaf 21 @ Karangkraf
ISBN 978-983-124-742-6
Halaman: 547
Harga: RM22.00 / RM25.00
Cetakan 1- 2011


Buku ni dah 2 tahun terperuk dalam lemari putih. Teruja nak baca sebelum baca karya terbaru penulis, Sah, Aku Cinta Kamu!

Buku ini bagaikan terbahagi kepada dua bahagian yang berbeza watak heronya. 1/2 bahagian pertama banyak menampilkan watak hero Raif Imran yang kacak dan ramai teman wanita. Dan 1/2 bahagian terakhir pula lebih menonjolkan Ian Redza yanggentleman dan matang.

Perjalanan Johana Johan sebagai wanita dewasa ditempuhkan dengan kehilangan tunangnya, Khalil. Teman lelaki & juga tunang yang dikenali sejak remaja. Tapi jodoh mereka tiada apabila Khalil 'pergi' ketika majlis perkahwinan mereka sudah dirancang. Johana yang cengeng dan manja amat payah untuk menerima keadaan tersebut.

Peralihan kerja Johana telah menjadi titik pertemuannya dengan jejaka yang menjadi buruan ramai. Namun perhubungan mereka tetap berjalan lancar kerana keduanya tidak pernah melebihi hak sebagai kawan. Raif yang banyak membantu Johana untuk bangkit semula. Bertahun berkawan, status mereka selalu menjadi teka-teki orang sekeliling. Raif yang tidak pernah berahsia tentang kawan-kawan wanitanya dan juga Johana yang tidak kisah dengan cara hidup Raif. Pada Johana, dia tiada hak untuk mempersoalkan perkata tersebut.

Perhubungan mereka yang baik, kadang kala bergolak juga. Selepas isu Taufik, timbul pula kisah Teesya yang meroyan mengaku sebagai kekasih Raif. 

Kemunculan lelaki yang bernama Ian Redza telah mengubah gelojak rasa dalam jiwa Johana. Lelaki yang penuh karisma dan matang. Tanpa pengetahuan Raif, keduanya berhubungan. Raif yang tidak dapat menerima kenyataan tersebut telah menjunjung ego sehingga menyebabkan perhubungannya dengan Johana dan Ian menjadi tegang.

Namun saat perancangan mereka untuk menuju alam bahagia, terjadi sesuatu yang menimpa Ian. Antara hidup dan mati. Siapa pilihan Johana?

Komentar:

Bahasa yang mudah dan plot yang tidak terlalu rumit. Teruja mahu tahu kisah seterusnya berkenaan jejaka kacak itu.

Luvs, 
KakChik

Rabu, 2 April 2014

Buku & Komentar 25: Sesaat Cukup Bagiku

Penulis: Laila Hanni
ISBN 978-967-11882-0-0
Penerbit: Lovenovel Publication
Harga: RM25.00 / RM28.00
Halaman: 622

Membaca dalam mood yang tidak menentu memang memperanguhi penilaian. Review penuh? Kalau rajin akan diketuk keyboard... :P

Review penuh: 26 Jan 2014

Kisah ni lebih kurang kisah kahwin paksa tp bukan mak ayah or keluarga yang paksa kahwin tapi sebab bekas suami yang paksa. Sebabnya perkahwinan Irfan-Mai terputus dengan talak tiga sekali gus. 

Perkahwinan antara Irfan-Mai dah berlangsung sejak 7 tahun, ketika mereka masih di universiti lagi. Walaupun kedua-dua keluarga menentang tapi sebab darah muda mereka ni, akhirnya keluarga terpaksa setuju sebab takut terjadi perkara buruk. Selepas 7 tahun mereka belum ada rezeki anak, pasangan dah mula tertekan dengan dugaan ni. Tambah lagi dengan orang sekeliling yang bertanya. Mereka terlalu terdesak hendakkan cahaya mata, sehingga menyebabkan mereka tak dapat terima kekecewaan. Kerana masalah ini jugalah, hubungan mereka mula renggang. Tambah lagi si suami yang sudah jarang meluangkan masa dengan isteri, dengan dugaan lain lagi. Menyebabkan mereka sering bertengkar. Irfan pulak setiap kali bertengkar, mesti naik pelembang ke muka Mai. (Memang psiko kot suami Mai ni)

Bila dah terlepas talak tiga, Irfan ni dah mula gila talak. Walaupun Mai berusaha untuk menjauhkan diri dari bekas suami dia ni, tapi sebab rasa sayang yang masih ada dia tetap terbuai dengan setiap rayuan Irfan. Sebab nak kembali bersama la Mai sanggup terima cadangan gila Irfan untuk cina buta. Mereka telah pilih seorang duda yang tempang dan juga selekeh, sebab nak elakkan Mai terjatuh hati dekat 'suami sementara' dia tu. Segala perancangan diatur rapi oleh Irfan. Tapi sebenarnya Irfan ni ada rahsiakan sesuatu daripada Mai, berkaitan syarat perkahwinan Mai-Syamsul Hasni.

Lepas tu bermula la konflik Mai-Syamsul ni pula. Syamsul yang Mai tengok pertama kali untuk tak ada selera nak dekat, rupanya ada rupa yang mampu menawan hati wanita. Walaupun Syamsul ni banyak kekurangan juga tapi dia berusaha untuk memperbaiki diri untuk keluarga dia. Syamsul pada pandangan mata Mai, seorang yang cukup berahsia. Lelaki yang penuh misteri dengan perubahan perwatakan dan emosi dalam masa yang singkat.

Mai bertekad dalam masa tiga bulan dia akan meminta Syamsul lepaskan dia sebab nak bersama dengan Irfan semula tapi rupanya sikap Syamsul dan juga perhubungan keluarga Syamsul ni akan menyebabkan Mia rasa bahagia. Bahagia yang tidak dia temui ketika bersama Irfan dulu. Bahagia yang buat Mai mula nanar bila Syamsul bersikap dingin dengannya.

Mana satu pilihan Mai, sila baca ye..:P

Komentar:

Isu yang dikupas sebenarnya isu yang berat, cina buta. Ada lagi yang mengamalkan perkara haram ni? Tapi tak mustahilkan dengan keadaan masyarakat kita masa kini. Tambah lagi watak utama dalam buku ni boleh tak tahu yang perkara tu haram dan jika tidak berlaku hubungan kelamin suami isteri, jika isteri diceraikan dia masih tidak boleh kembali kepada bekas suaminya yang terdahulu. 

KakChik tak ada masalah dengan bahasa yang digunakan oleh penulis. Garapan plot juga tersusun dan tak ada ulang tayang banyak sangat. Cuma selepas 75% jalan cerita tu, KakChik rasa perenggan terlalu panjang, kadang kala satu muka surat cuma ada 1 1/2 perenggan saja. Sedikit mengganggu pada KakChik yang sedang membaca denganmood swing. Huhuhu. 

Tapi rasanya KakChik seperti pernah terbaca kisah sebegini, yang bekas suami ada masalah mental. Cuma mungkin yang berbeza perhubungan Mai dengan keluarga Syamsul dan juga Irfan yang kembali sihat saja.

Banyak yang boleh dikupas sebenarnya dalam karya ini. Bacalah, tak rugi. :D

Nota kaki: sedang merajinkan jejari untuk ketuk & copypaste mana yang patut..

Luvs,
KakChik