Pengikut

Rabu, 23 Julai 2014

Salam Aidilfitri 1435H

Picture dari pakcik gugel

Buat semua umat Islam di seluruh dunia
Teruskan berdoa buat semua saudara kita
Semoga terus berada dalam lindungan Allah
Semoga Palestin terus tabah dan kuat menentang Zionist Laknatullah

Buat yang menempuh perjalanan ke kampung halaman
Berhati-hati di jalan raya
Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju

KakChik mohon ampun maaf jika ada yang terlanjur kata dan perkataan
Maaf Zahir Batin

Luvs,
KakChik


Notakaki: Aidilfitri pertama tanpa kedua ayahbonda. Moga kalian tenang di sana ayahbonda. AlFatihah.

Isnin, 21 Julai 2014

Sedikit air tangan untuk anak buah...


Hanya 2 jenis air tangan yang dibuat sendiri oleh KakChik. Disebabkan coklat turun 'nilai' di mata semua, jadi diganti dengan Chocolate Rice Cookies (KakChik ubahsuai sebab chocolate chip tak ada..hahahha).
Dan juadah wajib setiap tahun, sudah tentu Conflake Madu.

Jadi hanya itu.

Luvs,
KakChik

Notakaki: Cik Aimi masih dalam mood mengira hari untuk pulak ke rumah kuning. Keterujaan dia sentiasa buat KakChik rasa sayu.

Ramadhan dalam kesedihan..

Ramadhan sudah hari yang ke-23...

Ramadhan kali ini penuh ujian buat kita terutama rakyat Malaysia. Kita dikejutkan dengan tragedi MH17 yang terhempas di Ukraine pada lewat malam 17 Julai 2014. Iaitu beberapa selepas bumi Palestin bermandi darah lagi.

Semua tumpuan dunia terarah ke bumi Malaysia sekali lagi selepas ghaibnya MH370 tanpa jejak sehingga hari ini. Pedih, sakit, pilu dan tersayat rasa hati tapi ujian ini berat pada kita yang memandang sudah tentu lebih berat tanggungan pada keluarga mangsa yang terlibat.

Sudah hari ke-4 tragedi tersebut, doa kita agar urusan jenazah dan mayat dapat disegerakan.

Ya Allah, Engkau dilembutkanlah hati manusia-manusia yang memegang kuasa di tanah sana.

Ya Allah, Engkau kuatkan dan tabahkanlah seluruh umat Islam di bumi Palestin. Engkau kuatkahlah jihad mereka untuk terus berjuang. Engkau turunkanlah bala dan pembalasan yang setimpal kepada Zionist Laknatullah itu. Aminnn...

Hari-hari terakhir Ramadhan 1435H.



Ahad, 6 Julai 2014

Rinduuuuuuuuuuuuuu....

Rindu...
Yang takkan pernah padam
Kerana dari mereka adanya aku
Kerana dari dia lahirnya aku
Kerana kasih sayang mereka
Aku kini

Rindu...
Yang takkan pernah mampu terluah
Kerana mereka tidak akan pernah mendengar lagi

Rindu...
Yang takkan pernah tersayut
Kerana mereka tidak akan pernah bersuara lagi

Rinduuuuu...
Moga tenanglah ayah bonda di sana
Moga amanlah ayah bonda dengan kiriman doa kami
Aminnn...

Ya Allah...
Rinduuuu.....


LiFe iS a LoNG JouRNeY
-KakChik-


Rabu, 2 Julai 2014

Buku & Komentar 33: Ulu Yam Di Liverpool 2 (UYDL2)

Penulis: Nazali Noor
Penerbit: Alaf 21 @ Grub Buku Karangkraf
ISBN 978-983-124-968-0
Halaman: 519
Harga: RM55.00 / RM58.00 (Edisi Terhad)
Cetakan 1 - 2014

Komentar:

TERUJAAAAAAAAAAAAAA!

Nasib baik dua minggu lepas ada terperasaan post kawan di dada FB tentang buku kedua penulis ini. Dan KakChik terus klik dan klik untuk dapatkan edisi terhad. Kulit keras dan memang berbaloi-baloi bila dah ada dalam tangan dan siap bertandatangan dari encik penulis. Tapiiiii, boleh pulak KakChik delay baca sebab nak simpan untuk bacaan bulan Ramadhan. Ambil berkat tau!

Secara dasarnya buku ini adalah kesinambungan dari buku pertama penulis, Ulu Yam Di Liverpool. Jika buku pertama dengan warna merah garang menjadi cover kulit tapi kali ini pula warna kuning yang mengambil tempat tapi masih lagi dengan layout yang hampir sama. Mungkin ini adalah salah satu identiti yang mahu diteruskan penulis dan penerbit. Walaupun terdapat kesinambungan antara buku pertama dan kedua tetapi jika pembaca terus membaca buku kedua ini, insya Allah tak akan 'hilang' tapi KakChik cadangkan bacalah buku pertama untuk lebih mengenali susur hijrah penulis dan keluarga.

Secara umumnya buku kedua ini lebih banyak berkongsi sisi 'gelap' denai hijrah penulis dan keluarga. Walaupun dalam UYDL ada dinyatakan kesukaran tetapi manisnya telah menutup kepahitan tersebut. Tapi apabila membaca buku UYDL2 ini, mata lebih banyak berpasir dari bersinar cahaya. Sukarnya hijrah mereka yang merintang zon selesa. 

Pahitnya apabila rasa percaya diperdagang seperti yang tercoret dalam Bab 34: Percaya Yang Membawa Rebah. Aduh, sanggupkan mereka yang sudah dianggap saudara menikam dari belakang. Sakitttttt, tapi hijrah perlu diteruskan. Walaupun rasa geram terhadap Zamri dan Annur. Tapi itulah yang bernama manusia, tidak semua berhati putih. Sedih sangat bila menyesuri liku hijrah ini. Dan juga kisah Zeera yang kerek itu.

Namun yang paling terkesan pada KakChik sudah pastilah perkara yang ada berkaitan dengan kita secara dekat,kan. Aduhaiiii, sudah pasti pedih rasa hati kalau tentang sesuatu yang bukan hak kita untuk ditentukan dapat atau tidak. Kenapa masyarakat kita masih tabu dengan perkara ini. Lakaran Bab 77 (muka surat 309-312) memang dekat dengan keluarga KakChik. Walaupun bukan kita yang diduga sebegini sudah pasti kita turut terasa pedihnya jika darah daging kita yang menghadapinya. 

Selanjutnya, kisah apresiasi yang dikongsi juga buat KakChik rasa, aduhaiiiiiiiiii, jauhnya kita dengan cara mereka yang kita kata kebaratan itu. Politik pejabat yang tidak pernah habis. Memang memualkan dan menjelikkan. Harapnya bos-bos yang membaca UYDL2 ini akan menemui jalan untuk merentas hijrah yang sudah lapuk ini.

Walaupun begitu, kejayaan dan juga hijrah untuk 'Nikmat Hidup Dalam Memberi' memang memberi banyak kesedaran. Rasa yang menyerap, insya Allah dengan izin-Nya akan terus di hati. Istiqamah walaupun hanya untuk hijrah yang simple.

Bab Bonus: penghargaan encik penulis buat isteri tercinta. Walaupun nampak ringkas tapi kerana setiap hijrah dan juga dugaan itu dibuat kerana niat dengan nama Allah, imbuhannya alhamdulillah sudah pasti rasa manis.

Buat encik penulis, terima kasih untuk perkongsian ini. Naskhah ketiga dan seterusnya, insya Allah akan terus dinanti.

LiFe iS a LoNG JouRNeY
-KakChik-