Pengikut

Khamis, 16 Julai 2015

Salam Aidilfitri 1436H


Cepat sungguh masa berlalu
Ramadan pergi Syawal kembali
Kupohon ampun di angin lalu
Jika ada yang terguris hati

Salam Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

Buat Semua...
Jika ada yang singgah di sini terguris/terluka hati
Ampun maaf KakChik pohon.

Kosong-kosong ye.

Luvs,
KakChik


29 Ramadan 1436H bersamaan 15 Julai 2015

Assalamualaikum wbt...

Genap 2 bulan tidak mencoret apa-apa ni di sini. Berhabuk tahap boleh tenggelam kaki.

29 Ramadan 1436H
Hari terakhir di bulan yang penuh barakhah
Entah kan masih bertemunya pada tahun yang mendatang
Sedih...kerana terlalu kurang ibadah yang ditunaikan

30 Syaaban 1436H
Kehilangan sesuatu yang dinanti sekian lama
Namun tiada berjodoh dengannya
Dia pergi tanpa sempat dibelai
Apatah lagi berlari
Moga akan diganti dengan yang lebih baik dan bererti
Dugaan yang tidak pernah terfikir akan dihadapi
Tabahlah wahai hati...

1 Ramadan 1436H
Tetap dirai
Walau hati masih celaru dan keliru
Namun tetapkan dalam hati
Takdir & dugaan Allah
Pelbagai bentuk & sifatnya
Yang diuji kerana dia mampu untuk menghadapinya
Kerana Allah telah menetapka setiap ujian itu berpadanan dengan kemampuan insan yang diuji.
Maka, yakinlah wahai hati & akal...
Pasti ada cahaya yang menanti

Ya Allah..
Pinjamkanlah nikmat umur kepadaku, agar aku berpeluang bertemu Ramadan yang akan datang
Kuatkan hatiku dengan ujianMu ini
Segarkan mindaku dengan segala kuasaMU
Jauhkan anasir-anasir negatif dari lingkungan hidupku dan keluargaku
Tetapkanlah hati-hati kami di jalanMu yang lurus dan benar ini
Permudahkan segala urusan kami di dunia dan di alam sana nanti
Murahkanlah rezeki kami agar kami dapat beramal dengannya
Lindungan zuriat-zuriatku dari segala dengki khianat manusia & juga syaitan
Sesungguhnya hanya kepadaMu tempat aku berserah.

Amin..

Ya Ramadan..
Semoga aku masih berpeluang bertemu-mu
Semoga pemergianmu tidak melarakan hatiku
Semoga aku istiqamah untuk sesuatu yang lebih baik.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Luvs,
KakChik