Pengikut

Sabtu, 15 Jun 2013

Insya Allah.

Cik Aimi ketika 1 tahun 1 bulan 5 hari
Pagi tadi meninggalkan Cik Aimi di rumah tok & tokwannya dengan hati yang sedikit tidak tenang. Tapi dia seperti biasa, teruja sebabnya boleh mengadap komputer. Suka sangat dia tengok animasi yang menayangkan pelbagai kaedah 'masakan' menggunakan perkakasan 'dapur' warna warni tu.

Moga puteri ibu ni baik-baik saja yea.

Insya Allah, puteri ibu sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah. Doa ibu yang tidak pernah padam.
Amin.

Luvs,
KChik

Jumaat, 14 Jun 2013

Rindu.....

Aidilfitri pertama & terakhir Cik Aimi bersama arwah Tok Ayah :(

Rindu....
Yang tidak akan pernah padam
Buat keduanya

Arwah ayah...
Yang sudah lebih tiga tahun tiada di dunia...
Yang sentiasa mekar dalam ingatan...
Yang sentiasa ada untuk anak-anak...
Yang sentiasa spontan dengan jenaka...
Yang sentiasa penuh dengan iltizam & usaha...
Insya Allah...
Rindu, tidak akan pernah padam buatnya...
Al Fatihah...

Mak...
Yang sentiasa kuat untuk kami semua...
Yang tidak pernah putus asa...
Yang tabah walaupun sudah tiada ayah di sisi...
Yang sentiasa memberi yang terbaik buat kami...
Yang sentiasa murah dengan senyuman...
Insya Allah
Rindu, tidak akan pernah padam buatnya...
Moga mak sentiasa sihat dan panjang umur untuk bersama kami.

Ya Allah...
Peliharah keduanya...
Amin...

Luvs,
KChik

Khamis, 6 Jun 2013

Damai


Jun, moga membawa damai yang tenang
Alhamdulillah, masih tetap di sini
Dengan syukur sepenuh hati
Moga rahmat-Nya sentiasa melindungi


Luvs,
KChik