Pengikut

Rabu, 24 Julai 2013

15 Ramadhan 1434H: Alhamdulillah

Alhamdulillah, sudah 15 hari Ramadhan hari ni.

Hari ni baru mula bekerja semula selepas bercuti 5 hari di tanah air kecintaan KakChik. Rasanya tak puas pun 5 hari tu. Tapi bersyukur sangat masih diberi kesempatan untuk balik jenguk mok dan adik-beradik yang ada di kampung.

Semalam dah selamat mendarat di pulau jam 4.30 petang. Walaupun sampai awal lebih kurang pkl 2.15 petang di Jeti Kuala Perlis, tapi disebabkan jadual baru perjalanan feri di bulan ramadhan, kami hanya dapat dapat tiket pukul 3.30 petang.

Cik Aimi juga tidak banyak karenah. Tidak menangis ketika mahu bertolak pulang dari rumah kuning. Boleh bersalam dan peluk cium mok, mokteh, ayoh teh dan poksu. Alhamdulillah, dia dah makin faham sesuatu situasi. Dalam faham tu terkeluar juga ayat, "Babai mok, mokteh, ayoh teh, poksu, jumpa lagi esok." Hahahaha. Dia ingat dekat kot, sebab dia selalu landing baring tidur dengan lena je dalam keta.

Letih, memang letih. Tambah lagi perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 6 jam. Alhamdulillah juga sepanjang perjalanan redup, cuma dari Sungai Petani ke Kuala Perlis, cuaca agak panas dan kering sedikit. Orang pun tidak terlalu ramai di jeti.Cik Aimi pun tak buat perangai. She behaved well yesterday.

Persiapan raya? Sadis pula bila tang ni. KakChik kalau turn kena kerja memang semangat tak semenggah sungguh nak bersiap sakan. Cuma belikan Cik Aimi baju kurung peplum sepasang serta 2 helai tudung dan baju dress dia yang belum pakai ada 2 pasang lagi serta 1 jubah yang belum dipakai. Cukuplah kot.

Moga berkat Ramadhan sentiasa bersama kita. Kisah-kisah percutian kami selama 5 hari di rumah kuning, insya Allah kalau rajin KakChik post la ye.

Selamat berbuka peeps!

Luvs,
KakChik


Khamis, 18 Julai 2013

9 Ramadhan 1434H: Balik raya awal! Part 1

Kuikuikui. Takde maknanya. Sebab tahun ni memang turn KakChik kena kerja. Jadi seperti tahun-tahun yang sudah, kalau turn kena kerja, kami akan balik Ganu dalam bulan puasa.

Owhhhhhh, dah tak sabar nak jejak tanah air. Tanah air tu gelaran en suami pada kampung halaman KakChik dan Cik Aimi sebab kami lahir kat sana.

Rasa rindu dan sayu yang terkepung sejak kali terakhir balik ke sana bulan Mac lepas. Tak sabar nak peluk cium mak. Bersahur, berterawih dan berbuka dengan mak & adik-beradik. Walaupun yang ada kat rumah cuma 4 ketul jer.

Harap perjalanan kami petang ni dilindungi rahmat Allah SWT. Aminnnn..

psttttttttttt...hatiku sedang berbunga bahagia. peace.

Luvs,
KakChik

7 Ramadhan 1434H: Puasa penuh pertama Cik Aimi

Cepatnya masa berlalu, sudah 9 Ramadhan hari ni. Dalam 9 hari puasa yang berblalu ni, alhamdulillah Cik Aimi berjaya puasa penuh pada selasa lepas, hari off day  ibu ayah. Dengan keadaan pulau disimbah butiran mutiara dari langit sepanjang hari dah kelas Nurul Quran yang dibatalkan, Cik Aimi berjaya juga berpuasa hingga ke waktu berbuka walaupun penuh dengan drama. Biasa la Cik Aimi yang gebu ni memang penuh dengan drama.

Balik sekolah dah pukul 12 tgh hari diambail ayah sebab hujan lebat. Ayah kata dia minta berhenti di kedai tapi kebetulan ayah x bawak duit. Jadi, selamat la kita..kihkihkih

Balik rumah pulak, Cik Aimi terlupa kot dengan rasa lapar dia sebab dok sebuk kacau ibu buat apple pie. Dia yang tolong ayak tepung dan tangan kecik gebu tu memang suka jer nak masuk gaul sama dalam adunan ibu. Kami bakar pai sampai pkl 4 petang. KakChik saja buat lambat-lambat sebab nak kasi dia ralit dan terlupa nak makan.

Bila dah sudah bakar pai, baru dia minta nak makan. Nak ayam goreng la, nak milo la, nak nasi telur la. Tapi ibu pujuk suruh tidur. Sayang nak berbuka sebab dah tinggal cuma 3 jam setengah je la. Lepas tu Cik Aimi tertidur dengan percubaan dengan hisap ibu jari tangan. Nasib baik ibu terperasan.

Lepas tu dalam hati rasa kesian la pula bila tengok dia tidur dalam lapar gitu. KakChik ingat kalau dia bangun awal sikit nak bagi la dia berbuka awal. KakChik goreng ayam awal-awal untuk dia. Tapi pukul 7 lebih dia baru bangun dan ayah dah balik dari beli kuih.

Walaupun dia dok golek-golek minta ayam goreng, ayah pujuk minta tunggu sekejap. Jadinya dengan suara halus + lembut dan peluk cium penuh kasih sayang, Cik Aimi berjaya berpuasa penuh yang pertama kali. Bersyukur sangat-sangat. Tapi dia berbuka hanya dengan 4 ketul sayap ayam dan 4 batang sosej goreng. Lepas tu sambung minum susu coklat 1 botol. Hehheheheheh.

Umur Cik Aimi hari selasa lepas: 4 tahun 11 bulan 2 hari.

Ayat-ayat drama Cik Aimi sepanjang petang tu:

"Ibu, Aimi nak milo."

"Nak ayam goreng, ayam goreng, ayam goreng."

"Ibu, kesiannnnnnnnnnnnnnn Aimi." (Tang kesian tu dia tekan sikit kasi ada nada terharu).

"Aimi nak nasi telur."

"Aimi sayangggggggggggg ibu, nak ayam goreng boleh?" (Membodek namanya tu)

Mungkin pada orang lain Cik Aimi masih kecil untuk berpuasa. Tapi bagi kami suami isteri, inilah masa untuk kami asuh dia bermula dari awal. Moga permulaan ini merupakan titik awal untuk dia lebih memahami.

"Ermmmmmmmmmmmmmm, sedapnya ayam goreng ni!"

Itu ayat drama selepas berbuka puasa dengan ayam goreng di tangan.

Luvs,
KakChik

Ahad, 14 Julai 2013

4 days only!

Yeahhhhhhhhhhhhh, rasa hati sudah kembang kuncup sebab gembira.
Harap semuanya berjalan lancar.

Aminnnnnnn.

Hari pertama sekolah di bulan Ramadhan 1434H

Hari ni hari pertama sekolah selepas 4 hari bercuti. Alhamdulillah, sudah 5 Ramadhan hari ini. Kakchik tak berapa senang hati, risau yang selebihnya.

Cik Aimi hari ni ke sekolah tanpa bekal (tiada botol air masak & juga nasi+telur dadar). Cikgunya sudah hantar sms pada isnin lepas yang anak-anak diminta diberi makan sebelum dihantar ke taska dan tidak dibawa bekal. Sebagai latihan untuk melatih anak-anak belajar berpuasa.

Sebenarnya Cik Aimi dah bangun sahur 2 3 hari lepas tapi sebab dia, KakChik tinggalkan di rumah Tok & Tokwannya, jadi senang sikit la dia nak dapatkan makanan. Pagi semalam dah pesan pada Mak Ndaknya, minta Cik Aimi tahan makan hingga ke tengah hari sikit. Petang semalam bila KakChik pergi ambil dia dan balik rumah terus dia minta nasi+teloq. Alololoooo, kesian puteri ibu ni. Dah lapar sangat la kot.

Pagi tadi ayah kejutkan bangun sahur, alhamdulillah Cik Aimi bangun dengan sekali kejut sahaja. Walaupun mulut merungut, "Aimi ngantuk la." Dan sambung baring atas toto depan tv. Tapi lepas tu bangun makan nasi + telur hancur. Banyak juga dia makan. Harap tahan sampai tengah hari nanti. Lepas tu dia masuk bilik sambung tidur.

Masa hantar ke taska pagi tadi, syukur sangat dia tak tanya botol air dia. Dan senang hati jer dia lari masuk taska lepas cium tangan + pipi ibu ayah.

Harap-harap satu permulaan yang baik bagi kami. Umur Cik Aimi sekarang lagi satu bulan untuk genap 5 tahun.

Selamat berbuka puasa semua!

Luvs,
KakChik

Rabu, 10 Julai 2013

Salam Ramadhan....

Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi. Bulan yang berkat dan penuh barakah. Moga rahmat-Nya sentiasa ada melindungi kita semua.

Ramadhan yang sentiasa diimarahkan dengan amal ibadah dan juga solat sunat terawih. Ramadhan kali ini kami lalui dengan pengalaman yang makin mencabar. Pertama kali kejutkan Cik Aimi bangun sahur, owhhhhh, sudah nampak gayanya dia lebih mengikut ayah. Yang liat bangun kalau dikejutkan.

Ayah kejutkan, katanya ngantuk. Nak tido. Jadi ibu ayah biarkan dia tidur dulu. Lepas ibu habis sahur, baru ibu kejutkan dia. Menggeliat dan macam-macam la alasan yang keluar dari mulutnya. Nanti perut sakit la, nanti banyak makanan dalam perut la. Tapi yang ibu tergelak tu, dalam tak nak makan boleh pulak dia minta susu botol. KakChik bancuh susu dan dia minum susu sambil pejam mata.

Tengah-tengah ibu dan ayah minum air, terdengar la pula "Good morning!"...Hahahhaha, Cik Aimi dah bangun dengan muka mamai dan minta nak makan ayam goreng.

Jadi, sahur pertama kali Cik Aimi hari ni adalah ayam KCF dan air masak sahaja. Moga tahan la puasa dia tu. Tapi hari ni cuti dan hantar dia rumah tok & tokwan dia. Jangan dia dok pi tadah air Conway sudah la.

Alhamdulillah, permulaan yang baik bagi kami.

Moga rahmat-Nya sentiasa kekal dan segar hingga ke akhir Ramadhan.
Amin Ya Rabbal Amin.

Luvs,
KChik