Pengikut

Rabu, 24 Julai 2013

15 Ramadhan 1434H: Alhamdulillah

Alhamdulillah, sudah 15 hari Ramadhan hari ni.

Hari ni baru mula bekerja semula selepas bercuti 5 hari di tanah air kecintaan KakChik. Rasanya tak puas pun 5 hari tu. Tapi bersyukur sangat masih diberi kesempatan untuk balik jenguk mok dan adik-beradik yang ada di kampung.

Semalam dah selamat mendarat di pulau jam 4.30 petang. Walaupun sampai awal lebih kurang pkl 2.15 petang di Jeti Kuala Perlis, tapi disebabkan jadual baru perjalanan feri di bulan ramadhan, kami hanya dapat dapat tiket pukul 3.30 petang.

Cik Aimi juga tidak banyak karenah. Tidak menangis ketika mahu bertolak pulang dari rumah kuning. Boleh bersalam dan peluk cium mok, mokteh, ayoh teh dan poksu. Alhamdulillah, dia dah makin faham sesuatu situasi. Dalam faham tu terkeluar juga ayat, "Babai mok, mokteh, ayoh teh, poksu, jumpa lagi esok." Hahahaha. Dia ingat dekat kot, sebab dia selalu landing baring tidur dengan lena je dalam keta.

Letih, memang letih. Tambah lagi perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 6 jam. Alhamdulillah juga sepanjang perjalanan redup, cuma dari Sungai Petani ke Kuala Perlis, cuaca agak panas dan kering sedikit. Orang pun tidak terlalu ramai di jeti.Cik Aimi pun tak buat perangai. She behaved well yesterday.

Persiapan raya? Sadis pula bila tang ni. KakChik kalau turn kena kerja memang semangat tak semenggah sungguh nak bersiap sakan. Cuma belikan Cik Aimi baju kurung peplum sepasang serta 2 helai tudung dan baju dress dia yang belum pakai ada 2 pasang lagi serta 1 jubah yang belum dipakai. Cukuplah kot.

Moga berkat Ramadhan sentiasa bersama kita. Kisah-kisah percutian kami selama 5 hari di rumah kuning, insya Allah kalau rajin KakChik post la ye.

Selamat berbuka peeps!

Luvs,
KakChik


Tiada ulasan:

Catat Ulasan