Pengikut

Isnin, 24 November 2014

Sepagi di Klinik Lisa & Zaidi semalam

Lately selalu sangat KakChik kurang sihat. Hujung bulan Oktober hari tu kena sakit mata, berjangkit dari famili kakak di Kajang.

Last week pun MC jugak...
Dan semalam diuji lagi dengan batuk+selsema=sakit kepala. Dah bersiap pakai uniform nak pergi keje dah...
Alih-alih, tergolek jer tepi pintu rumah...hohoho

Pergi klinik pula...
Ya Allah, ramainya orang...
Rupa-rupanya dah start dah budak2 berkhatan kat klinik tu...
Itu yang penuh tu...
Dari cucu-cucu sampai atuk nenek skali datang tu...

Tunggu turn memang lama sungguh...
Pukul 1 pm baru dapat jumpa doktor...
Doktor bagi la rest 1 hari...

Sudahnya.,...sepanjang menunggu tu Cik Aimi jumpa kawan...
Baby kecik 5 bulan...yang baik..
Sebabnya sepanjang 3 jam di klinik x de pun dengar dia nangis...
Tersengih-sengih dia bila Cik Aimi agah2 dia....
Siap Cik Aimi snap pic baby ni...
Cik Aimi excited sebab boleh riba baby..
Tapi x sampai 3 minit dah mengomen,,penattttt...huhuhu

Baby Adifa bermata bulat...
Luvs,
KakChik


Ahad, 9 November 2014

Buku & Komentar 38: Menalar Makna Diri: Kembara Menjejak Imam Birgivi

Penulis: Hasrizal Abdul Jamil
Penerbit: Karya Bestari @ Karangkraff
ISBN 9789678604413
Halaman: 437
Harga: RM25.00 / RM28.00

Komentar:

Mengulit karya terbaru Ustaz Hasrizal selama seminggu yang penuh dengan rencah ini memang memerlukan kekuatan yang jitu. Bukan senang untuk hadam naskhah yang penuh dengan sejarah dan juga nilai jati diri yang dicari.

Pada awal-awal bab (separuh dari buku ini) beliau lebih banyak berkongsi perjalanan buat sekian kalinya ke bumi Daulah Uthmaniyyah selepas 10 tahun. Kali ini dengan visi dan misi yang lebih jitu iaitu menyelami dan mengkaji berkenaan tokoh Islam yang hebat Imam Birgivi. Selain untuk menyelesaikan disertasi pengajian sarjana berkenaan tokoh tersebut, beliau sebenarnya sedang dalam kembara untuk mencari nilai diri yang dirasakan semakin jauh dari jalan dakwah yang sepatutnya. Beliau semakin rimas dengan kemasyhuran dan juga dakwah moden yang lebih melalaikan masyarakat Islam itu sendiri.

Jadi perjalanan ini lebih kepada perjalanan untuk mengkaji tokoh Islam yang kebanyakan telah digelapkan sisi baik mereka dengan fakta-fakta dari sejarawan terdahulu tanpa fakta rujukan yang sahih. Kembara ini juga telah menjadi titian ukhuwah beliau dengan penuntut-penuntut Malaysia di Turki. Anak muda yang bersemangat juang yang tinggi berkelana di bumi asing.

Selain itu, turut dikongsi juga beberapa tip-tip berguna untuk panduan kita sebagai pembaca. Bukan setakat kita perlu menghadam semua apa yang dibaca tanpa kita membuat sebarang rujukan atau kajian yang lebih mendalam terhadap sesuatu fakta terutama berkenaan sejarah Islam yang telah disembunyikan dalam kebanyakan naskhah novel sejarah disebabkan tiada/kurangnya kajian yang dilakukan oleh penulis. Menyebabkan masyarakat Islam itu sendiri terpincang dari fakta yang sebenarnya. Kerana rakus dan mahu bersenang lenang sehingga kita menerima 'membabibuta' segala fakta tanpa rujukan yang sepatutnya.

Saya kira buku beliau ini adalah patut dijadikan rujukan pemula bagi yang mahu belajar berkenaan sejarah Islam terutama berkenaan Daulah Uthmaniyyah. Satu naskhah yang tegas dan pedas pada yang tersedar akan silap diri.

Juga dimuatkan sedikit perkongsian berkenaan insan yang dekat di hati beliau di bahagian terakhir buku ini. Kisah berkenaan Ahmad Ammar yang telah mencetuskan fenomena suatu ketika dulu.

Buku berkisah Ahmad Ammar. https://www.goodreads.com/review/show...

Dan saya berharap medan ilmu tidak akan melenyap nama Ustaz Hasrizal untuk terus berkongsi ilmu dan kembara melalui tulisan-tulisan beliau yang akan datang.


Luvs,
KakChik

Dapat title baru kerrrrr?

Assalamualaikum wbt.....

Phuhhhh..phuhhh..phuuuhhhh..penuk habuk..ngeeee...

Alhamdulillah, 3.30 pagi tadi..mak ndak Cik Aimi sudah slmt bersalin twin babies boy..
Yeaaaa..tahniah...
Jadinya Cik Aimi akan tertukar gelaran secara automatik sebagai cucu tunggal dalam famili En Azman..
Bukan lagi the only one grandchild....kikikiki
Hope she will be always behave kat rumah tokwan..
Sebab dah ada babies, jadi dah x blh nak buat bising2...
Kang kena halau rumah, haruuuuuuu....

Apakah, KakChik juga akan tertukar gelaran???

We wait & seeeee...:P

Tahniah Wani & Fahmi...
Welcome to mum & dad club...
Be more matured and stay keep calm with the journey....

Luvs,
KakChik

Jumaat, 19 September 2014

Dah tak rock dah!

Kisah semalam..

On the way balik dari keje, En Azman cakap..
Nanti tgk apa jadi dengan rambut anak dara ibu nanti..
Eh..eh..eh...
Nape pulak ni?
Apa kisah????

Rupanya Cik Aimi mengamuk nak potong rambut
Dah dia ikut toknya bawak Alisya pergi potong rambut
Dia pun mengamuk nak potong rambut jugak

KakChik dah meruap nak naik angin
Kalau boleh memang tak nak rambut pendek sangat
Sebab dia tu jenis x tahan panas
Kalau rambut panjang boleh ikat
Rambut tak kena leher

Bila pergi ambik dia kat rumah tok dia..
Sekali tgk...

Huhuhuhu...sedih ibu..

Dah xde dah rambut ni

Waving style tu dah hilang..huhuhu
Dah jadi kontot gini
Dengan style rambut yang x cantik
Huhuhuhu

Isnin, 8 September 2014

Ya Allah..Ya Allah..Ya Allah..

Kisah petang semalam.

Cik Aimi balik tuisyen dah 6pm. Memang kelas lewat 4-6pm. Sampai rumah dah 6.20 kot sbb petang semalam kat pulau ni hujan. Jadi ayah yang jadi tukang ambik,kena naik keta. Biasanya ibu jer yang rempit angkut budak berdua tu balik tuisyen. Kira tu dah macam rutin harian ibu la setiap petang.

Dah la balik dah lewat, lepas tu berperang suruh solat. Macam biasa mesti alasan nak siapkan kerja sekolah dulu. Aikssss...solat duluuuuuuuuuuuuuuu, sekali keluar suara askar pencen. Berdesup dia masuk bilik air ambil wuduk & solat.

Lepas tu pulun buat homework, memula tu, ok jer dia tulis. Clear jer tanpa banyak songeh dan bantahan. Tapi lepas makcik dia berenti dengan alasan mengantuk tapi tipu sebab malas nak menulis. Dia mula la tulis dengan tulisan herot & besar gebadak. Bila suruh padan & tulis balik, mula wat perangai. Haaaa, sekali ibu tunjuk hanger..tahu pulak dia meraung. Tu belum kena balun tu... Ibu acah-acah jer...^__^

Bila KakChik bangn tinggalkan dia untuk masak, tetiba terdengar Cik Aimi,,Ya Allah, Ya Allah,,Ya Allah.. Ya Rasulullah..Ya Rasulullah..Ya Rasulullah..dok ulang tu sambil air mata berambu.Sambil tangan menulis..Alololo..sedih pulak KakChik tengok.

Nasib baik lepas tu ibu tengok, semua dah tulis dengan elok. Alhamdulillah..Dah abis tulis terus ambil buku, baca buku..Itu helah dia nak bodek ibu.

Phuhhhh, dugaan betul bila Cik Aimi buat drama..

Buah kepada segala buah pada ibu ayah..

Luvs,
KakChik

Jumaat, 5 September 2014

Buku & Komentar 37: Tersuka Tanpa Sengaja

Penulis: Pena Kayu
ISBN 978-967-07180-8-8
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Halaman:
Harga: RM26.00 / RM29.00

Komentar: 

4.75 star..

Adrenalin tiba-tiba memacu laju kadar pembacaan..:P

Buku yang pertama dari penulis belum baca pun lagi. Jadi kena abaikan perbandingan sama ada lebih baik atau sebagainya.

Kisah picisan bak kata penulis tapi pada KakChik kisah Syed Arif-Farhah (SA-F) ini memang lain sikit dari yang lain. Walau pada dasarnya perkahwinan yang terjadi tu ala-ala kahwin paksa tapi secara suka rela je pun. Perkenalan yang sengaja juga memang buat kita sendiri aje. 

Latar belakang yang keduanya juga berbeza. Tapi kalau dinilai dari sudut kebendaan memang keluarga Farhah itu lebih dari keluarga si doktor yang over sweet ni (walaupun karektor itu jarang dipamerkan). Namun Farhah tertarik dengan harta kasih sayang yang melimpah ruah dalam keluarga Mak Cik Noraini ni. 

Tapi sebab nak elakkan gelaran gay, Farhah yang dipaksa untuk jadi pelakonnya. Namun drama yang digarap Dr Syed Arif, akhirnya makan diri sendiri. Tambah pulak kondisi Mak Cik Noraini yang sakit, buat Dr Syed Arif nekad melamar Farhah. Farhah pula dalam rela dan paksa terima dengan redha sebab nak elakkan dari berkahwin dengan lelaki pilihan ayahnya.

Lepas perkahwinan mereka, maka bertambahlah beban perasaan Farhah disebabkan kemunculan cinta pertama Dr Syed Arif ni. Kuat atau tidak Farhah dalam menangani dugaan ni, sila ye baca dan hadam sendiri.

Apa yang KakChik rasa dengan karya ini sehingga dapat hampir penuh bintang:

1. Sebab karya ni berupaya memacu adrenalin KakChik untuk membaca selepas hampir 2 bulan macam siput sedut jer ni.

2. Jalan cerita yang pada KakChik nampak biasa tapi ada sesuatu yang mahu disampaika oleh penulis. Walaupun kadang kala nampak la ada sedikit klise,kan tapiii....iya masih boleh diterima la. 

3. Ego seorang ayah/lelaki yang tidak dapat terima takdir sehingga dia menjatuhkan hukuman pada darah daging sendiri. Watak Dato' Ahmad Alias ni memang buat KakChik rasa grrrrr saja.

4. Suka watak Farhah yang kuat pada dasarnya tapiiiiiiiiiiiii, kenapa lepas kahwin dengan SA, dia boleh jadi wanita yang cengeng. Itu yang buat KakChik tiba-tiba blur.

5. Sudah tentu watak Dr Syed Arif yang ala-ala Prince Charming itu. Karektor dia memang nampak best sebabnya perkahwinan itu walaupun tanpa cinta, tapi dah tetap & nekad itu yang pertama dan terakhir. Jadi dia berusaha untuk yang terbaik walaupun rasa nak lepuk kepala dia sebab boleh dia berahsia tentang Katrina sehingga Farhah jadi mangsa Si Kat gedik tu.

Kenapa KakChik tak cukup bintang penuh? Sebab kadang kala macam ada sedikit typo dan rasa rugi pula penulis nak kembangkan lagi kerjaya Dr Syed Arif sebagai doktor dan Farhah sebagai penulis tu.

Picagari vs berus cat. Nampak comel,kan?..:P

LiFe iS aLoNG JouRNeY
-KakChik-

Buku & Komentar 36: Hopeless Romantik

Penulis: Sharmien A. Basit
ISBN 978-967-12267-8-0
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Halaman: 619
Harga: RM25.00 / RM28.00

Komentar:

3 + 1/2 - 1/2 + 1/2 = 3.5 star

Cinta? Setiap orang ada definasi yang tersendiri tentangnya. Kiah jatuh cinta tergolek kepada Kay saat pandang pertama di airport. Namun Kiah sedar bukan jodohnya kerana Kay sudah mempunyai Jaz. Tapi Luth yang comel itu telah memberi peluang untuk Kiah melihat Kay dari jauh. Walaupun cinta tapi Kiah tidak akan sesekali merampas tunangan orang.

Kiah yang selalu ditinggalkan kekasih tetapi dia tidak pernah serik untuk terus memburu. Dia percaya pasti ada yang terbaik buat dia. Keabraban Kiah dengan Benji juga hampir buat Kiah mengatakan ia kepada sebuah lamaran. Nasib baik belum terjawan ya, rupa-rupanya si Benji itu hanya bergurau.

Sekali lamaran datang terus dari mama Kay. Mahu tak terkejut badak Kiah tu. Haaaaa, sekali Kiah bersetuju jugak walaupun dia dah nampak iceberg Kay tu besar gebadak.

Kiah yang tidak pernah jemu untuk menyatakan cinta. Kiah yang sentiasa berusaha untuk mencairkan ais di hati Kay. Walaupun secara terang-terangan Kay menyatakan tidak cinta tetapi keizinan Kay untuk Kiah menggoda dia tu digunakan sepenuhnya oleh Kiah.

Pakej bulan madu di Paris telah berjaya merapatkan hubungan mereka. Mereka sangat sweet sebabnya sentiasa berkongsi cerita walaupun kadang kala Kay tu sebal aje kalau Kiah membuli dia.

Namun, sekembalinya mereka dari bercuti itu bermula kisah duka buat Kiah. Tiba-tiba terjelma si Julia yang secara berdepan akan merampas Kay darinya. Kiah yang ganas memang berusaha sehabisnya untuk melindungi hak dia. Tapi dah si Julia ni pandai berpura-pura dan juga Kay yang lurus bendul telah menyebabkan rumahtangga mereka berontakan. Tapi KakChik memang tak suka cara Kiah menangani masalah rumahtangga mereka ni. Ada ke patut dia nak lari macam tu aje. Macam tak percaya pula Kiah yang brutal hilang kekuatan untuk berdepan Julia yang gedik tu.

Haaaaaaaaaa..tahu pulak si Kay ni bila Kiah buat tak layan. Iyalah, siapa tak sakit hati dan kecewa kalau dah suami sendiri tak percaya pada kita. Sudah Kay tu tak pernah menyatakan rasa hati pada Kiah. Gelabah cicak Kay masa tu. Tapi Kiah pun tak tahan juga kalau tiba-tiba Kay yang iceberg tu dah tertukar menjadi romantik tak ingat...:P

Suka sangat budak Luth yang comel dan positif tu. Aikksss, Luth kecil-kecil dah cop calon isteri..hikhikhik.

LiFe iS aLoNG JouRNeY
-KakChik-

Buku & Komentar 35: Doa Cinta Seorang Lelaki

Penulis: Pena Kayu
ISBN 978-967-12267-6-6
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Halaman: 667
Harga: RM26.00 / RM29.00

Komentar:

Penattttttttttttttttt...itu yang mampu terakam dalam otak.

Rasanya inilah karya yang tidak pernah lari emosinya dari segala masalah. Hampir 95% plot dari muka bab pertama hingga terakhir penuh dengan segala pergaduhan, salah faham, hasad dengki dan juga dendam. Serius....

Kisah Nadine Qhaisara-Abu Hanifah ni sebenarnya best tp disebabkan terlalu banyak plot yang hitam@gelap telah mematikan terus semangat KakChik. 

Sejujurnya permulaan kisah mereka sudah mampu menarik perhatian KakChik tapi plot-plot yang seterusnya memang buat KakChik rasa nak tutup buku & tak payah baca sampai penghujungnya.

Kerana terlalu banyak plot gelap & watak antagonis ni memang buat kisah Nadine-Abu Hanifah tu hilang seri. Watak Abu Hanifah tidak menonjol malah rasa macam tidak nampak kesungguhan En Abu ni dalam menangani permasalah Nadine. 

Rentetan kisah cinta Nadine yang terlalu berjela-jela juga memang buat KakChik hangat hati. Asyik nak bergaduh dan selalu berdepan dengan orang yang tak reti bahasa memang buat kita sakit hati. Tambah lagi dengan karektor Nadine yang ego & bodoh sombong itu. Boleh pulak dia buat ego tak bertempat walaupun dah berkahwin tu. Hurmmmmm

Kadang kala rasa watak Miera lebih dominan berbanding dengan watak Nadine. Tapi sifat over Miera dan keluarga Nadine dalam mengatur jodoh Nadine tu sedikit buat KakChik fobia.

Hurmmmm..banyak persoalan yang tidak terungkai rasa pada KakChik.

Opppssss...nasib baik dah baca buku kedua penulis. Sejujurnya KakChik tidak dapat menyelami 'rasa' untuk kisah Nadine-Abu.

LiFe iS aLoNG JouRNeY
-KakChik-

Ahad, 31 Ogos 2014

Selamat Hari Merdeka!!!

Owh...sudah 31 Ogos rupanya. Cepatnya masa berlalu. Semalam baru perasan hari ni dah Hari Merdeka..Yang keeeeee???? eh, lupa ke? jap-jap nak fikir..Bukan semua orang tau ingat yang ke berapa tu. Tapi yang penting sikap patriotik tu tak gugur dari diri kita. Semangat pertahankan tanah air dan juga segala yang melibatkan negara tidak mudah diperkotak-katikkan. Itula yang harus ditanam dalam diri setiap yang mengaku warga negara Malaysia yang tercinta ini.

Jadi, hargai apa yang kita ada hari dan berusaha untuk yang terbaik untuk hari esok dan seterusnya. Jangan dok banyak komplin dan segala rungutan kalau untuk tanam semangat patriotik dalam diri pun kita lupa.


Tema yang cantik dan penuh simbolik. Semoga tanah air tercinta sentiasa aman damai dalam rahmat-Nya. Aminnn...

Luvs,
KakChik

Notakaki: Yang tidak 'merdeka' dari bekerja pada hari ini. :P

Isnin, 25 Ogos 2014

Buku & Komentar 34: Melur Bunga Ivy

blog multiply ni dah terkubur...
Penulis: Nazurah Aishah
Penerbit: Jemari Seni Publishing
ISBN978-967-5118-42-5
Harga: RM20.00/ RM23.00
M/S: 473
Cetakan 1 – Jun 2010

Loving an Ivy
Teratai warna merah hati daunnya lebar berbiku, hijau. Ada tempayan besar ditanam seroja berbunga merah jambu. Deretan pasu tirus panjang berisi bunga-bunga kekwa bagai palet-palet warna. Pasu-pasu kecil warna putih dengan juntaian pokok-pokok ivy.

Blurb:

Sebuah impian menjadi kenyataan. Seperti ceria lagi warna-warni serta harumnya bunga-bunga di situ, itulah yang dia cuba terapkan dalam hidup ini. Dia ingin bahagia. Dia ingin dihargai.

Pertemuannya dengan Azam membuka ceritera baru. Azam yang sungguh berazam itu adalah ‘masalah’ baginya. Namun Azam adalah kunci untuk membuka pencarian pada ‘dia’ yang sudah pergi. Sukar untuk dia melupakan ‘dia’, seperti sukarnya dia meletakkan Azam dalam hatinya.

Namun Attia perlukan ayah, jadi perlukah dia tutup hatinya dengan abaikan kehendak Attia? Atau memilih Azam semata-mata bagi membahagikan anaknya? Tetapi…kalau hati sudah tidak cinta, bolehkah hati-hati itu disatukan, Khalida?

*****
NAZURAH AISHAH menggunakan pendekatan yang berbeza untuk mempersembahkan Melur Bunga Ivy. Ikuti Khalida untuk belajar menggubah bunga di Loving an Ivy, sambil ‘sertai’ babak cemas yang penuh emosi di situ. Sebuah kisah cinta sewangi melur!


Sudut pandang Kak Chik:

Sudah hampir dua bulan kisah manis ini habis dikhatam. Sebenarnya pengakhiran kisah manis ini sudah diketahui lewat Bening Merah Jingga, namun ia sedikit pun tidak ‘mematikan’ hati untuk tahu rencahnya kerana penulis bagaikan menyimpan rahsia yang tersembunyi dalam MBI. Kisah manis yang mewangi membuat kita tersenyum-senyum sendiri kala mengulit perjalanan kisah Azam yang sungguh bertekad. Pada Kak Chik MBI satu-satunya karya penulis yang tidak ‘mengeritkan’ mata untuk dipejam celik berkali-kali.

Melewati pencarian Azam selepas wasiat yang ditinggalkan adiknya, Ariff Azlan yang meninggal semasa menuntut di US. Wasiat yang selama ini terbiar sepi demi menjaga sekeping hati seorang ibu yang terkilan dan tertekan dengan pemergian mendadak si anak dengan penuh tragis. Siapa Durra yang telah berjaya menakluk hati Ariff Azlan sehingga bernikah tanpa izin keluarga?

Dalam masa yang sama, Azam yang sudah melewati umur 35 tahun bagaikan terpukau dengan perempuan yang selalu berbaju kurung – Khalida. Dia bagaikan anak remaja yang diulit perasaan indah yang melayang apabila peristiwa perlanggaran itu. Khalida yang sentiasa berbaju kurung dan sungguh sopan pada mata Azam. Namun kenapa Khalida bagaikan sering kali mengelak diri apabila Azam cuba untuk mengenalinya?

Stephanie Ivy Gabrielle – dia hilang segalanya setelah dia memilih DIA. Dia terpaksa bangun kembali dengan pertolongan Auntie Celia dan sepupu-sepupunya, Tina dan Jane sedangkan dia satu-satunya anak kepada Gabrielle dan Lara. Dia berhijrah ke Johor Bahru dengan membuka kedai bunga Loving an Ivy semata-mata mahu mencari nasab buah hati yang ditinggalkan untuknya. Pengorbanan Stepahie yang menuntut segalanya – masa, wang ringgit dan kasih sayang. 

Kenapa Gabrielle begitu gila sehingga sanggup mengupah orang untuk membunuh Stephanie dan zuriatnya? Siapa pula Wardah yang sentiasa dirindu oleh Hajah Azimah sejak puluhan tahun dulu? Siapa Khalida dan Stephanie yang membuat Azam sanggup menjadi driver kedai bunga itu? 

Sebuah karya yang matang dengan bahasa yang tersusun cantik dan penuh haruman mewangi sepanjang bersama Azam walaupun kadang-kala hati dilanda debar dan ngilu. Penulis menggarap karya ini dengan isu yang sensitif yang sudah pasti menggolak hati kita sesama umat Islam – murtad. Isu yang pada Kak Chik teramat jarang dijadikan isi penting dalam karya tempatan. Kita dapat menilai cara kita sendiri, umat Islam yang masih berdiam diri walaupun darah daging sendiri yang dilarikan dari landasan akidah yang sebenar. Tetapi lain caranya orang ‘luar’ apabila darah daging mereka mahu keluar dari jalan gelap mereka sehingga mereka sanggup bermati-matian mencuba pelbagai cara untuk menegahnya. 

Tahniah pada penulis untuk sebuah karya yang manis mewangi walaupun penuh ranjau yang membuat hati kadang kala terguris. Sebenarnya jika ditilik, ia adalah sebuah karya yang menyampaikan sindiran pedas yang perlu kita selidiki.

‘Daripada segugus bunga stephanopis dan juntaian-juntaian ivy, dia bertukar jadi ‘mutiara hati yang abadi’. Simbolik dan penuh cinta – MBI;227 (antara tinta hati penulis yang Kak Chik gemari).

LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-
(^__^)

Notakaki: Resensi ni pernah tersiar di SINI. Rindunya saat yang dah berlalu tu. Dikongsikan kembali kerana karya ni yang membicarakan isu ini memang rare. :P



Jam 3 pagi

Assalamualaikum semua...
Salam hari isnin..selamat kembali ke tempat keje..
Yeahhhh, esok kakchik cuti...:P

Petang semalam lepas balik tuisyen dan juga lepas selamat telan semangkuk bihun sup dan segelas milo ais..
Cik Aimi gigih kayuh gerek lagi
Alhamdulillah dah ok sikit kot..
Dah konfiden sikit
Walaupun terjun dari basikal tu masih ada
Kerap jugak perkataan takut tu keluar dr mulut dia...
Hurmmmm

Adoiiii, setiap kali ibu pegang hp mesti suruh snap
 pic dia...

Dan..lepas balik mengayuh tu
Dia ada homework yang kena buat
Masa dia menulis tu KakChik rehat la kat luar rumah
Sambil-sambil belek buku
Sekali....masuk rumah, dia dah selamat beradu
Dengan homework yang belum siap di atas meja
Nak kejut kesian la pulak..
Jadi, KakChik plan nak kejut dia awal sikit pagi esoknya

Tapiiiiiiiiiiiiii...sekali KakChik terjaga 3.00 pagi td
Terdengar dia bercakap dengan ayah..
Rupanya bangun menulis..
Siapkan homework tu...
Owhhhh...terharu ibu..

Pagi tadi, bila check semua dah siap
Siap simpan dalam beg dah..

Dah semakin matang dia..
Alhamdulillah..

Luvs,
KakChik

Ahad, 24 Ogos 2014

Segala rencah...

Kelmarin, seluruh Malaysia bersedih
Langit pun mendung saja
Tapi, syukur segala perancangan berjalan lancar
Selamat kembali kepada 20 jenazah mangsa nahas MH17
Tiada kata yang mampu memahami setiap rasa yang dilalui oleh keluarga, sanak saudara dan juga kenalan
Yang pasti paparan anak-anak kecil yang ditinggalkan meruntun setiap titis air mata..
Moga mereka kuat dan tabah dengan ujian ini...

Dan hari ini, dijangka 3 jenazah lagi akan sampai.
Semoga perjalanan akhir mereka ini juga akan lancar...

AlFatihah buat mereka yang sudah pergi mendahului kita..



Alhamdulillah, ibu ayah ada rezeki lebih sedikit
Jadi, Cik Aimi telah dapat hadiah hari lahir yang tertunda hampir seminggu
Pengganti yang lama dulu, yang sudah lebih 4 tahun
Yang sudah kecil,
Tapi masih lagi terjaga elok.
Tapiiiiiiiiiiii, Aimi biasa la
Dia,kan penakut sikit
Asal bergoyang sikit, terjun
Terjumpa bonggil sikit, terjun
Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...sampai bila nak naik guna tayar 4 nih...

Ayah yang berusaha pasang extra tayar utk
anak daranya..

Semangatttt..baju sekolah pun tak bertukar

Piknik bagai....
Kayuh kat jalan mati..ok sikit
Susah benau mata tu nak tgk camera..huh
Sengih kemain lagi..

Luvs,
KakChik

Khamis, 14 Ogos 2014

Always be my little princess..


Aimi turns 6 years old today. Alhamdulillah. Thanks Allah untuk anugerah, amanah dan pinjaman yang sangat berharga dan bermakna ini. Semoga Aimi menjadi anak solehah, penyejuk hati ibu ayah & keluarga, pembela agama dan berjaya di dunia & akhirat.

You will be always my little princess!!!!!





Sila abaikan pemandangan di belakang tuh..

Dan hari ini berpakaian baju raya ke sekolah sebab ada jamuan hari raya. Atas permintaan Aimi, ibu masak spagetti bolognese dan chicken ball (walaupun Aimi bukan makan kuah spagetti tu). Harap dapat la memeuaskan hati dia.

Luvs,
KakChik

Rabu, 23 Julai 2014

Salam Aidilfitri 1435H

Picture dari pakcik gugel

Buat semua umat Islam di seluruh dunia
Teruskan berdoa buat semua saudara kita
Semoga terus berada dalam lindungan Allah
Semoga Palestin terus tabah dan kuat menentang Zionist Laknatullah

Buat yang menempuh perjalanan ke kampung halaman
Berhati-hati di jalan raya
Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju

KakChik mohon ampun maaf jika ada yang terlanjur kata dan perkataan
Maaf Zahir Batin

Luvs,
KakChik


Notakaki: Aidilfitri pertama tanpa kedua ayahbonda. Moga kalian tenang di sana ayahbonda. AlFatihah.

Isnin, 21 Julai 2014

Sedikit air tangan untuk anak buah...


Hanya 2 jenis air tangan yang dibuat sendiri oleh KakChik. Disebabkan coklat turun 'nilai' di mata semua, jadi diganti dengan Chocolate Rice Cookies (KakChik ubahsuai sebab chocolate chip tak ada..hahahha).
Dan juadah wajib setiap tahun, sudah tentu Conflake Madu.

Jadi hanya itu.

Luvs,
KakChik

Notakaki: Cik Aimi masih dalam mood mengira hari untuk pulak ke rumah kuning. Keterujaan dia sentiasa buat KakChik rasa sayu.

Ramadhan dalam kesedihan..

Ramadhan sudah hari yang ke-23...

Ramadhan kali ini penuh ujian buat kita terutama rakyat Malaysia. Kita dikejutkan dengan tragedi MH17 yang terhempas di Ukraine pada lewat malam 17 Julai 2014. Iaitu beberapa selepas bumi Palestin bermandi darah lagi.

Semua tumpuan dunia terarah ke bumi Malaysia sekali lagi selepas ghaibnya MH370 tanpa jejak sehingga hari ini. Pedih, sakit, pilu dan tersayat rasa hati tapi ujian ini berat pada kita yang memandang sudah tentu lebih berat tanggungan pada keluarga mangsa yang terlibat.

Sudah hari ke-4 tragedi tersebut, doa kita agar urusan jenazah dan mayat dapat disegerakan.

Ya Allah, Engkau dilembutkanlah hati manusia-manusia yang memegang kuasa di tanah sana.

Ya Allah, Engkau kuatkan dan tabahkanlah seluruh umat Islam di bumi Palestin. Engkau kuatkahlah jihad mereka untuk terus berjuang. Engkau turunkanlah bala dan pembalasan yang setimpal kepada Zionist Laknatullah itu. Aminnn...

Hari-hari terakhir Ramadhan 1435H.



Ahad, 6 Julai 2014

Rinduuuuuuuuuuuuuu....

Rindu...
Yang takkan pernah padam
Kerana dari mereka adanya aku
Kerana dari dia lahirnya aku
Kerana kasih sayang mereka
Aku kini

Rindu...
Yang takkan pernah mampu terluah
Kerana mereka tidak akan pernah mendengar lagi

Rindu...
Yang takkan pernah tersayut
Kerana mereka tidak akan pernah bersuara lagi

Rinduuuuu...
Moga tenanglah ayah bonda di sana
Moga amanlah ayah bonda dengan kiriman doa kami
Aminnn...

Ya Allah...
Rinduuuu.....


LiFe iS a LoNG JouRNeY
-KakChik-


Rabu, 2 Julai 2014

Buku & Komentar 33: Ulu Yam Di Liverpool 2 (UYDL2)

Penulis: Nazali Noor
Penerbit: Alaf 21 @ Grub Buku Karangkraf
ISBN 978-983-124-968-0
Halaman: 519
Harga: RM55.00 / RM58.00 (Edisi Terhad)
Cetakan 1 - 2014

Komentar:

TERUJAAAAAAAAAAAAAA!

Nasib baik dua minggu lepas ada terperasaan post kawan di dada FB tentang buku kedua penulis ini. Dan KakChik terus klik dan klik untuk dapatkan edisi terhad. Kulit keras dan memang berbaloi-baloi bila dah ada dalam tangan dan siap bertandatangan dari encik penulis. Tapiiiii, boleh pulak KakChik delay baca sebab nak simpan untuk bacaan bulan Ramadhan. Ambil berkat tau!

Secara dasarnya buku ini adalah kesinambungan dari buku pertama penulis, Ulu Yam Di Liverpool. Jika buku pertama dengan warna merah garang menjadi cover kulit tapi kali ini pula warna kuning yang mengambil tempat tapi masih lagi dengan layout yang hampir sama. Mungkin ini adalah salah satu identiti yang mahu diteruskan penulis dan penerbit. Walaupun terdapat kesinambungan antara buku pertama dan kedua tetapi jika pembaca terus membaca buku kedua ini, insya Allah tak akan 'hilang' tapi KakChik cadangkan bacalah buku pertama untuk lebih mengenali susur hijrah penulis dan keluarga.

Secara umumnya buku kedua ini lebih banyak berkongsi sisi 'gelap' denai hijrah penulis dan keluarga. Walaupun dalam UYDL ada dinyatakan kesukaran tetapi manisnya telah menutup kepahitan tersebut. Tapi apabila membaca buku UYDL2 ini, mata lebih banyak berpasir dari bersinar cahaya. Sukarnya hijrah mereka yang merintang zon selesa. 

Pahitnya apabila rasa percaya diperdagang seperti yang tercoret dalam Bab 34: Percaya Yang Membawa Rebah. Aduh, sanggupkan mereka yang sudah dianggap saudara menikam dari belakang. Sakitttttt, tapi hijrah perlu diteruskan. Walaupun rasa geram terhadap Zamri dan Annur. Tapi itulah yang bernama manusia, tidak semua berhati putih. Sedih sangat bila menyesuri liku hijrah ini. Dan juga kisah Zeera yang kerek itu.

Namun yang paling terkesan pada KakChik sudah pastilah perkara yang ada berkaitan dengan kita secara dekat,kan. Aduhaiiii, sudah pasti pedih rasa hati kalau tentang sesuatu yang bukan hak kita untuk ditentukan dapat atau tidak. Kenapa masyarakat kita masih tabu dengan perkara ini. Lakaran Bab 77 (muka surat 309-312) memang dekat dengan keluarga KakChik. Walaupun bukan kita yang diduga sebegini sudah pasti kita turut terasa pedihnya jika darah daging kita yang menghadapinya. 

Selanjutnya, kisah apresiasi yang dikongsi juga buat KakChik rasa, aduhaiiiiiiiiii, jauhnya kita dengan cara mereka yang kita kata kebaratan itu. Politik pejabat yang tidak pernah habis. Memang memualkan dan menjelikkan. Harapnya bos-bos yang membaca UYDL2 ini akan menemui jalan untuk merentas hijrah yang sudah lapuk ini.

Walaupun begitu, kejayaan dan juga hijrah untuk 'Nikmat Hidup Dalam Memberi' memang memberi banyak kesedaran. Rasa yang menyerap, insya Allah dengan izin-Nya akan terus di hati. Istiqamah walaupun hanya untuk hijrah yang simple.

Bab Bonus: penghargaan encik penulis buat isteri tercinta. Walaupun nampak ringkas tapi kerana setiap hijrah dan juga dugaan itu dibuat kerana niat dengan nama Allah, imbuhannya alhamdulillah sudah pasti rasa manis.

Buat encik penulis, terima kasih untuk perkongsian ini. Naskhah ketiga dan seterusnya, insya Allah akan terus dinanti.

LiFe iS a LoNG JouRNeY
-KakChik-

Sabtu, 28 Jun 2014

Ramadhan 1435H


Assalamualaikum....
Alhamdulillah Ramadhan datang lagi...
Harapnya kali ni membawa lebih seribu keberkatan buat semua..

Makanya, malam ni akan bermula malam 1 Ramadhan...
Moga hati-hati kita terus istiqamah beribadat & bersolat terawih hingga akhir Ramadhan...

Pada KakChik ini adalah Ramadhan yang pilu...
Pertama kali datangnya Ramadhan tanpa arwah mak ayah di sisi...
Ramadhan pertama tanpa arwah bonda tercinta...
Dan Ramadhan kelima tanpa arwah ayahanda tercinta...;(

Ya Allah...
Kuatkanlah hati-hati kami...
Teguhkanlah hati-hati kami dengan dugaan-Mu ini...
Tempatkanlah keduanya di kalangan para solihin...
Aminnn...

Buat teman-teman yang singgah di sini (kalau ada la,kan)
Mohon ampun maaf jika ada yang terkhilaf kata mahupun tulisan ye..


LiFe iS a LoNG JouRNeY
-KakChik-

Notakaki: Pic tu dari pakcik gugel..^--^


Khamis, 5 Jun 2014

Buku & Komentar 32 : Ustaz Azhar Idrus LIVE

Penulis: Ustaz Azhar Idrus
Kartunis: Athool
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd
Halaman: 88
Harga: RM15.00
Cetakan 1 - Feb 2013

3.8 star

Resensi penuh: 5.6.2014

Pertama kali sebenarnya baca buku islamik bercirikan komik ni. Dan alhamdulillah tak menghampakan. 
Terima kasih pada penerbitan Telaga Biru untuk penghasilan buku komik islamik ni. 

Karektor dan lakaran komik yang agak menarik. Dan tentunya telah menarik minat Cik Aimi untuk 'berebut' buku ini ketika KakChik membacanya. Cik Aimi siap buat dialog sendiri lagi. Hentam aje la Aimi oiiii, asalkan dia sudah ada minat untuk membaca buku. Satu permulaan yang sungguh mengujakan KakChik. Lepas ni memang kena cari lagi buku komik islamik ni.

Opppssss, seperti ceramah live UAI memang penuh dengan lawak, humor dan berhekmah jawapan yang diberikan bagi setiap persoalan yang diutarakan. Yang pedas memang tepat ke muka sendiri pun bukan sedikit. Pedih tapi kena la telan dan ambil iktibar untuk kebaikan. Memang tak jemu baca dan komik islamik ini telah berjaya menghindar mata KakChik rasa mengantuk ketika membacanya (sebenarnya kalau baca buku agama selalu je terlelap. Huhuhuhu, tak kuat iman sungguh).

Frasa yang menarik:

"Pemuda yang pergi ke masjid atau surau, belum tentu baik. Tetapi pemuda yang baik, sudah tentu akan pergi ke masjid atau surau." 

"Agama dulu, akademik kemudian. Dah penuh ilmu agama di dada, baru cari kemahiran hidup untuk cari makan. 

Ini tidak, yang didahulukan dunia. Anak dah takde harapan, baru hantar belajar agama.

Kenapa agama, dijadikan pilihan kedua?" - Yang memang kena tepat atas hidung la kan.

"Pasal dunia, serba-serbi up grade. Dah bab agama mana, kenapa tak up grade juga? Kenapa bab agama tak mau bertambah, sedangkan bab dunia sibuk ditambah." - Kena lagiiiiii.

Walaupun begitu masih terdapat fakta atau jawapan persoalan yang tidak berapa jelas pada KakChik atau KakChik yang kurang arif untuk taksir maksud tersirat. Jadi kesimpulan memang kena buka buku rujukan atau rujuk pada yang lebih arif.

Apa-apa pun salah satu cara dakwah yang menarik untuk menambat minat pelbagai lapisan masyarakat.

LiFe a LoNG JouRNeY
-KakChik-

1 Jun 2014: Cik Aimi & Gigi susu

Phuhhh, phuhhhh,phusssss...

Mak aishhh, berhabuk setebal 2 3 inci dah ni. Rupanya Mei langsung takde post dari KakChik. Tapi rasanya bukan ada yang menanti entry kot.

Jom, melentik jari untuk mengetuk keyboard lagi. Banyak aje resensi yang tak sempat nak dipindah ke sini. Di GR rajin la pulak KakChik mengetuk keyboard tu. Bukannya susah cuma copy-paste aje tapi tabiat suka bertangguh tu memang la susah nak dikikis. :(

Alhamdulillah, Cik Aimi susah hilang gigi susu pertamanya pada malam 1 Jun 2014, genap 2 bulan 2 minggu umur Cik Aimi cukup 6 tahun. Cepat sungguh gigi dia 'runtuh'. Itu istilah dia bila bercerita pasal giginya tu. Gigi susu depan bahagian bawah.

Petang 1 Jun tu bila KakChik ambil dia dari kelas Iqra', riuh dia bercerita gigi dah goyang dan nak 'runtuh'. Sibuk lagi dia duduk sentuh-sentuh sambil golek-golek depan tv petang tu. Malam pula lepas maghrib, dia buat ayat membodek, "ibu tolong la cabut gigi saya ni, ibukan doktor." Huh! Ayat tak menahan tu, siap bagi title kat ibu. Tapi ibu memang la seriau nak tolong cabut gigi dia. Dah rangka dalam kepala nak bawa dia ke klinik pada Selasa tu.

Tapi bila dia dah duduk bising-bising kata gigi dia dah nak runtuh, ayah yang lantik diri sendiri jadi doktor tak bertauliah. Guna benang jahit ibu, ayah ikat simpul macam mana entah. Cuba tarik-tarik sikit, bila Cik Aimi dah ralit sikit terus ayah tarik kuat sikit. Sekali tergantung gigi Cik Aimi kat benang tu.

Ayah sedang ikat benang di gigi Cik Aimi..

Relax jer dia, ibu pulak yang cemas.
 Nasib baik tak nangis..
Owhhhhh! Bukan main happy dia bila gigi dia dah tercabut. Dengan mulut berdarah tu sibuk tilik cermin. Kuat juga budak ni, langsung tak menangis. Tersengih ada la, sambil kemam kapas kat mulut. Siap peluk ayah dan cakap terima kasih lagi sebab tolong cabut gigi dia.

So, ibu dah memang kena keep in mind bahawa puteri ibu amanah Allah SWT ini semakin membesar. Huhuhuhu..

LiFe a LoNG JouRNeY!
-KakChik-

Rabu, 30 April 2014

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2014

Assalamualaikum...

Entry terakhir tentunya untuk penutup April. Aduhaiiii, cepat sungguh rasanya masa berlalu.

Back to title, alhamdulillah KakChik berkesempatan untuk jejak PWTC lagi tahun ni. Serbu PWTC seawal jam 8 pagi pada 26 April. Breakfast dengan Mami Suraya sambil-sambil tunggu geng yang lain. Sekali dapat berkumpul (walaupun cuma 6 orang ajer), riuhnya bagaikan 20 orang. Dari 8 pagi duduk kat cafe depan Ariani tu sampai dah penuh orang dalam PWTC tu, kami masih lagi lepak-lepak. huhuhhuhu.

Lepas semua dah sampai, borak punya borak. Tengok-tengok orang lain dah berlenggang penuh beg buku kat tangan. Lepas tu baru kami gerak ke booth IKP & lepas tu terpisah. My phone battery king. Sedeyyy nya x sempat say goodbye. Cuma sempat jumpe Dla sebelum dia balik.

KakChik tahun ni dah tekad tak mahu beli banyak, cuma borong buku JS, JS Adiwarna, Alaf & karangkraf, IKP dan Galeri Ilmu serta seketul buku utk Cik Aimie jer. Ikutkan hati memang la nak angkut semua. Tapi 10 buah memang tinggal kat adik, sebab den udah tak larat nak angkut.

Sempat juga jumpa kawan GR, CikPah yang peramah dan manis orang. Pertama kali jumpa dah mesra bagaikan dah bertahun kenal. Next year boleh jumpa lagi ye..

Berjanji juga dengan my lil sis & niece, lepak-lepak dan makan sekejap. Memang rindu giler, rasanya dah lama x jumpa dorang nih. Lepas tu terus gerak ke Kl Sentral & naik bas ke LCCT. Kali terakhir la kot jejak LCCT ni kerana lepas ni Airasia akan landing di KLIA2,kan.


Buku-buku yang diangkut balik ke pulau.::)
Buku-buku bahagian atas tu ditinggalkan di KL, ;)
Teman2 yang jumpa dan sempat snap pic..:)
Semua dah tinggi menggalah..eh, kita semua specky.:P
Luvs,
KakChik

Ahad, 20 April 2014

Buku & Komentar 31: Suami Sebelah Rumah

Penulis: Ana Sofiya
Penerbit; Fajar Pakeer
ISBN 9789673651948
Halaman: 506
Harga: RM21.00 / RM24.00

20.4.2014

Kisah ini berkisar kehidupan rumahtangga yang baru nak bermula antara Amar-Eryna. Dari mula majlis nikah Eryna-Azlan yang tak tertunai sehinggalah ke kisah majlis resepsi Amar-Eryna.

Amar dan Eryna ni rupanya hidup berjiran sejak Amar umur 8 tahun lagi. Tapi dari awal mereka tidak pernah sebulu. Amar yang nerd dan Eryna yang kasar dan perasan segalanya bagus tu memang selalu membuli Amar. Amar bukan lelaki lemah tapi sebab sayang dia sanggup menerima hukuman walaupun bukan salah dia.

Sebenarnya Amar dari awal lagi dah jadi calon menantu Mak Non dan Pak Wan. Tambah lagi ibu dan ayah Amar berkawan baik dengan mak abah Eryna. Tapi Eryna memang tak pernah pandang pun Amar tu. Walaupun Amar seorang doktor tapi Eryna tak pernah nak heran. Yang dia dambakan Azlan, kekasihnya sejak 8 tahun dulu. Tapi sekali Azlan buat onar, hantar sms batal nikah setengah jam sebelum majlis. Apa lagi?? Mengamuk la Mak Non dan Pak Wan. Dalam masa yang sama, kebetulan Amar ada di majlise tersebut. Entah meroyan macam mana, Eryna boleh pulak melamar Amar sedangkan sebelum ni bukan main menyombong lagi dia tolak pinangan Amar. Siap dengan kutuk lagi.

Namun bagi Amar, dah peluang depan mata,kan. Terus dia sambar. Tambah lagi dengan tangan ajaib Sam yang mengubah penampilan Amar. Semua orang terpukau. Heh, baru Eryna tahu. Doktor nerd tu pun ada aura juga.

Kenapa jadi Suami Sebelah Rumah? Sebab syarat mengarut Eryna la ni. Huh, gerammmmm jer tapi Amar pun satu, ikut semua apa yang Eryna kata. Sekali terkantoi dengan ibu bapa mereka tahu pulak si Eryna ni menggelabah.

Walaupun tak nak mengaku dia cintakan Amar tapi merajuk juga Eryna bila ada wanita lain yang mengejar Doktor Amar yang hot, bak kata Anis. Nasib baik la Amar ini cinta setia maut sungguh walaupun digoda oleh Doktor Wani, tetap kekalkan hati untuk Eryna.

Komentar:

Mungkin kerana membaca kisah yang hampir sama sebelum ini, jadi KakChik punya target up sikit. Pada permulaan jalan cerita sangat meleret-leret. Sebelum majlis hingga dah majlis nikah Amar-Eryna dah melibatkan berbab-bab. Disebabkan POV1 yang dibahagikan kepada dua watak utama, Amar-Eryna, kadang kala ada pengulangan perkara dan situasi yang sama. Jadi pada KakChik dah hilang rasa nak tahu di situ.

Luvs,
KakChik


Buku & Komentar 30: Guy Next Door

Penulis: Rose Harissa
Penerbit: Kaki Novel Sdn Bhd
ISBN 978-967-0448-63-3
Halaman: 487
Harga: RM21.00 / RM24.00

4.5 star

Bukan review: hurmmmm, huruf M tgh membesar skrg ni..haishhh

17.04.2014

Lama sungguh tak baca hasil tangan penulis ni. Rasanya ini karya pertama beliau dengan penerbit ni. Dan seperti karya beliau yang pernah dibaca, memang TAK MENGHAMPAKAN. :P

Lima tahun hidup berjiran, mereka tidak pernah bertegur sapa. Kristal dengan sikap tak cakna dan Adam pula memuja dalam diam. Tapi yang selalu buat Kris sakit hati dengan Adam adalah sokongan padu Mak Cik Umi pada Adam. Pada mata maknya, Adam hampir sempurna tapi pada Kris, sempurna haper kalau kerja pun idok tapi asyik terperuk di rumah perabis duit pencen orang tua.

Kris hampir buta mata hati dan mata kasar sebab terlalu taksub dengan ayat leleh kekasihnya, Fandi. Kris ni macam kebanyak tipikal watak heroin yang mengejar lelaki romantik tahap petala kelapan dan juga kalau kaya itu satu bonus. Walaupun sudah lama bercinta bagai nak rak, diangkut ke hulu ke hilir tapi Fandi masih lagi tidak masuk meminang. Ini yang menaikkan darah Mak Cik Umi sebab maruah anak dara tunggalnya bagaikan dipermainkan.

Dalam pada mereka tak bertegur sapa, sekali bercakap terus bercakar Adam dan Kris ni. Kris dengan perangai tak semenggah yang tak pernah mahu kalah dan selalu bersangka buruk, ditambah lagi dengan perangai Adam yang sentiasa cool dan suka mengusik. Aduhhhhh, bercakar macam kucing la depa ni.

Ketika Kris sedang asyik masyuk terleka dengan cinta Fandi, sekali keghaiban lelaki itu memang buat Kris tertekan dan lagi ayat-ayat pedas dari Mak Cik Umi yang sentiasa buat telinga dia berasap. Akhirnya rahsia Fandi terbongkar tapi Kris masih lagi percaya dengan kekasih hati pengarang jantungnya yang tak berapa nak betul ni. Tapi, sekali Tuhan nak tunjuk. Haaaaa, depan Adam lagi tu. Walaupun malu tapi sebab ego tinggi Kris tetap tak pandang Adam walaupun dalam berkias Adam ada tunjuk rasa suka kat dia. Huhhhh, perangai tak semenggah sungguh Kris ni. Duduk junjung ego tinggi melangit tapi bila Mia nampak rapat dengan Adam, tahu pulak dia tunjuk perangai cemburu tak tentu hala tu.

Tapi sebab dah tajuk GND, mesti ada sangkut paut jugak mereka berdua ni. Walaupun banyak cabaran Adam nak dapatkan Kris ni. Dengan kehadiran Adeera, ugutan Fandi dan juga tindakan penculikan Kris yang hampir menyebabkan Adam hilang nyawa. Kesudahannya, sila baca sendiri..:P

Komentar:

Yeahhhhh, selepas terbakar, siap rentung dan sebagainya. Akhirnya khatam juga naskhah ini. Sejujurnya, ayat-ayat penulis memang sentiasa menarik hati untuk dibaca walaupun terselit sedikit adegan yang sensitif dan kadang kala tak realistik di mata KakChik.

Memang jatuh hati tak ingat kat karektor Adam yang bajek suci tapi tak berapa nak suci juga kalau dah dapat peluang depan mata, kan? Karektor anak yang sanggup hilang kerjaya demi orang tua dan juga sikap yang tidak cepat melatah. Tapi kalau dah dapat isteri yang perangai tak matang macam Kris memang buat haru saja.

Sangat la sakit hati dengan watak Kris ni. KakChik rasa watak Kris antara watak heroin yang buat KakChik meluat tahap nak hempuk kepala dia dengan batu lesung. Kenapa la hang sungguh tak bersyukur, Kris ooiiiii. Masih juga menjunjung ego dan sikap tak matang walaupun dah menjadi isteri orang. Buat KakChik angin jer.Haish

Mak Cik Umi sungguh memukau dalam GND dan karektor dia memang menghidup hampir 3/4 dari keseluruhan cerita. Walaupun mulut dia super laser tapi dalam hati dia, hanya Tuhan yang tahu. Memang setiap ibu mahu yang terbaik buat anaknya. Tapi kalau anak jenis macam Kris ni memang kena 'palu' selalu. Itu pun masih tak sedar jugak.

Keseluruhan cerita hampir sempurna walaupun KakChik kecewa juga sebab watak Mak Cik Umi yang selamba itu 'mati' begitu saja lepas Adam-Kris ke US. Watak-watak lain tidaklah begitu memberi impak terhadap keseluruhan cerita sebab banyak ruang diberi Adam-Kris.

POV yang berbeza hampir setiap bab memang memerlukan tumpuan yang tinggi. Hehh

p/s: Kak CT, thanks kasi pinjam GND. :P


Luv,
KakChik



Khamis, 10 April 2014

Buku & Komentar 29: 69 Jam di Neraka Zionis: Pengalaman Berdarah Sukarelawan Negara

Penulis: Norazman Mohd Samsuddin
Penerbit: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)
ISBN 978 938 0688 978
Harga: RM20.00 / RM23.00
Halaman: 262

Komentar: 

Terkesan dan tercabar. Itu dua patah kata yang terakhir tersemat di hati saat penutup buku ini. Terima kasih kepada tuan penulis yang mengambil inisiatif untuk berkongsi kisah dan pengalaman dengan masyarakat berkenaan pengalaman beliau dan juga perjuangan dan pengorbanan yang melewati batasan agama, bangsa dan bahasa.

Buku ini bukan sahaja berkisah tentang pengalaman flotila kemanuasiaan itu sendiri, tetapi tetap diselitkan sejarah beradaban yang sudah lama ditinggalkan oleh manusia-manusia yang menggelar diri mereka 'orang yang baik'. Namun pada dasarnya merekalah manusia-manusia yang berhati keras malah sungguh angkuh.

Bagaimana kejam dan zalimnya mereka sehingga tanpa sedikit pun perasaan kemanusiaan tersentuh di hati mereka sehingga mereka bertindak melepasi batasan kemanusiaan sejagat. Tembakan dan segala tindak tanduk yang hilang nilai manusia sejagat dan juga sikap angkuh yang menjunjung segala tindakan mereka adalah tindakan yang betul. Tetapi mereka terlupa bahawa pertolongan untuk orang-orang yang berjuang di jalan Allah itu sentiasa ada.

Terfikir, di mana pertubuhan antarabangsa yang sepatutnya mengambil tindakan undang-undang kepada negara dan komandonya yang zalim ini. Kenapa sehingga ke saat ini, selepas hampir 4 tahun berlalu peristiwa ini bagaikan tiada langsung pembelaan? Sungguh, manusia akhir zaman sudah semakin jauh dengan Allah dan semakin takut dengan kuasa manusia. 

Teruslah berjuang wahai sekalian umat Islam untuk saudara kita yang sedang tertindas. Insya Allah pertolongan Allah sentiasa ada untuk kita. Semoga darah pada syuhada tidak akan pernah kering mengalir dalam diri kita walaupun kita tidak pernah mengangkat senjata di medan perang.

Perkongsian gambar-gambar juga membantu dalam pemahaman pembaca untuk berkongsi rasa dan juga memahami sukarnya cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh sukarelawan flotila Mavi Marmara. Namun begitu, kalau penulis memberi pencerahan yang lebih terperinci berkenaan dengan kapal-kapal lain adalah lebih baik. Kerana hingga akhirnya, KakChik tertanya-tanya adakah para sukarelawan dalam kapa-kapal yang lain turut menerima nasib yang sama seperti kapal Mavi Marmara.

Luvs,
KakChik