Seadanya
Kamu
Penulis:
Iman Xara
Penerbit:Jemari
Seni Sdn Bhd
ISBN
978-967-5118-80-7
Harga:RM20.00
/ RM23.00
Halaman:
460
Cetakan 1 -
April 2012
Kulit belakang:
Segunung debu pun, andai jatuh di kelopakmu, tetap
dapat kucium harummu.
Julia, si
gadis manis yang sentiasa mencuri perhatian Wafiy. Namun Julia tidak mahu rasa
cinta mengaburinya. Lalu, huluran cinta Wafiy dibiar sepi. Baginya, biarlah dia
mencapai cita-citanya dahulu.
Dek kerana
dendam seorang teman, hidup Julia tercalit sejarah hitam. Dia hilang arah.
Lalu, Julia meninggalkan segala-galanya temasuk Wafiy tanpa sebarang kata. Dia
ingin melupakan semua itu.
Di tempat
baharu itu, Julia mengenali hati seorang Firas. Tapi, hatinya cukup takut untuk
diharap dan mengharap. Malah, mawar putih pemberian Wafiy itu seolah-olah
mengikat hatinya daripada menerima cinta yang lain.
Pilihan
yang diberikan kepadanya oleh Firas, sama ada kurung biru itu dipakai atau
dikembalikan ke pangkuan keluarganya. Apa yang harus dipilih? Haruskah dia
memberi harapan kepada Firas? Atau dia perlu terus meneguhkan hatinya untuj
Wafiy? Dan, dapatkah mereka menerima memori hitamnya dahulu?
*****
IMAN XARA
menulis dengan bahasa dan susunan kata yang cantik untuk menelusuri kisah Julia
dalam menempuh dugaan hidup dengan tinta yang berbeza dalam Seadanya Kamu.
Komentar:
Iman Xara,
seperti hasil karya yang lepas, Kau CuriHatiku menjadikan isu-isu semasa sebagai input untuk menghasilkan sebuah
karya yang sarat dengan teladan. Isu semasa yang hangat dan bagaikan belum
ditemui jalan titik noktah ini merupakan medium yang bukan enteng yang telah
diolah oleh penulis dengan tinta yang tersusun indah walaupun pada sudut
pandangan KakChik masih ada yang perlu diperbaiki.
Perjalanan
hidp Julia yang tenang-tenang sahaja sepanjang bergelar pelajar universiti
tercalar sehingga dia tidak mampu lagi bertahan untuk meneruskan pengajian
terjadi hanya kerana dendam teman serumah yang tersesat jalan hidup. Silapnya
Julia yang selalu bertegas dengan perkara yang benar telah menyebabkan dia
menjadi mangsa Elis dan dirancang pula bersama Eddy, teman lelakinya. Kerana
tidak mahu perkara itu terbongkar, Julia telah mengambil jalan untuk berhenti
belajar dan memutuskan hubungan dengan sesiapa saja yang mengenalinya demi
menjaga maruah diri dan keluarga.
Beruntungnya
Julia yang digarap oleh Iman Xara kerana dia mendapat sokongan keluarga
walaupun pada awalnya, ayahnya bagaikan tidak dapat menerima perkara tersebut.
Julia terpaksa bangub kembali demi kehidupan yang lebih baik walaupun trauma
itu tidak pernah luput dari minda. Sementelah dia tidak pernah memadamkan nama
Wafiy di hatinya dengan ditemani mawar putih yang telah kering nan sekuntum
itu. Tetapi bukan mudah juga untuk Julia merawat hati bila mana mengetahui
Wafiy sudah memberi hatinya kepada bekas teman sekuliahnya, Farhana.
Bertahun
penantian daripada Firas, bisakah melembutkan hatinya? Apakah kehadiran Danisya
telah mengubah arah tuju kasih sayang Aufa dan Aswad terhadap anak kecil Damia
yang polos itu? Kemunculan Aufa dan Aswad dari karya terdahulu penulis juga
telah menambah rencah kehidupan dalam naskhah ini.
Tahniah
kepada Iman Xara untuk karya yang cantik walaupun KakChik sedikit terbeban
sehingga sekarang, bagaimana Julia tidak menyedari sesuatu yang tiada nilai
gantinya dan bermakna sudah hilang darinya?
Sangat suka
kulit depan yang simple dan ‘tenang’ itu…J
Luvs,
KakChik