Pengikut

Jumaat, 13 Disember 2013

Rumah Kuning!

Lama sungguh tak meluah rasa di sini. Kadang kala hambatan/tanggungjawab kerja memang buat kita lelah sehingga apabila sudah sampai di rumah waktu petang sudah flat tiada tenaga langsung. Apatah lagi kalau kerjanya tidak juga selesai, sudah berbulan-bulan lamanya. Sungguh penat!

Rinduuuuuuuuuuuuuu sangat pada kedua orang tua yang sudah pergi. Al-Fatihah buat bonda & ayahanda, moga aman & tenang di sana. Apatah dengan tekanan kerja yang rasa sudah tidak tertanggung, tiada tempat lagi untuk meluah rasa. Kalau sebelum ini, jika terlalu stress, dail no mok, dengar suaranya sudah mampu meringankan segala beban. Ya, kami sudah hilang salah satu doa paling makbul iaitu doa dari seorang ibu. Makanya sekarang, giliran kami untuk terus berbakti moga kedua tenang di sana.

Memang rindu sangat-sangat pada suasana rumah kuning. Tambah lagi Cik Aimi yang selalu mengajak balik ke rumah kuning. Mungkin hubungan Cik Aimi dengan rumah kuning agak kuat, maklum la dia kan lahir di tanah air Besut dan bertapa di rumah kuning sehingga umur 52 hari sebelum ayah membawa kami pulang ke pulau. Jadi ingatan Cik Aimi terhadap rumah kuning sungguh kuat, walaupun berkali sudah diberitahu. Mok sudah tiada di rumah kuning tetapi dia tetap ingat akannya. Cik Aimi sudah memahami bahawa mok sudah tiada, dia sudah mengerti kerana dia melihat dan memerhati setiap yang berlaku pada saat terakhir mok di rumah kuning.

Berkali-kali dia mencium dahi mok buat kali terakhir dan usapan perlahan tangan kecilnya di wajah mok sebelum wajah itu ditutup kain putih memang meninggalkan rasa yang mendalam dalam hati ini. Ia, dia sudah mengerti. Namun ajakan untuk pulan ke rumah kuning tidak pernah putus. Setiap kali bertelefon dengan mokteh pasti ayat mahu balik ke rumah kuning itu menjadi ayat wajib buatnya.

Walaupun sudah tiada kedua orang tua, namun ingat tetap kuat. Apatah lagi AyahChik Aimi yang tinggal sendiri. KakChik tidak pernah sanggup untuk menelefonnya, kerana bimbang tidak mampu mengawal rasa. Ya, dia anak yang bertuah kerana sehingga akhir hayat mok dan ayah, dia tetap di samping mereka. Betapa aturan Allah SWT itu sungguh cantik, dia lapangkan seorang anak mok ayah untuk terus mendiami rumah kuning bersama mok ayah supaya ada anak yang berada di samping mereka ketika susah. Alhamdulillah...

Moga AyahChik akan bertemu jodoh yang solehah seperti impiannya. Dan KakChik akan rasa amat tenang nanti.

Rumah kuning tetap dalam ingatan. Moga dapat pulang ke rumah kuning dalam masa terdekat. RINDU.

Luvs,
KakChik

Sabtu, 16 November 2013

Buku & Komentar 20: 13 Jam A380

Penulis: Evelyn Rose
Penerbit: Penerbitan KaryaSeni Sdn Bhd
ISBN 9789670246536
Harga: RM28.00 / RM31.00
Halama: 752

Komentar:

Terpengaruh! Itu sebenarnya yang menyebabkan terus order online dari MPHOnline sebab bila buka GR yang dah hampir 2 minggu tak singgah. Rata-rata komen tentang buku ni denganrating yang tinggi. Jadi harus la kita pun teruja juga, kan?

Kisah kehidupan yang penuh suka dan rasa teruja. Tidak lupa juga kisah pedih terluka dan terlalai dari landasan yang sebenarnya. Kisah mencari siapa Pencipta dan juga mencari siapa yang dicipta Pencinta untuk jodohnya.

Hana Sofea yang moden dan berwawasan tinggi. Anak kesayangan ayah yang mencuba untuk memenuhi impian si ayah untuk menggapai PhD selepas kakak dan adiknya sedari awal telah melukai hati si ayah. Namun begitu gaya hidup modennya dan kegilaan stalker terhadap Syed Haydar Syed Nazim tidak pernah padam sejak tiga tahun lalu. Lelaki yang cukup sempurna di mata Hana Sofea. Syed Haydar yang menjadi pujaan setiap wanita kerana karektor, rupa paras dan juga kekayaannya. Impian Hana Sofea hanya satu, kalau dia berpeluang bertentang mata dengan lelaki itu, dia menetapkan mereka memang ada jodoh.

Perjalanan selama 13 jam ke kota London dengan MAS A380 rupanya merupakan takdir yang mencorak warna dalam hidup Hana Sofea. Lelaki yang selama 3 tahun didambakannya berada di depan mata. Apatah lagi lelaki itu bagaikan memberi peluang untuk Hana Sofea terbuai dengan layanan dari lelaki pujaannya. Syed Haydar yang di depan matanya sungguh berlainan sekali. Tidak seperti yang diwar-warkan, serius dan sentiasa menjaga namanya. Tetapi Syed Haydar yang ini sungguh peramah dan juga mengujakan. 

Sepanjang di awan biru, mereka penuhi dengan pelbagai aktiviti yang melalaikan. Mereka bagaikan terlupa batas-batas yang sepatutnya mereka jaga. Hana Sofea terbuai dan terus terbuai. Walaupun hanya 4 jam bergelar kekasih kepada Sye Haydar, dia rasa cukup bahagia. Namun apabila kaki menjejak kaki ke bumi, semuanya berubah. Syed Haydar kembali kepada karektor lelaki yang serius dan sentiasa sibuk dengan kehidupannya. Lalu Hana Sofea ditinggalkan dengan memori 13 jam yang indah walaupun rasa hati Hana Sofea sangat terluka.

Dalam kelukaan Hana Sofea, jodohnya dengan keluarga Fido ada hikmat yang tidak pernah dia sangka. Kehidupan dia kembali tenang dan rasa bahagia yang tidak pernah dirasai dan alami diperolehi ketika bersama dengan keluarga Islam yang bermastautin di bumi London ini. Emmel yang comel dan bijak telah memenuhi segenap rasa bahagia itu. Ditambah lagi abang Fido, Fawwaz iaitu lelaki yang kacak, bermata ambar, berharta tetapi sungguh menjaga tatasusila sebagai seorang muslim. Fawwaz yang jarang menonjolkan rasa hati tetapi sikap ambil berat dan tanggungjawab Fawwas terhadapnya telah mengambil tempat di hatinya. Walaupun mereka sentiasa bersama dalam satu bumbung tetapi Fawwaz sungguh menjaga segala perbuatan dan cara hidup Islam.

Hana Sofea juga menemui sinar bahagia yang sebenarnya selepas dia bertemua Linda-Helena. Daripada mereka dia mula menilai erti hidup yang sebenarnya. Apakah yang dicari dalam hidupnya selamanya ini? Adakah dia sudah cukup islamik sebagai seorang Muslim? Dengan bimbingan Fawwaz dan orang yang terdekat dia berubah untuk menjaga muslim yang lebih baik. 

Dalam rasa bahagia dan perancangan Hana untuk mempertemukan Fawwaz dengan ayah, rupanya ada dugaan yang akan merubah segala perancangannya. Perjalanan pulan ke tanah air selepas 3 tahun di bumi ratu telah menggugat rasa hati Hana Sofea. Kenangan 3 tahun lepas bagaikan menari-nari di depan mata ditambah lagi dengan kehadiran 'teman' mewarnai perjalanan tersebut. Semakin jauh Hana Sofea menjauhi tetapi semakin licik lelaki itu memainkan hati Hana Sofea. Sudahnya dia terperangkap dengan permainan licik lelaki itu.

Segala rasa bahagia Hana-Fawwaz musnah dalam sekelip mata selepas malam perasmian Sky Hotel. Teganya Syed Haydar menayangkan segala memori gelap mereka selepas Hana Sofea sudah berubah. Fawwaz yang terkejut dan rasa tertipu tidak dapat menerima kejutan itu. Sudahnya impian Emmel untuk mommy-daddy bersatu musnah begitu sahaja.

Hana nekad untuk membalas dendam selepas segala impiannya untuk bersatu dengan Fawwaz musnah. Dia akan memainkan peranannya sebaik mungkin. Apatah lagi segala usaha keluarga untuk H's Cafe juga sudah termasuk dalam pertaruhan tersebut. Samada dia terluka atau dia yang melukakan dia tetap tekad dengan perancangannya.

Kisah ini bukan kisah kosong untuk buat kita terbuai-buai di langit biru tetapi kisah yang perlu kita selami untuk mengutip rahsia di sebalik kejadian dan takdir yang sudah diatur Allah. Kadangkala kita terlalu meminta-minta dengan Allah, namun bukan mudah untuk kita laksanakan walaupun sudah jelas petunjuk di depan mata.

Walaupun KakChik sedih sebab bukan jodoh Hana-Fawwaz (sebab memang terbuai sungguh dengan watak Fawwaz), tapi memang betul la kan, lelaki yang terbaik memang untuk wanita yang terbaik. 

Karya ini buat KakChik terfikir, apakah sudah cukup segala amal selama hidup di bumi ni. Tahniah buat penulis yang mengupas jalan cerita dengan kisah sebegini yang terselit pengajaran yang bukan sedikit.

Luvs,
KakChik

Buku & Komentar 19: Alahai, Bos Bertuah!

Penulis: Zan Zarida
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd @ grupbuk
u Karangkraf
Isbn 978-983124-862-1
Halaman: 521
Cetkan 1: 3013
Harga: RM21.00 / RM24.00

2.5 star

Tak tahu, KakChik rasa tajuk novel ni macam tak kena saja dengan jalan ceritanya. Itu yang KakChik rasa tapi orang lain x tahu la,kan.

Pendek je resensi ni..kalau rajin, nanti sambung lagi...Hik,hik,hik...



Luvs,
KakChik

Jumaat, 15 November 2013

Buku & Komentar 18: sweetnya Dia



Penulis: Maznie Darnisya
Penerbit: Idea Kreatif Publication
ISBN 978-967-11925-8-0
Halaman: 500
Harga: RM23.00/RM26.00
Cetakan 1 - Okt 2013


Sweetnya dia menjadi medan pergolakan kisah Alisya a.k.a Laily dan Ahmad Zarif. Pertemuan pertama mereka di kampung Laily menjadi kesinambungan kepada pertemuan-pertemuan seterusnya.

Laily yang mempunyai dua kisah sedih yang mahu dilupakan. Peluang pekerjaan yang datang tanpa diminta itu bagaikan memulakan kembali Laily kembali kepada kisah tersebut. Hakim yang memalitkan arang ke muka keluarganya rupa-rupanya bekerja di jabatan yang sama dengannya. Apatah lagi dengan kehadiran Farah, tunang Hakim di syarikat yang sama memang buat Laily rasa bagaikan mahu berhenti kerja. Apatah lagi dengan sikap Hakim yang tersua-sua kembali dan sikap Farah yang tak tahu malu menyerangnya sesuka hati.

Walaupun begitu kehadiran Zarif memberi peluang untuk Laily berkongsi rasa dan meluah perasaan. Perhubungan mereka dalam diam menjadi rapat walaupun mereka masih baru berkenalan. Apatah lagi dengan sikap Zarif yang terlalu berahsia. Tapi Laily selesa aja berdamping dengan lelaki pujaan ramai tu.

Sikap Zarif yang tidak berterus terang menjadi duri yang menyebabkan hubungannya dan Laily yang baru nak bercambah menjadi kuncup tanpa sempat mekar. Selepas Laily mengetahui status Zarif dan dengan kehadiran Alisa yang selama ini mengejar Zarif menyebabkan Laily lelah untuk bersama dengan lelaki itu lagi.

Apatah lagi dengan mata sendiri dia melihat Zarif dan Alisa berdua-duaan. Kalu pertama kali boleh dikatakan kebetulan, tapi kalau sudah dua kali memang mendatangkan curiga,kan?

Kehadiran Ikmal pula hanya menambah bahan perencah yang telah diadun oleh Alisa sehingga menyebabkan Laily berpatah arang dengan Ahmad Zarif. Sama ada mereka bahagia atau derita, itu jalan yang dipilih oleh keduanya.

Komentar:

Nampak aja nama penulis di kulit depan ni, terus order. Sebab masih terkenang lagi kisah Amru dan Yasmin (kalau tak silap) dalam Samudera Indah Nian. Jadi tahap tinggi diletakkan pada karya kedua ini.

Namun agak kecewa kerana karya kedua penulis ini bagaikan tidak tersentuh ke lubuk rasa. Tak tahu di mana silapnya sehingga membaca kisah Zarif-Laily bagaikan tiada rasa. Kosong. 

Terlalu banyak lirik lagu, juga terlalu banyak perkataan sweet juga plot yang kurang mantap. Malah sikap hero seperti Ahmad Zarif bukanlah calon yang mampu mendapat tempat di hati KakChik dengan sikapnya yang terlalu cemburu dan juga terlalu senang melukakan dan dengan mudah meminta maaf. Dia bukan lelaki yang mahu belajar dari kesilapannya yang pertama.

Malah terlalu banyak konflik selepas identiti Zarif terdedah juga menyebabkan hilangsweetnya kisah yang digarapkan ini.

Walaupun begitu kisah ini mungkin mampu meringan beban sangat kepala kita penuh dengan pelbagai masalah.

Buat penulis, jangan berputus asa dan teruskan menulis kerana saya dapat rasakan sesuatu dari kisah Amru-Yasmin dahulu.

Luvs
-KakChik-

Jumaat, 8 November 2013

Sudah 4 tahun...

Sudah 4 tahun berlalu
Sentiasa rindu akan suaranya
Suara yang sering melaung azan
Suara yang melagukan bacaan Quran
Suara yang menegur dengan kesalahan dengan tegas
Suara yang membina kami menjadi insan

Sudah 4 tahun berlalu
Terlalu rindu gelak tawa
Terlalu rindu senyumnya
Terlalu rindu akan kasih sayangnya

Moga aman di taman syurga
Moga di sisi mukmin beriman
Moga sentiasa bahagia di alam sana
Moga doa kami tidak pernah putus buatmu ayahanda

Tenanglah di sana bersama permaisurimu
Tenanglah kalian dengan iringan doa kami
Tenanglah untuk selamanya
Moga kasih sayang kalian bersatu di jannah sana

8 Nov 2009 - 8 Nov 2013
Sudah 4 tahun berlalu
AlFatihah buat ayahanda tercinta
Haji Mustaffa bin Awang

Juga buat permaisurinya
Hajah Halimah binti Daud
19 hari pemergiannya

AlFatihah....:(

Isnin, 4 November 2013

Oktober: Yang memilukan.

Tiada rasa yang mampu terluah
Tiada kata yang mampu terucap
Tiada senyum yang mampu terukir
Hanya rembesan air mata yang mampu mengalir

Saat menerima berita sedih
Hilangnya bidadari hati kami
Tanpa sempat kami lawati
Untuk saat terakhirnya

Perginya membawa seluruh rasa
Perginya membawa separuh hati yang tertinggal
Perginya tiada galang ganti
Perginya meninggalkan kami untuk diinsafi

Moga bonda tercinta aman di alam sana
Kami redha kerana perancangan Yang Maha Esa
Sudah tentu yang terbaik perancangan
Yang akan sentiasa di ingatan

Oktober yang memilukan
Buat seluruh ahli keluarga kami
Perginya tidak kembali
Meninggalkan kami

Oktober yang memilukan
Tanggal 21
Saat dia pergi
Tidak akan kembali

Tenanglah di sana bonda tercinta
Moga bersama solihin
Aminnn..

Dalam kenangan kami
Hajjah Halimah binti Daud
23101947 - 21102013

Al-Fatihah

Isnin, 21 Oktober 2013

Ya Allah, lindungilah dia

Masih dlm perjalanan utk menemui bidadari hati kami

Ya Allah, lindungilah dia
Kuatkanlah dia
Berikanlah dia kesenangan dlm kesulitan ini
Ringankanlah beban kesakitannya
Sesungguhnya hanya kpdMu Ya Allah kami memohon

Ya Allah, lindungilah perjalanan kami ini

Sabtu, 5 Oktober 2013

Mak Ndak's Aimi: E Day Preparation...

Assalamualaikum semua...
Ya Allah, lamanya x jengah sini
Nasib baik x lupa kunci jer..

Sangat la sibuk dengan urusan dunia
Tambah-tambah lagi dengan majlis yang bakal berlangsung malam ni
Dan sudah tentu, di bahu tergalas tanggungjawab yang perlu dilunasi

Alhamdulillah
Dah selesai hal gubah menggubah
Nasib baik sikit jer bekasnya
Tapi walaupun sikit
Tetap kita yang x kreatif ni fenin juga...

Temanya pink-peach
Jadi ini la hasilnya
Yang belum selesai sepenuhnya
Gubahan sirih junjung dan kek cawan saja

Waktu rehat tengahari sat gi kena lari balik jap
Selagi x settle memang la x tenang je hati nih..

Luvs,
KakChik

Rabu, 18 September 2013

Bukan tak sayang....

Sejak akhir-akhir ni KakChik banyak berfikir dan memerhati. Dan perkataan kenapa terlalu sering mengganggu minda hingga kadang kala terbawa-bawa dalam tidur. Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Jawapannya mungkin begini bagi kita tapi mungkin ia akan jadi begitu pada orang lain. Kerana pemahaman dan pandangan setiap orang tu berlainan walaupun mereka kembar yang berkongsi karung di dalam rahim ibu mereka.

Setiap insan mestilah mahu yang terbaik dalam hidup mereka dan juga orang-orang yang mereka sayang. Tapi kadang kala kerana terlalu sayang, kita bagaikan terleka dan tidak prihatin terhadap sesuatu benda. Mungkin pada hemat kita perkara tersebut tidak penting buat masa kini tapi tidakkah kita terpikir perkara tersebut bekalan masa depan mereka. Memang ada yang berjaya walaupun tanpa sijil/diploma/ ijazah/ master hatta PhD sekalipun tapi berapa kerat sahaja. Malah boleh dihitung dengan jari pun.

KakChik cukup tidak bersetuju kalau segala kehendak anak dituruti sehingga menjadikan anak itu terlalu manja atau lebih tepat mengada-ngada. Tak dapat apa yang dihajati meraung bagaikan nak beritahu seluruh dunia. Malah segala tindak tanduk anak yang salah pun tidak mahu ditegur. Aduhaaiiiiiiiiiiiiiiiiii. Kita yang melihat pula rasa ringan saja mulut mahu berbunyi segala.

Isu persekolahan adalah sesuatu yang memang KakChik pandang berat. KaKChik tidak suka melihat anak-anak yang ponteng sekolah sewenangnya tanpa alasan yang kukuh. Dan lagi buat KakChik geleng kepala, segala perbuatan anak-anak itu bagaikan direstui mak ayah pula. Adakah mereka sudah terlebih harta untuk diwariskan kepada anak-anak sehingga ilmu itu sudah tiada dalam senarai utama mereka.

Adakah kerana terlalu sayang, maka segala kehendak mereka dituruti tanpa dibangkang baik buruknya? Pada KakChik bukan TAK SAYANG kalau sekali sekala kita 'mengangkat tangan dan suara' pada anak-anak untuk buat mereka sedar apa yang terbaik buat mereka. Jangan jadikan alasan mereka masih kecil dan tak tahu apa-apa sedangkan didikan dari kecil itulah bekalan mereka ke alam dewasa.

Kerana KakChik sedar mak sayanglah, paha kami adik-beradik perempuan selalu biru jika menyampuk ketika orang tua bercakap ketika alam kanak-kanak kami. Malah perkara tersebut akan menjadi gurau senda kami sekarang apabila berkumpul. Sebab cubitan halus & kecil maklah kami menjadi 'orang' pada masa sekarang. Jadi salahkah kadang kala permintaan anak-anak itu kita bangkang untuk kebaikan mereka?

Peringatan untuk diri sendiri juga.

Moga didikan arwah ayah dan mak akan sentiasa segar dalam ingat kami adik-beradik..Aminnnn. Alfatihah buat ayahanda tercinta..

Luvs,
KakChik

p/s: Masih dalam dilema untuk bercuti atau tidak? Hurmmmmm...

Ahad, 15 September 2013

Buku & Komentar 17: Terukir Cinta


Penulis: Anna Lee
Penerbit: Idea Kreatif Publication
ISBN 978-967-77925-2-8
Cetakan 1- Ogos 2013-09-15
Halaman: 615
Harga: RM24.00 / RM27.00
Terkeliru sama ada nak bagi 4 atau 3. Kesudahannya cuma berpuas hati dengan 3.5 bintang saja.

Wahhhhhhh, takut pula rasanya nak review karya ni sebab rata-rata rate yang diberi pembaca semuanya tinggi-tinggi belaka. Mungkin penilaian KakChik yang paling rendah kot. Ampun ya cik/puan penulis. KakChik menilai dari rasa sudut hati sendiri yang asyik nak demand aje sekarang ni.

Kisah ni perjalanan cinta suka duka Nadia Hussin-Ilham-Khalif-Maisara. Nadia yang sudah 30 tahun tu terlalu terdesak untuk berumahtangga apatah lagi selepas sepupunya Salina siap bertunang dengan juruterbang. Nadia makin tertekan dengan sikap Ilham yang selalu mengelat apabila berbincang perancangan untuk berumahtangga. Disebabkan kononnya nak jaga air muka dan menunjuk pada Salina, dia berbohong untuk bertunang dalam masa terdekat, sudahnya Ilham yang tertekan dengan paksaan Nadia telah buat keputusan untuk break upbuat sementara.

Sudahnya sebab desakan dan sikap terburu-buru Nadia tu dan sikap ego Ilham, hubungan selama 5 tahun tu terputus begitu saja. Ditambah lagi dengan kemunculan Maisara yang berjaga menggoda Ilham, lagi la buat Nadia naik hantu. Jadi untuk menunjukkan yang dia ni juga laku, Nadia main grab lelaki yang lalu di depan mata. Dah macam kisah dalam 
Dia… Random Guy la pula KakChik rasa. 

Pertemuan pertama, memang dia tercabar dengan sikap Imran dan pertemuan kedua sebab kegedikan Maisara yang terlalu nak mengenali teman lelakinya. Walaupun setiap pertemuan itu dengan orang yang sama tapi dengan perwatakan yang berbeza dengan Nadia tak perasan langsung. Sikap Nadia yang terlalu teruja dengan kehadiran Khalif ni juga didorong dengan sikap teman-teman baiknya, Hara dan Yatie. Mereka yang selama ini tidak begitu berkenan dengan Ilham, laju aje memaikan peranan untuk membantu Khalif-Nadia sebagai kekasih.

Khalif memang memainkan peranan kekasih yang hampir sempurna. Nadia pula yang selalu dilayan endah tidak endah oleh Ilham, memang terbuai sungguh. Sedang mereka menyulam bahagia tiba-tiba Ilham muncul untuk kembali kepada Nadia. Nadia ni memang tidak tetap pendirian, boleh dia teragak-agak dengan keputusan dia sama ada nak kembali kepada Ilham atau terus bahagia dengan Khalif yang romantik tu. Keadaan makin bercelaru disebabkan malam 'durjana' tu dan Nadia nekad tidak mahu lagi bersemuka dengan Khalif.

Kalau nak tahu kesudahan siapa pilihan Nadia, kena baca ye..:P

Permulaan kisah memang dah menarik hati tapi bila dah selusuri ke pertengahan jalan hingga ke akhirnya, ada sesuatu yang buat KakChik terkilan. KakChik rasa macam tak puas hati dengan watak utama dan juga sikapnya yang digambarkan terlalu cepat berprasangka buruk, tidak tetap pendirian dan juga tidak berani untuk bersemuka. Sudahnya dia sendiri yang hampir menolak bahagia yang sudah di depan mata.

Watak Khalif - pasti mendapat tempat di hati peminat yang suka hero romantik sebegini.

Luvs,
KakChik
-LiFe iS a LoNG JourNeY-

Sabtu, 14 September 2013

Zalim ke????????????

Entah kenapa
Sekarang ni selalu tidak tenang
Selalu berbelah bahagi dengan rasa hati

Terdengar ura-ura
Akan ada majlis di rumah orang tua En Azman
Tapi tiada yang memberitahu kepada kami secara sah
Jadinya, kami tertanya-tanya

Jadi, KakChik pun terbelah bahagi
Perlu ke mohon cuti segala
Perlu ke korbankan AL yang cuma tinggal cinonet jer tu
Tambah lagi seperti tiada yang mahu memberi kata putus

Sudahnya
KakChik berkata
"Jangan tanya pula kenapa saya bekerja nanti ye."
Pada hari yang diwar-warkan itu

Jadi,
Zalim ke???????

Luvs,
KakChik

p/s: Kalau ikut hati memang la nak buat tak peduli tapi bila diingat pada yang berumur, rasa x sampai hati...huhuhuhuhu.. Delima..:(

Rabu, 11 September 2013

Terapi....:)

Alhamdulillah
Dah sampai ke tangan pagi tadi
Gigih panjat ofis admin pagi tadi
Sebab nak dapatkan jugak 'mereka' ni

Ramai jugak kekawan yang komplin
Kenapa u selalu beli buku JS?
Eh, suka kita la kan..
Memasing ada selera sendiri
KakChik pun x komplin dorang beli buku apa

KakChik ada sebab sendiri kenapa pilih JS
Yang pasti selera dan pandangan setiap orang tu berbeza
Jadi, hormat je kalau nak hidup aman damai...

Buku semua ini dah jadi satu terapi sebenarnya
Kalau stress ke hapernya
Pilih, belek & baca buku boleh buat KakChik tenang semula
Kadang tu sampai tersengih sendiri.

Jadi, just enjoy with our favorites
Tak payah nak pening kepala segala

Mana satu nak baca dulu,eh?


Luvs,
KakChik

Buku & Komentar 16: Inche' Jamil Menantu Mithali

Penulis: Norisah A. Bakar
Penerbit: JS Adiwarna Publications & Distributors
ISBN 978-967-020-179-5
Halaman: 508
Harga: RM 24.00 / RM 27.00
Cetakan : Julai 2013

Komentar KakChik:

Yeahhhhhh, berjaya juga mengekalkan semangat yang diseru itu. Walaupun ambil masa 3-4 hari nak khatamkan Inche' Jamil ni.

KakChik suka semuanya, jalan ceritanya yang tidak banyak selekoh, bahasa yang lembut dan santai, watak-wataknya yang mempunyai karektor tersendiri. Olahan plotnya juga KakChik sangat suka sebab terselit plot yang 'diingat balik'.

Kisah kekeluargaan yang padat dengan rasa hati dan perasaan yang terpendam dalam hubungan keluarga Nahusa dan juga Jamil. Nasuha yang sulung dalam keluarga Karim-Hashimah tapi dialah kakak pemalas yang digelar oleh Muna. Nasuha yang tidak pandai membuat kerja rumah dan memasak. Nasuha yang selali mengelat untuk menolong emak di rumah, sudahlah rupa tidak cantik, berat tulang pula dia ni! Hanya tahu nak berlingkar atas katil saja setiap kali balik kerja. Muna yang adik itu pula yang tahu serba serbi. Sebab itu Muna yang muda sudah siap dipinang oleh Aziz, anak jiran satu blok dengan keluarga Nasuha.

Adat orang timur agaknya, yang suka mengambil tahu, Nasuha jadi rimas apabila selalu dijadikan mangsa untuk dikenalkan dengan lelaki yang mencari calon suri. Tapi kadangkala ada juga yang buat Nasuha berangin sebab orang yang dikenalkan dengan dia tu sudah beranak pinak.

Sudahnya perkenalan dengan Jamil, yang endah tidak endah itu juga yang menambat hati Nasuha. Walaupun cabaran untuk membina rumahtangga itu banyak juga renyah yang dibuat Jamil. Jamil yang masih tidak bersedia untuk membina keluarga kerana masih terus berbakti kepada ibunya. Tapi sebab Nasuha yang berkeras juga untuk berkahwin dengannya, terpaksalah dia terima dengan rela. Haissshhhhh, terbalik betul kisah Jamil ni.

Perjalanan rumahtangga mereka yang seterusnya mengalami pelbagai kisah. Namun yang pasti ia sudah mampu mengubah Nasuha yang lurus bendul dan serba tidak tahu kepada yang lebih baik. Nasuha yang selalu bagaikan tidak bersyukur itu kepada yang lebih positif.

Yang paling KakChik suka, watak Jamil itu sendiri. Terlalu jarang wataknya dijelmakan tetapi dia bagaikan mempunyai aura tersendiri untuk kita terus membelek helaian untuk tahu kisahnya. Jamil yang serbanya ambil mudah itu, tapi dalam pada itu ada satu karektor dia yang menjadi penyejuk hati mertua. Namun kadangkala membara juga dengan sikap Jamil ni yang serbanya dia ambil mudah. Hikhikhik..

Tak rugi pun beli dan baca naskhah penulis dari seberang ni. Terima kasih kak untuk satu santapan minda yang banyak pedomannya. :)

Luvs,
KakChik

Isnin, 9 September 2013

Jangan lupa memandang ke bawah

Panjang berjela tajuk post
Kuikuikui

Cuma 3 hari aje lagi akan ada audit nak datang buat audit lagi
Adoiiiiii, yang audit hari tu punya hal pun belum betulkan lagi
Dah la result audit yang lepas pun baru dapat minggu lepas
Makanya, kelam kelibut la nak betulkan mana yang patut
Makanya, stress lagi la mokcik nih

Yang nak kena betulkan tu
Bukan banyak mana pun
Tapi dah banyak sangat songeh & cekadaknya
Bukan dari orang luar pun
Tapi orang yang sepatutnya tahu
Boleh pula buat tak tahu
Apa???
Dia ingat kita yang kat bawah ni sesuka ke nak buat semua tu
Kan dah kata, semua tu perlu/wajib untuk dapatkan permit tu

Itulah yang susahnya
Kalau sudah berada di atas
Tidak mahu lagi memandang ke bawah

Jangan lupa rumput yang dipijak itu
Kadang kala ada juga manfaatnya
Dan ingatlah
Langit yang selalu didongak pandang itu
Kadang kala akan memuntah hujan-ribut-petir yang tidak terduga

Luvs,
KakChik

p/s: Peringatan untuk diri sendiri juga. Ya Allah, tenangkanlah hatiku ini.


Sabtu, 7 September 2013

Buku & Komentar 15: Pudina Cinta

Penulis: A. Darwisy
Penerbit: BukuPrima
ISBN 978-967-053-506-7
Cetakan 1: Februari 2013
Halaman: 539
Harga: RM22.90 / RM25.90

Komentar KakChik:

Adoiiiiiiiiiii, lama betul tak ketuk keyboard tulis resensi ni. Otak pun macam dah beku sikit. Nak susun ayat pun macam susah sangat nak fikir.

Jujurnya, karya ini mampu untuk tarik KakChik hingga ke halaman terakhir walaupun KakChik ada jugak main tipu belek dulu halaman belakang. Kikikiki

Nama Rabunah tu nampak sedikit unik, nama sebenarnya Rabbuna Yusahhil. Mahu terbelit jugak lidah nak menyebutnya. Tapi nama penuh dia hanya digunapakai oleh Ally Qzulkarnain saja. Keluarga Rabunah lebih senang guna nama pendek, Una.

Anak bongsu dua beradik ni berperwatakan kasar yang selamba tapi punyai hati yang lembut dan sensitif. Dia yang masih di universiti, bekerja sambilan di kedai serbaneka. Di sinilah bermula kisah ini. Kisah persahabatan, kekeluargaan dan juga asam garam perjalanan hidup insan bernama manusia. 

Karya ini mempunyai nilai teladan yang terpendam tinggi jika dikupas dan diselidiki dengan mendalam. Yang KakChik pelajari, apa yang kita buat pasti mendapat pembalasannya. Sama ada cepat atau lambat, sama ada secara langsung dari Tuhan atau dihantar melalui perantara. Dan segala tingkah laku atau perangai ibu bapa itu sedikit sebanyak akan memperanguhi perkembangan dan perilaku anak-anak seperti yang terjadi kepada Puan Sabrina dan Farihna. 

Sebagai manusia memang kita kadangkala terlupa, lalai dan melakukan kesilapan tapi ingatlah pintu taubat Allah sentiasa terbuka buat hamba-Nya.

Walaupun terdapat serba sedikit maklumat yang sedikit bercanggah namun tidak rugi untuk membaca karya ini.

Jumaat, 6 September 2013

Ya Allah, tetapkanlah hatinya

Alhamdulillah
Bersyukur sangat kepada-Mu Ya Allah

Pagi tadi yang mendung
Bagaikan memberi seribu rahmat
Berlalu dengan tenang & damai

Cik Aimi yang selalu memberi senyuman
Pagi tadi pertama kali sembahyang subuh
Walaupun bersendirian
Walaupun cuma satu rakaat
Insya Allah inilah permulaanya

Moga Allah terus tetapkan hatinya
Untuk  terus sujud..

Yang sentiasa menjadi penyejuk hati ibu.

Luvs,
KakChik..

p/s: Huhuhuhu, tetiba tak tau macam mana nak betulkan position pic ni...


Khamis, 5 September 2013

Alhamdulillah, rezeki 29 Syawal

Rezeki Allah SWT tu dalam pelbagai bentuk
Sama ada wang ringgit, kebahagian, ketenangan atau pun harta benda

KakChik pun tak sangka
Murah rezeki hari ni
Tiba-tiba dapat shawl merah yang cantik
Hadiah dari pelatih UMT yang buat Latihan Industri di sini

Terima kasih banyak-banyak, Izzati
Moga murah rezeki Izzati
Dan all the best in your future

Shawl yang cantik & lembut dr Izzati

Izzati, gadis yang bertudung merah di sebelah kiri KakChik

Luvs,
KakChik

p/s: Sudah 3 hari peristiwa itu berlaku, kenapa masih terngiang-ngiang di telinga ini. Ya Allah, berilah ketenangan kepada hamba-Mu ini. Amin

Rabu, 4 September 2013

Sampai sudah...

Alhamdulillah
Pagi tadi buku-buku yang diorder dr MPHonline dah selamat sampat ke tangan.

KakChik order pada 31 Ogos lepas
2 Sept dipos
Petang semalam sampai kat ofis
Tapi sebab semalam off
Jadinya, hari ni baru terima..


Jeng...jeng..jeng...
Ini 5 buah yang dibeli ketika promosi merdeka dr MPHonline.


Yeaaahaaaa....
Harus kental semangat untuk membaca ye..

Luvs,
KakChik

Tak romantik ke?

Sejak awal bulan lepas
KakChik sibuk sikit pagi-pagi
Sebab ada 10 anak nak kena bagi minum pagi-pagi buta tu..

Eh, bukan anak orang
Tapi anak pokok..hihihihi

Entah apa mimpi En Azman
Awal bulan lepas rajin je dia beli 5 pasu pokok bunga
Tambah lagi 5  pasu orkid Kachik tu
Jadi pagi-pagi haruslah menyiram dulu sebelum ke tempat kerja

Selama ni dok kata En Azman tak romatik bagai
Sebabnya dia x pernah nak belikan bunga kat KakChik
Kalau KakChik minta pun
Mesti dia jawab, baik duit beli bunga tu beli makanan
Beli bunga tu, nanti layu jugak

Sudahnya kita diam je la
Dah itu yang kita pilih, kan.
Terima je la walaupun kadang kala kecik je hati I  nih

Tapi, alih-alih..
Tiba-tiba dia beli bunga hidup pula
Bunga hidup pun, bunga hidup la
Dah orang beli, kita terima dengan reda..
Jadi harus la menyiram setiap pagi petang..huhuhuhu







Yeahhhhh...KakChik dah ada pembantu cilik.
Cik Aimi sekarang rajin tolong siram bunga ibu...
Terima kasih...

Adoiiiii, sekali ulat ni menyerang 2 pasu bunga kami.
Tapi harus la En Azman yang kena uruskan sebab
KakChik geli...kihkihkih


Luvs,
KakChik


Masih di sini!

Alhamdulillah
Rezeki KakChik masih di sini
Masih rasa diperlukan
Masih mesti terus memberi
Masih harus meningkatkan usaha
Masih perlu diingatkan
Ini adalah amanah

Harapnya
Dengan segala perubahan ini
Memberi segala kebaikan dan manfaat
Harus tingkatkan semangat
Mesti pacukan segala usaha
Untuk yang terbaik

Terima kasih Ya Allah
Atas limpahan rezeki-Mu
Aminnnnn....

P/S: Tempat yang lama tapi dengan tangggungjawab lama + baru. Kesimpulannya, kira harus senyummmmmmmmmmmmmmmmmm...:)

Khamis, 29 Ogos 2013

Beraya di sekolah....

Khamis lepas....
ye, kisah khamis lepas

baru nak berkisah hari ni.
Dah seminggu dah pun..
Eh, kisah apa kan..
Nak berkisah juga..

Khamis lepas Cik Aimi ke sekolah berbaju raya
Pakai peplum purple tu la...
Itu aje pun baju raya yang dia ada..
Yang lain semua dress

Walaupun bangun bagi tu ngamuk bagai
Sebab ibu terlupa pesan
Pagi tu kena pakai baju raya
Jadi dia nanges nak pakai baju hijau sekolah dia tu..
Oittsss, apa yang skema sangat nih...

Tapi lepas pujuk kata cantik
Baru la okey..
Tudung tu, malamnya ibu jahit reben
Buat tali kat belakang
Tudung syria tapi dia tak mau tarik ke belakang
Juga x mau pakai anak tudung
Jadi, gitu la gayanya ke sekolah khamis lepas..

Doa ibu tidak pernah putus & berhenti
Moga cinta hati ibu ayah menjadi anak solehah dunia akhirat.
Aminnnn....



Sempat ibu suruh possing sblm rempit ke sekolah



Rabu, 28 Ogos 2013

Ketamakan!

Lunch tadi..
Saje je nak cuba banana pie 
Tapi KakChik rasa kurang umhpppp laLebih suka rasa pai yg lama...




Ahad, 18 Ogos 2013

11 Syawal 1434H: Menanti!

Masih di sini...
Menanti...
Masih tidak pasti...
Bila akan diberi...

Luvs,
KakChik

Sabtu, 10 Ogos 2013

10 -14 Ramadhan 1434H: Balik kampung ! Part 2

Haishhhhhhhhhhhh....
Orang dah beraya dah pun, KakChik baru nak citer pasal balik kampung bulan puasa hari tu.
Ehhhhh, ikut suka kita la nak berkisah apa pun, kan. Dah blog kita (ni ayat nak kena baling telur ke haper nih?).

Sebenarnya baru ada masa senggang sikit. Dok belek-belek phone baru perasan ada entry yang balik kampung nak taip lagi. Jari-jemari yang x berapa runcing ni pun rajin je nak bergerak. Jadi KakChik pun tulis la entry ni.

Kami bertolak balik kampung naik feri pukul 6.30pm dari Jeti Kuah, sampai Jeti K. Perlis cun-cun azan maghrib. Berbuka je dulu dengan air masak dan berhenti makan nasi bungkus kat Petronas K.Perlis. Makan dalam kereta jer. I tak kesah dah, semangat nak balik kg tu lebih membara gayanya. Cik Aimi pi pulun makan keropok udang habis satu bungkus besar masa kami stop kat situ. Tapi bila kami dah gerak, belum pun keluar dari Simpang Empat, dia dah berbunyi nak makan ayam goreng dia yang dibeli di KFC KP tu. Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, anak, anak. Buat semangat ibu makin 'membara' aje. Sudahnya En Azman parking  kereta tepi sungai di Simpang Empat tu. Berkelah Cik Aimi di bangku tepi sungai tu. Makan x ingat dunia sampai habis 2 ketul ayam goreng tu. Sementara tu En Azman p beli burger & air nescafe buat bekal sebab dah malas nak berhenti banyak kali nanti.

Kami gerak dari Simpang Empat dah pukul 9 lebih. Terus jer jalan ikut Tol Sungai Petani terus ke Grik. Berhenti kejap di hentian sebelum naik Grik sebab En Azman nak rest. Ada la dlm sejam lebih kami berhenti kat situ. En Azman sempat beli durian RM10 selonggok, ada 7 biji okeh. Isi pun cantik. KakChik pun turun gak beli buah dokong kat pakcik & makcik tu, RM5 sekilo. Pakcik tu cakap buah-buah dari dusun dorang sendiri. Gigih mereka cari rezeki sampai awal pagi, kan.

Lepas tu terus gerak naik Grik dekat pkl 2. En Azman biasanya suka drive malam sebab x banyak kereta tapi jalan ni tahan je la dengan lori dan bas. Dah itu aje jalan nak Pantai Timur dari utara ni. Tapi malam tu alhamdulillah jalan tiada masalah dan kenderaan pun tak banyak. Tapi roadblock tu banyak gak ar. 4 sekatan sepanjang Grik - Jertih. Perggggg, rajin abang polis bertugas bulan puasa nih. Kena tahan kat first sekatan sebab ada masalah dengan no plat, saiz x penuhi piawaian katanya. Nasib la x dapat surat chenta, bagitau tu kereta sewa. Cuma kena ambil nama kot sebagai rujukan ke haper x tau la.

Then lepas tu terus gerak dan alhamdulillah selamat sampai depan rumah kuning tepat jam 4 pagi. Cik Aimi terus bangun dengan cergas jer bila sampai rumah kuning. Keliling semua bilik, kejut semua orang, muhahahaha. Dia siap pergi peluk cium mok dan su nor yang tengah mamai tuh. Terus masak untuk sahur, bersahur, solat subuh dan terus zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

Hurmmmmmmmmmmmm, rasa malas la pulak nak taip panjang-panjang. Tengok gambar jer lah ye..

Bonda tercinta & SuNor Cik Aimi
Muka ceria jam 4 pg, yeahhhh dah sampai
rumah kuning...
Gigih, jam 8.30 pg dah ready nak rempit ke
Pasar Tani Kuala Besut...


Sengih jerrrr, impian tercapai kononnya nak buat kek dgn
SuNor,,makannye idok pun..haishhhhh
Susah ya amat nak cari baju dia, last ibu rembat
jer peplum ni..utk budak umur 11 thn...adoyaii.
Nasib baik ada tukang oter...abaikan muncung
ibu yang panjang sedepa tuh, 2 hari cari baju
dia okehhhhh...
Ikut p balesoh.
Sengih jer memanjang Cik Aimi kat rumah kuning
Posing lagiiiiiiiiiiiiiiii...
Dan lagiiiiiiiiiiii, bekal air mineral Cik Aimi.

Luvs,
KakChik

p/s: Caption nanti taip lain eh..muahahahha

Jumaat, 9 Ogos 2013

Eid 2013: 1 Syawal 1434H Part 3

Wahhhhhhhhhhhh, lagi entry pasal raya
Lepas ni x de dah sebab dah tak de pic
Huhuhuhuhu

Oleh kerana ramai je yang turn kerja tahun ni
Jadi, kami bawa potluck pagi raya
Sesama kongsi rezeki pagi raya gayanya
Disamping nak hibur hati yang jauh dari famili

Jommmmm..............
Layan pic anak perantauan beraya (kononnnnnnye)

Semua kontrol muka sedih, kihkihkihkih
Relax rrrrr, next year turn kita pulak balik raya..muahahahah


Time makan jer, dah x heran raya ke idok...

Tannnnn, u nampak excited giler tuh....kikikiki
Makan pun nak posing jugak...
Kuih raya gayanye..
Ada rendang ayam+daging, gulai ayam, tapai,
nasi impit & ketupat palas..
Muka sayu jer...hukhukhuk

Eid Mubarak
Taqabbalallahu minna  wa minkum.

Luvs,
KakChik

p/s: Caption pic tu kalau rajin KakChik tulis ye..kalau idok, sorry ye..hihihihi