Pengikut

Ahad, 15 September 2013

Buku & Komentar 17: Terukir Cinta


Penulis: Anna Lee
Penerbit: Idea Kreatif Publication
ISBN 978-967-77925-2-8
Cetakan 1- Ogos 2013-09-15
Halaman: 615
Harga: RM24.00 / RM27.00
Terkeliru sama ada nak bagi 4 atau 3. Kesudahannya cuma berpuas hati dengan 3.5 bintang saja.

Wahhhhhhh, takut pula rasanya nak review karya ni sebab rata-rata rate yang diberi pembaca semuanya tinggi-tinggi belaka. Mungkin penilaian KakChik yang paling rendah kot. Ampun ya cik/puan penulis. KakChik menilai dari rasa sudut hati sendiri yang asyik nak demand aje sekarang ni.

Kisah ni perjalanan cinta suka duka Nadia Hussin-Ilham-Khalif-Maisara. Nadia yang sudah 30 tahun tu terlalu terdesak untuk berumahtangga apatah lagi selepas sepupunya Salina siap bertunang dengan juruterbang. Nadia makin tertekan dengan sikap Ilham yang selalu mengelat apabila berbincang perancangan untuk berumahtangga. Disebabkan kononnya nak jaga air muka dan menunjuk pada Salina, dia berbohong untuk bertunang dalam masa terdekat, sudahnya Ilham yang tertekan dengan paksaan Nadia telah buat keputusan untuk break upbuat sementara.

Sudahnya sebab desakan dan sikap terburu-buru Nadia tu dan sikap ego Ilham, hubungan selama 5 tahun tu terputus begitu saja. Ditambah lagi dengan kemunculan Maisara yang berjaga menggoda Ilham, lagi la buat Nadia naik hantu. Jadi untuk menunjukkan yang dia ni juga laku, Nadia main grab lelaki yang lalu di depan mata. Dah macam kisah dalam 
Dia… Random Guy la pula KakChik rasa. 

Pertemuan pertama, memang dia tercabar dengan sikap Imran dan pertemuan kedua sebab kegedikan Maisara yang terlalu nak mengenali teman lelakinya. Walaupun setiap pertemuan itu dengan orang yang sama tapi dengan perwatakan yang berbeza dengan Nadia tak perasan langsung. Sikap Nadia yang terlalu teruja dengan kehadiran Khalif ni juga didorong dengan sikap teman-teman baiknya, Hara dan Yatie. Mereka yang selama ini tidak begitu berkenan dengan Ilham, laju aje memaikan peranan untuk membantu Khalif-Nadia sebagai kekasih.

Khalif memang memainkan peranan kekasih yang hampir sempurna. Nadia pula yang selalu dilayan endah tidak endah oleh Ilham, memang terbuai sungguh. Sedang mereka menyulam bahagia tiba-tiba Ilham muncul untuk kembali kepada Nadia. Nadia ni memang tidak tetap pendirian, boleh dia teragak-agak dengan keputusan dia sama ada nak kembali kepada Ilham atau terus bahagia dengan Khalif yang romantik tu. Keadaan makin bercelaru disebabkan malam 'durjana' tu dan Nadia nekad tidak mahu lagi bersemuka dengan Khalif.

Kalau nak tahu kesudahan siapa pilihan Nadia, kena baca ye..:P

Permulaan kisah memang dah menarik hati tapi bila dah selusuri ke pertengahan jalan hingga ke akhirnya, ada sesuatu yang buat KakChik terkilan. KakChik rasa macam tak puas hati dengan watak utama dan juga sikapnya yang digambarkan terlalu cepat berprasangka buruk, tidak tetap pendirian dan juga tidak berani untuk bersemuka. Sudahnya dia sendiri yang hampir menolak bahagia yang sudah di depan mata.

Watak Khalif - pasti mendapat tempat di hati peminat yang suka hero romantik sebegini.

Luvs,
KakChik
-LiFe iS a LoNG JourNeY-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan