Pengikut

Sabtu, 7 September 2013

Buku & Komentar 15: Pudina Cinta

Penulis: A. Darwisy
Penerbit: BukuPrima
ISBN 978-967-053-506-7
Cetakan 1: Februari 2013
Halaman: 539
Harga: RM22.90 / RM25.90

Komentar KakChik:

Adoiiiiiiiiiii, lama betul tak ketuk keyboard tulis resensi ni. Otak pun macam dah beku sikit. Nak susun ayat pun macam susah sangat nak fikir.

Jujurnya, karya ini mampu untuk tarik KakChik hingga ke halaman terakhir walaupun KakChik ada jugak main tipu belek dulu halaman belakang. Kikikiki

Nama Rabunah tu nampak sedikit unik, nama sebenarnya Rabbuna Yusahhil. Mahu terbelit jugak lidah nak menyebutnya. Tapi nama penuh dia hanya digunapakai oleh Ally Qzulkarnain saja. Keluarga Rabunah lebih senang guna nama pendek, Una.

Anak bongsu dua beradik ni berperwatakan kasar yang selamba tapi punyai hati yang lembut dan sensitif. Dia yang masih di universiti, bekerja sambilan di kedai serbaneka. Di sinilah bermula kisah ini. Kisah persahabatan, kekeluargaan dan juga asam garam perjalanan hidup insan bernama manusia. 

Karya ini mempunyai nilai teladan yang terpendam tinggi jika dikupas dan diselidiki dengan mendalam. Yang KakChik pelajari, apa yang kita buat pasti mendapat pembalasannya. Sama ada cepat atau lambat, sama ada secara langsung dari Tuhan atau dihantar melalui perantara. Dan segala tingkah laku atau perangai ibu bapa itu sedikit sebanyak akan memperanguhi perkembangan dan perilaku anak-anak seperti yang terjadi kepada Puan Sabrina dan Farihna. 

Sebagai manusia memang kita kadangkala terlupa, lalai dan melakukan kesilapan tapi ingatlah pintu taubat Allah sentiasa terbuka buat hamba-Nya.

Walaupun terdapat serba sedikit maklumat yang sedikit bercanggah namun tidak rugi untuk membaca karya ini.

Tiada ulasan:

Catat Komen