Pengikut

Rabu, 18 September 2013

Bukan tak sayang....

Sejak akhir-akhir ni KakChik banyak berfikir dan memerhati. Dan perkataan kenapa terlalu sering mengganggu minda hingga kadang kala terbawa-bawa dalam tidur. Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Jawapannya mungkin begini bagi kita tapi mungkin ia akan jadi begitu pada orang lain. Kerana pemahaman dan pandangan setiap orang tu berlainan walaupun mereka kembar yang berkongsi karung di dalam rahim ibu mereka.

Setiap insan mestilah mahu yang terbaik dalam hidup mereka dan juga orang-orang yang mereka sayang. Tapi kadang kala kerana terlalu sayang, kita bagaikan terleka dan tidak prihatin terhadap sesuatu benda. Mungkin pada hemat kita perkara tersebut tidak penting buat masa kini tapi tidakkah kita terpikir perkara tersebut bekalan masa depan mereka. Memang ada yang berjaya walaupun tanpa sijil/diploma/ ijazah/ master hatta PhD sekalipun tapi berapa kerat sahaja. Malah boleh dihitung dengan jari pun.

KakChik cukup tidak bersetuju kalau segala kehendak anak dituruti sehingga menjadikan anak itu terlalu manja atau lebih tepat mengada-ngada. Tak dapat apa yang dihajati meraung bagaikan nak beritahu seluruh dunia. Malah segala tindak tanduk anak yang salah pun tidak mahu ditegur. Aduhaaiiiiiiiiiiiiiiiiii. Kita yang melihat pula rasa ringan saja mulut mahu berbunyi segala.

Isu persekolahan adalah sesuatu yang memang KakChik pandang berat. KaKChik tidak suka melihat anak-anak yang ponteng sekolah sewenangnya tanpa alasan yang kukuh. Dan lagi buat KakChik geleng kepala, segala perbuatan anak-anak itu bagaikan direstui mak ayah pula. Adakah mereka sudah terlebih harta untuk diwariskan kepada anak-anak sehingga ilmu itu sudah tiada dalam senarai utama mereka.

Adakah kerana terlalu sayang, maka segala kehendak mereka dituruti tanpa dibangkang baik buruknya? Pada KakChik bukan TAK SAYANG kalau sekali sekala kita 'mengangkat tangan dan suara' pada anak-anak untuk buat mereka sedar apa yang terbaik buat mereka. Jangan jadikan alasan mereka masih kecil dan tak tahu apa-apa sedangkan didikan dari kecil itulah bekalan mereka ke alam dewasa.

Kerana KakChik sedar mak sayanglah, paha kami adik-beradik perempuan selalu biru jika menyampuk ketika orang tua bercakap ketika alam kanak-kanak kami. Malah perkara tersebut akan menjadi gurau senda kami sekarang apabila berkumpul. Sebab cubitan halus & kecil maklah kami menjadi 'orang' pada masa sekarang. Jadi salahkah kadang kala permintaan anak-anak itu kita bangkang untuk kebaikan mereka?

Peringatan untuk diri sendiri juga.

Moga didikan arwah ayah dan mak akan sentiasa segar dalam ingat kami adik-beradik..Aminnnn. Alfatihah buat ayahanda tercinta..

Luvs,
KakChik

p/s: Masih dalam dilema untuk bercuti atau tidak? Hurmmmmm...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan