Pengikut

Rabu, 11 September 2013

Buku & Komentar 16: Inche' Jamil Menantu Mithali

Penulis: Norisah A. Bakar
Penerbit: JS Adiwarna Publications & Distributors
ISBN 978-967-020-179-5
Halaman: 508
Harga: RM 24.00 / RM 27.00
Cetakan : Julai 2013

Komentar KakChik:

Yeahhhhhh, berjaya juga mengekalkan semangat yang diseru itu. Walaupun ambil masa 3-4 hari nak khatamkan Inche' Jamil ni.

KakChik suka semuanya, jalan ceritanya yang tidak banyak selekoh, bahasa yang lembut dan santai, watak-wataknya yang mempunyai karektor tersendiri. Olahan plotnya juga KakChik sangat suka sebab terselit plot yang 'diingat balik'.

Kisah kekeluargaan yang padat dengan rasa hati dan perasaan yang terpendam dalam hubungan keluarga Nahusa dan juga Jamil. Nasuha yang sulung dalam keluarga Karim-Hashimah tapi dialah kakak pemalas yang digelar oleh Muna. Nasuha yang tidak pandai membuat kerja rumah dan memasak. Nasuha yang selali mengelat untuk menolong emak di rumah, sudahlah rupa tidak cantik, berat tulang pula dia ni! Hanya tahu nak berlingkar atas katil saja setiap kali balik kerja. Muna yang adik itu pula yang tahu serba serbi. Sebab itu Muna yang muda sudah siap dipinang oleh Aziz, anak jiran satu blok dengan keluarga Nasuha.

Adat orang timur agaknya, yang suka mengambil tahu, Nasuha jadi rimas apabila selalu dijadikan mangsa untuk dikenalkan dengan lelaki yang mencari calon suri. Tapi kadangkala ada juga yang buat Nasuha berangin sebab orang yang dikenalkan dengan dia tu sudah beranak pinak.

Sudahnya perkenalan dengan Jamil, yang endah tidak endah itu juga yang menambat hati Nasuha. Walaupun cabaran untuk membina rumahtangga itu banyak juga renyah yang dibuat Jamil. Jamil yang masih tidak bersedia untuk membina keluarga kerana masih terus berbakti kepada ibunya. Tapi sebab Nasuha yang berkeras juga untuk berkahwin dengannya, terpaksalah dia terima dengan rela. Haissshhhhh, terbalik betul kisah Jamil ni.

Perjalanan rumahtangga mereka yang seterusnya mengalami pelbagai kisah. Namun yang pasti ia sudah mampu mengubah Nasuha yang lurus bendul dan serba tidak tahu kepada yang lebih baik. Nasuha yang selalu bagaikan tidak bersyukur itu kepada yang lebih positif.

Yang paling KakChik suka, watak Jamil itu sendiri. Terlalu jarang wataknya dijelmakan tetapi dia bagaikan mempunyai aura tersendiri untuk kita terus membelek helaian untuk tahu kisahnya. Jamil yang serbanya ambil mudah itu, tapi dalam pada itu ada satu karektor dia yang menjadi penyejuk hati mertua. Namun kadangkala membara juga dengan sikap Jamil ni yang serbanya dia ambil mudah. Hikhikhik..

Tak rugi pun beli dan baca naskhah penulis dari seberang ni. Terima kasih kak untuk satu santapan minda yang banyak pedomannya. :)

Luvs,
KakChik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan