Pengikut

Jumaat, 13 Disember 2013

Rumah Kuning!

Lama sungguh tak meluah rasa di sini. Kadang kala hambatan/tanggungjawab kerja memang buat kita lelah sehingga apabila sudah sampai di rumah waktu petang sudah flat tiada tenaga langsung. Apatah lagi kalau kerjanya tidak juga selesai, sudah berbulan-bulan lamanya. Sungguh penat!

Rinduuuuuuuuuuuuuu sangat pada kedua orang tua yang sudah pergi. Al-Fatihah buat bonda & ayahanda, moga aman & tenang di sana. Apatah dengan tekanan kerja yang rasa sudah tidak tertanggung, tiada tempat lagi untuk meluah rasa. Kalau sebelum ini, jika terlalu stress, dail no mok, dengar suaranya sudah mampu meringankan segala beban. Ya, kami sudah hilang salah satu doa paling makbul iaitu doa dari seorang ibu. Makanya sekarang, giliran kami untuk terus berbakti moga kedua tenang di sana.

Memang rindu sangat-sangat pada suasana rumah kuning. Tambah lagi Cik Aimi yang selalu mengajak balik ke rumah kuning. Mungkin hubungan Cik Aimi dengan rumah kuning agak kuat, maklum la dia kan lahir di tanah air Besut dan bertapa di rumah kuning sehingga umur 52 hari sebelum ayah membawa kami pulang ke pulau. Jadi ingatan Cik Aimi terhadap rumah kuning sungguh kuat, walaupun berkali sudah diberitahu. Mok sudah tiada di rumah kuning tetapi dia tetap ingat akannya. Cik Aimi sudah memahami bahawa mok sudah tiada, dia sudah mengerti kerana dia melihat dan memerhati setiap yang berlaku pada saat terakhir mok di rumah kuning.

Berkali-kali dia mencium dahi mok buat kali terakhir dan usapan perlahan tangan kecilnya di wajah mok sebelum wajah itu ditutup kain putih memang meninggalkan rasa yang mendalam dalam hati ini. Ia, dia sudah mengerti. Namun ajakan untuk pulan ke rumah kuning tidak pernah putus. Setiap kali bertelefon dengan mokteh pasti ayat mahu balik ke rumah kuning itu menjadi ayat wajib buatnya.

Walaupun sudah tiada kedua orang tua, namun ingat tetap kuat. Apatah lagi AyahChik Aimi yang tinggal sendiri. KakChik tidak pernah sanggup untuk menelefonnya, kerana bimbang tidak mampu mengawal rasa. Ya, dia anak yang bertuah kerana sehingga akhir hayat mok dan ayah, dia tetap di samping mereka. Betapa aturan Allah SWT itu sungguh cantik, dia lapangkan seorang anak mok ayah untuk terus mendiami rumah kuning bersama mok ayah supaya ada anak yang berada di samping mereka ketika susah. Alhamdulillah...

Moga AyahChik akan bertemu jodoh yang solehah seperti impiannya. Dan KakChik akan rasa amat tenang nanti.

Rumah kuning tetap dalam ingatan. Moga dapat pulang ke rumah kuning dalam masa terdekat. RINDU.

Luvs,
KakChik

Tiada ulasan:

Catat Komen