Pengikut

Sabtu, 4 Januari 2014

Hari ke 4, 2014

Assalamualaikum..moga tenang-tenang sahaja.

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk terus menghirup udara di bumi ini. Cepatnya masa berlalu! Sudah 4 hari di tahun 2014.

Ya, sudah 4 hari juga tahun 2013 melabuhkan tirai. 2013 yang penuh dengan kisah suka duka dan cabaran. 2013 yang mengukir kisah sedih buat kami sekeluarga. Perginya bonda tercinta.

Namun 2013 masih tetap meninggalkan kenangan yang manis. Memori yang pasti akan dikenang. Perginya kedua orang tua juga, pasti meninggalkan kesan yang bukan sedikit buat kami. Moga terselit hikmah buat kami semua. 

Kita juga tidak tahu, apakah masih panjang buat kita di bumi ini? Ini adalah sesuatu yang tidak tercapai oleh akal kita. Moga kita sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT.

Ya, hari ke 4 dalam tahun 2014M.

Luvs,
KakChik

2 ulasan:

  1. 2013 ada banyak kenangan juga buat saya *wink*
    Moga selamat semuanya ya kakchik untuk tahun baru ini :))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Airina,
      Harap Airina akan melakar memori yang lebih manis untuk 2014.

      Insya Allah, moga sinar bahagia dari Allah sentiasa mekar buat kita/

      Padam