Pengikut

Jumaat, 5 September 2014

Buku & Komentar 37: Tersuka Tanpa Sengaja

Penulis: Pena Kayu
ISBN 978-967-07180-8-8
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Halaman:
Harga: RM26.00 / RM29.00

Komentar: 

4.75 star..

Adrenalin tiba-tiba memacu laju kadar pembacaan..:P

Buku yang pertama dari penulis belum baca pun lagi. Jadi kena abaikan perbandingan sama ada lebih baik atau sebagainya.

Kisah picisan bak kata penulis tapi pada KakChik kisah Syed Arif-Farhah (SA-F) ini memang lain sikit dari yang lain. Walau pada dasarnya perkahwinan yang terjadi tu ala-ala kahwin paksa tapi secara suka rela je pun. Perkenalan yang sengaja juga memang buat kita sendiri aje. 

Latar belakang yang keduanya juga berbeza. Tapi kalau dinilai dari sudut kebendaan memang keluarga Farhah itu lebih dari keluarga si doktor yang over sweet ni (walaupun karektor itu jarang dipamerkan). Namun Farhah tertarik dengan harta kasih sayang yang melimpah ruah dalam keluarga Mak Cik Noraini ni. 

Tapi sebab nak elakkan gelaran gay, Farhah yang dipaksa untuk jadi pelakonnya. Namun drama yang digarap Dr Syed Arif, akhirnya makan diri sendiri. Tambah pulak kondisi Mak Cik Noraini yang sakit, buat Dr Syed Arif nekad melamar Farhah. Farhah pula dalam rela dan paksa terima dengan redha sebab nak elakkan dari berkahwin dengan lelaki pilihan ayahnya.

Lepas perkahwinan mereka, maka bertambahlah beban perasaan Farhah disebabkan kemunculan cinta pertama Dr Syed Arif ni. Kuat atau tidak Farhah dalam menangani dugaan ni, sila ye baca dan hadam sendiri.

Apa yang KakChik rasa dengan karya ini sehingga dapat hampir penuh bintang:

1. Sebab karya ni berupaya memacu adrenalin KakChik untuk membaca selepas hampir 2 bulan macam siput sedut jer ni.

2. Jalan cerita yang pada KakChik nampak biasa tapi ada sesuatu yang mahu disampaika oleh penulis. Walaupun kadang kala nampak la ada sedikit klise,kan tapiii....iya masih boleh diterima la. 

3. Ego seorang ayah/lelaki yang tidak dapat terima takdir sehingga dia menjatuhkan hukuman pada darah daging sendiri. Watak Dato' Ahmad Alias ni memang buat KakChik rasa grrrrr saja.

4. Suka watak Farhah yang kuat pada dasarnya tapiiiiiiiiiiiii, kenapa lepas kahwin dengan SA, dia boleh jadi wanita yang cengeng. Itu yang buat KakChik tiba-tiba blur.

5. Sudah tentu watak Dr Syed Arif yang ala-ala Prince Charming itu. Karektor dia memang nampak best sebabnya perkahwinan itu walaupun tanpa cinta, tapi dah tetap & nekad itu yang pertama dan terakhir. Jadi dia berusaha untuk yang terbaik walaupun rasa nak lepuk kepala dia sebab boleh dia berahsia tentang Katrina sehingga Farhah jadi mangsa Si Kat gedik tu.

Kenapa KakChik tak cukup bintang penuh? Sebab kadang kala macam ada sedikit typo dan rasa rugi pula penulis nak kembangkan lagi kerjaya Dr Syed Arif sebagai doktor dan Farhah sebagai penulis tu.

Picagari vs berus cat. Nampak comel,kan?..:P

LiFe iS aLoNG JouRNeY
-KakChik-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan