Pengikut

Khamis, 5 Jun 2014

Buku & Komentar 32 : Ustaz Azhar Idrus LIVE

Penulis: Ustaz Azhar Idrus
Kartunis: Athool
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd
Halaman: 88
Harga: RM15.00
Cetakan 1 - Feb 2013

3.8 star

Resensi penuh: 5.6.2014

Pertama kali sebenarnya baca buku islamik bercirikan komik ni. Dan alhamdulillah tak menghampakan. 
Terima kasih pada penerbitan Telaga Biru untuk penghasilan buku komik islamik ni. 

Karektor dan lakaran komik yang agak menarik. Dan tentunya telah menarik minat Cik Aimi untuk 'berebut' buku ini ketika KakChik membacanya. Cik Aimi siap buat dialog sendiri lagi. Hentam aje la Aimi oiiii, asalkan dia sudah ada minat untuk membaca buku. Satu permulaan yang sungguh mengujakan KakChik. Lepas ni memang kena cari lagi buku komik islamik ni.

Opppssss, seperti ceramah live UAI memang penuh dengan lawak, humor dan berhekmah jawapan yang diberikan bagi setiap persoalan yang diutarakan. Yang pedas memang tepat ke muka sendiri pun bukan sedikit. Pedih tapi kena la telan dan ambil iktibar untuk kebaikan. Memang tak jemu baca dan komik islamik ini telah berjaya menghindar mata KakChik rasa mengantuk ketika membacanya (sebenarnya kalau baca buku agama selalu je terlelap. Huhuhuhu, tak kuat iman sungguh).

Frasa yang menarik:

"Pemuda yang pergi ke masjid atau surau, belum tentu baik. Tetapi pemuda yang baik, sudah tentu akan pergi ke masjid atau surau." 

"Agama dulu, akademik kemudian. Dah penuh ilmu agama di dada, baru cari kemahiran hidup untuk cari makan. 

Ini tidak, yang didahulukan dunia. Anak dah takde harapan, baru hantar belajar agama.

Kenapa agama, dijadikan pilihan kedua?" - Yang memang kena tepat atas hidung la kan.

"Pasal dunia, serba-serbi up grade. Dah bab agama mana, kenapa tak up grade juga? Kenapa bab agama tak mau bertambah, sedangkan bab dunia sibuk ditambah." - Kena lagiiiiii.

Walaupun begitu masih terdapat fakta atau jawapan persoalan yang tidak berapa jelas pada KakChik atau KakChik yang kurang arif untuk taksir maksud tersirat. Jadi kesimpulan memang kena buka buku rujukan atau rujuk pada yang lebih arif.

Apa-apa pun salah satu cara dakwah yang menarik untuk menambat minat pelbagai lapisan masyarakat.

LiFe a LoNG JouRNeY
-KakChik-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan