Pengikut

Rabu, 2 Julai 2014

Buku & Komentar 33: Ulu Yam Di Liverpool 2 (UYDL2)

Penulis: Nazali Noor
Penerbit: Alaf 21 @ Grub Buku Karangkraf
ISBN 978-983-124-968-0
Halaman: 519
Harga: RM55.00 / RM58.00 (Edisi Terhad)
Cetakan 1 - 2014

Komentar:

TERUJAAAAAAAAAAAAAA!

Nasib baik dua minggu lepas ada terperasaan post kawan di dada FB tentang buku kedua penulis ini. Dan KakChik terus klik dan klik untuk dapatkan edisi terhad. Kulit keras dan memang berbaloi-baloi bila dah ada dalam tangan dan siap bertandatangan dari encik penulis. Tapiiiii, boleh pulak KakChik delay baca sebab nak simpan untuk bacaan bulan Ramadhan. Ambil berkat tau!

Secara dasarnya buku ini adalah kesinambungan dari buku pertama penulis, Ulu Yam Di Liverpool. Jika buku pertama dengan warna merah garang menjadi cover kulit tapi kali ini pula warna kuning yang mengambil tempat tapi masih lagi dengan layout yang hampir sama. Mungkin ini adalah salah satu identiti yang mahu diteruskan penulis dan penerbit. Walaupun terdapat kesinambungan antara buku pertama dan kedua tetapi jika pembaca terus membaca buku kedua ini, insya Allah tak akan 'hilang' tapi KakChik cadangkan bacalah buku pertama untuk lebih mengenali susur hijrah penulis dan keluarga.

Secara umumnya buku kedua ini lebih banyak berkongsi sisi 'gelap' denai hijrah penulis dan keluarga. Walaupun dalam UYDL ada dinyatakan kesukaran tetapi manisnya telah menutup kepahitan tersebut. Tapi apabila membaca buku UYDL2 ini, mata lebih banyak berpasir dari bersinar cahaya. Sukarnya hijrah mereka yang merintang zon selesa. 

Pahitnya apabila rasa percaya diperdagang seperti yang tercoret dalam Bab 34: Percaya Yang Membawa Rebah. Aduh, sanggupkan mereka yang sudah dianggap saudara menikam dari belakang. Sakitttttt, tapi hijrah perlu diteruskan. Walaupun rasa geram terhadap Zamri dan Annur. Tapi itulah yang bernama manusia, tidak semua berhati putih. Sedih sangat bila menyesuri liku hijrah ini. Dan juga kisah Zeera yang kerek itu.

Namun yang paling terkesan pada KakChik sudah pastilah perkara yang ada berkaitan dengan kita secara dekat,kan. Aduhaiiii, sudah pasti pedih rasa hati kalau tentang sesuatu yang bukan hak kita untuk ditentukan dapat atau tidak. Kenapa masyarakat kita masih tabu dengan perkara ini. Lakaran Bab 77 (muka surat 309-312) memang dekat dengan keluarga KakChik. Walaupun bukan kita yang diduga sebegini sudah pasti kita turut terasa pedihnya jika darah daging kita yang menghadapinya. 

Selanjutnya, kisah apresiasi yang dikongsi juga buat KakChik rasa, aduhaiiiiiiiiii, jauhnya kita dengan cara mereka yang kita kata kebaratan itu. Politik pejabat yang tidak pernah habis. Memang memualkan dan menjelikkan. Harapnya bos-bos yang membaca UYDL2 ini akan menemui jalan untuk merentas hijrah yang sudah lapuk ini.

Walaupun begitu, kejayaan dan juga hijrah untuk 'Nikmat Hidup Dalam Memberi' memang memberi banyak kesedaran. Rasa yang menyerap, insya Allah dengan izin-Nya akan terus di hati. Istiqamah walaupun hanya untuk hijrah yang simple.

Bab Bonus: penghargaan encik penulis buat isteri tercinta. Walaupun nampak ringkas tapi kerana setiap hijrah dan juga dugaan itu dibuat kerana niat dengan nama Allah, imbuhannya alhamdulillah sudah pasti rasa manis.

Buat encik penulis, terima kasih untuk perkongsian ini. Naskhah ketiga dan seterusnya, insya Allah akan terus dinanti.

LiFe iS a LoNG JouRNeY
-KakChik-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan