Pengikut

Ahad, 9 November 2014

Buku & Komentar 38: Menalar Makna Diri: Kembara Menjejak Imam Birgivi

Penulis: Hasrizal Abdul Jamil
Penerbit: Karya Bestari @ Karangkraff
ISBN 9789678604413
Halaman: 437
Harga: RM25.00 / RM28.00

Komentar:

Mengulit karya terbaru Ustaz Hasrizal selama seminggu yang penuh dengan rencah ini memang memerlukan kekuatan yang jitu. Bukan senang untuk hadam naskhah yang penuh dengan sejarah dan juga nilai jati diri yang dicari.

Pada awal-awal bab (separuh dari buku ini) beliau lebih banyak berkongsi perjalanan buat sekian kalinya ke bumi Daulah Uthmaniyyah selepas 10 tahun. Kali ini dengan visi dan misi yang lebih jitu iaitu menyelami dan mengkaji berkenaan tokoh Islam yang hebat Imam Birgivi. Selain untuk menyelesaikan disertasi pengajian sarjana berkenaan tokoh tersebut, beliau sebenarnya sedang dalam kembara untuk mencari nilai diri yang dirasakan semakin jauh dari jalan dakwah yang sepatutnya. Beliau semakin rimas dengan kemasyhuran dan juga dakwah moden yang lebih melalaikan masyarakat Islam itu sendiri.

Jadi perjalanan ini lebih kepada perjalanan untuk mengkaji tokoh Islam yang kebanyakan telah digelapkan sisi baik mereka dengan fakta-fakta dari sejarawan terdahulu tanpa fakta rujukan yang sahih. Kembara ini juga telah menjadi titian ukhuwah beliau dengan penuntut-penuntut Malaysia di Turki. Anak muda yang bersemangat juang yang tinggi berkelana di bumi asing.

Selain itu, turut dikongsi juga beberapa tip-tip berguna untuk panduan kita sebagai pembaca. Bukan setakat kita perlu menghadam semua apa yang dibaca tanpa kita membuat sebarang rujukan atau kajian yang lebih mendalam terhadap sesuatu fakta terutama berkenaan sejarah Islam yang telah disembunyikan dalam kebanyakan naskhah novel sejarah disebabkan tiada/kurangnya kajian yang dilakukan oleh penulis. Menyebabkan masyarakat Islam itu sendiri terpincang dari fakta yang sebenarnya. Kerana rakus dan mahu bersenang lenang sehingga kita menerima 'membabibuta' segala fakta tanpa rujukan yang sepatutnya.

Saya kira buku beliau ini adalah patut dijadikan rujukan pemula bagi yang mahu belajar berkenaan sejarah Islam terutama berkenaan Daulah Uthmaniyyah. Satu naskhah yang tegas dan pedas pada yang tersedar akan silap diri.

Juga dimuatkan sedikit perkongsian berkenaan insan yang dekat di hati beliau di bahagian terakhir buku ini. Kisah berkenaan Ahmad Ammar yang telah mencetuskan fenomena suatu ketika dulu.

Buku berkisah Ahmad Ammar. https://www.goodreads.com/review/show...

Dan saya berharap medan ilmu tidak akan melenyap nama Ustaz Hasrizal untuk terus berkongsi ilmu dan kembara melalui tulisan-tulisan beliau yang akan datang.


Luvs,
KakChik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan