Pengikut

Ahad, 20 April 2014

Buku & Komentar 30: Guy Next Door

Penulis: Rose Harissa
Penerbit: Kaki Novel Sdn Bhd
ISBN 978-967-0448-63-3
Halaman: 487
Harga: RM21.00 / RM24.00

4.5 star

Bukan review: hurmmmm, huruf M tgh membesar skrg ni..haishhh

17.04.2014

Lama sungguh tak baca hasil tangan penulis ni. Rasanya ini karya pertama beliau dengan penerbit ni. Dan seperti karya beliau yang pernah dibaca, memang TAK MENGHAMPAKAN. :P

Lima tahun hidup berjiran, mereka tidak pernah bertegur sapa. Kristal dengan sikap tak cakna dan Adam pula memuja dalam diam. Tapi yang selalu buat Kris sakit hati dengan Adam adalah sokongan padu Mak Cik Umi pada Adam. Pada mata maknya, Adam hampir sempurna tapi pada Kris, sempurna haper kalau kerja pun idok tapi asyik terperuk di rumah perabis duit pencen orang tua.

Kris hampir buta mata hati dan mata kasar sebab terlalu taksub dengan ayat leleh kekasihnya, Fandi. Kris ni macam kebanyak tipikal watak heroin yang mengejar lelaki romantik tahap petala kelapan dan juga kalau kaya itu satu bonus. Walaupun sudah lama bercinta bagai nak rak, diangkut ke hulu ke hilir tapi Fandi masih lagi tidak masuk meminang. Ini yang menaikkan darah Mak Cik Umi sebab maruah anak dara tunggalnya bagaikan dipermainkan.

Dalam pada mereka tak bertegur sapa, sekali bercakap terus bercakar Adam dan Kris ni. Kris dengan perangai tak semenggah yang tak pernah mahu kalah dan selalu bersangka buruk, ditambah lagi dengan perangai Adam yang sentiasa cool dan suka mengusik. Aduhhhhh, bercakar macam kucing la depa ni.

Ketika Kris sedang asyik masyuk terleka dengan cinta Fandi, sekali keghaiban lelaki itu memang buat Kris tertekan dan lagi ayat-ayat pedas dari Mak Cik Umi yang sentiasa buat telinga dia berasap. Akhirnya rahsia Fandi terbongkar tapi Kris masih lagi percaya dengan kekasih hati pengarang jantungnya yang tak berapa nak betul ni. Tapi, sekali Tuhan nak tunjuk. Haaaaa, depan Adam lagi tu. Walaupun malu tapi sebab ego tinggi Kris tetap tak pandang Adam walaupun dalam berkias Adam ada tunjuk rasa suka kat dia. Huhhhh, perangai tak semenggah sungguh Kris ni. Duduk junjung ego tinggi melangit tapi bila Mia nampak rapat dengan Adam, tahu pulak dia tunjuk perangai cemburu tak tentu hala tu.

Tapi sebab dah tajuk GND, mesti ada sangkut paut jugak mereka berdua ni. Walaupun banyak cabaran Adam nak dapatkan Kris ni. Dengan kehadiran Adeera, ugutan Fandi dan juga tindakan penculikan Kris yang hampir menyebabkan Adam hilang nyawa. Kesudahannya, sila baca sendiri..:P

Komentar:

Yeahhhhh, selepas terbakar, siap rentung dan sebagainya. Akhirnya khatam juga naskhah ini. Sejujurnya, ayat-ayat penulis memang sentiasa menarik hati untuk dibaca walaupun terselit sedikit adegan yang sensitif dan kadang kala tak realistik di mata KakChik.

Memang jatuh hati tak ingat kat karektor Adam yang bajek suci tapi tak berapa nak suci juga kalau dah dapat peluang depan mata, kan? Karektor anak yang sanggup hilang kerjaya demi orang tua dan juga sikap yang tidak cepat melatah. Tapi kalau dah dapat isteri yang perangai tak matang macam Kris memang buat haru saja.

Sangat la sakit hati dengan watak Kris ni. KakChik rasa watak Kris antara watak heroin yang buat KakChik meluat tahap nak hempuk kepala dia dengan batu lesung. Kenapa la hang sungguh tak bersyukur, Kris ooiiiii. Masih juga menjunjung ego dan sikap tak matang walaupun dah menjadi isteri orang. Buat KakChik angin jer.Haish

Mak Cik Umi sungguh memukau dalam GND dan karektor dia memang menghidup hampir 3/4 dari keseluruhan cerita. Walaupun mulut dia super laser tapi dalam hati dia, hanya Tuhan yang tahu. Memang setiap ibu mahu yang terbaik buat anaknya. Tapi kalau anak jenis macam Kris ni memang kena 'palu' selalu. Itu pun masih tak sedar jugak.

Keseluruhan cerita hampir sempurna walaupun KakChik kecewa juga sebab watak Mak Cik Umi yang selamba itu 'mati' begitu saja lepas Adam-Kris ke US. Watak-watak lain tidaklah begitu memberi impak terhadap keseluruhan cerita sebab banyak ruang diberi Adam-Kris.

POV yang berbeza hampir setiap bab memang memerlukan tumpuan yang tinggi. Hehh

p/s: Kak CT, thanks kasi pinjam GND. :P


Luv,
KakChik



Tiada ulasan:

Catat Ulasan