Pengikut

Khamis, 10 April 2014

Buku & Komentar 29: 69 Jam di Neraka Zionis: Pengalaman Berdarah Sukarelawan Negara

Penulis: Norazman Mohd Samsuddin
Penerbit: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)
ISBN 978 938 0688 978
Harga: RM20.00 / RM23.00
Halaman: 262

Komentar: 

Terkesan dan tercabar. Itu dua patah kata yang terakhir tersemat di hati saat penutup buku ini. Terima kasih kepada tuan penulis yang mengambil inisiatif untuk berkongsi kisah dan pengalaman dengan masyarakat berkenaan pengalaman beliau dan juga perjuangan dan pengorbanan yang melewati batasan agama, bangsa dan bahasa.

Buku ini bukan sahaja berkisah tentang pengalaman flotila kemanuasiaan itu sendiri, tetapi tetap diselitkan sejarah beradaban yang sudah lama ditinggalkan oleh manusia-manusia yang menggelar diri mereka 'orang yang baik'. Namun pada dasarnya merekalah manusia-manusia yang berhati keras malah sungguh angkuh.

Bagaimana kejam dan zalimnya mereka sehingga tanpa sedikit pun perasaan kemanusiaan tersentuh di hati mereka sehingga mereka bertindak melepasi batasan kemanusiaan sejagat. Tembakan dan segala tindak tanduk yang hilang nilai manusia sejagat dan juga sikap angkuh yang menjunjung segala tindakan mereka adalah tindakan yang betul. Tetapi mereka terlupa bahawa pertolongan untuk orang-orang yang berjuang di jalan Allah itu sentiasa ada.

Terfikir, di mana pertubuhan antarabangsa yang sepatutnya mengambil tindakan undang-undang kepada negara dan komandonya yang zalim ini. Kenapa sehingga ke saat ini, selepas hampir 4 tahun berlalu peristiwa ini bagaikan tiada langsung pembelaan? Sungguh, manusia akhir zaman sudah semakin jauh dengan Allah dan semakin takut dengan kuasa manusia. 

Teruslah berjuang wahai sekalian umat Islam untuk saudara kita yang sedang tertindas. Insya Allah pertolongan Allah sentiasa ada untuk kita. Semoga darah pada syuhada tidak akan pernah kering mengalir dalam diri kita walaupun kita tidak pernah mengangkat senjata di medan perang.

Perkongsian gambar-gambar juga membantu dalam pemahaman pembaca untuk berkongsi rasa dan juga memahami sukarnya cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh sukarelawan flotila Mavi Marmara. Namun begitu, kalau penulis memberi pencerahan yang lebih terperinci berkenaan dengan kapal-kapal lain adalah lebih baik. Kerana hingga akhirnya, KakChik tertanya-tanya adakah para sukarelawan dalam kapa-kapal yang lain turut menerima nasib yang sama seperti kapal Mavi Marmara.

Luvs,
KakChik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan