Pengikut

Rabu, 2 April 2014

Buku & Komentar 25: Sesaat Cukup Bagiku

Penulis: Laila Hanni
ISBN 978-967-11882-0-0
Penerbit: Lovenovel Publication
Harga: RM25.00 / RM28.00
Halaman: 622

Membaca dalam mood yang tidak menentu memang memperanguhi penilaian. Review penuh? Kalau rajin akan diketuk keyboard... :P

Review penuh: 26 Jan 2014

Kisah ni lebih kurang kisah kahwin paksa tp bukan mak ayah or keluarga yang paksa kahwin tapi sebab bekas suami yang paksa. Sebabnya perkahwinan Irfan-Mai terputus dengan talak tiga sekali gus. 

Perkahwinan antara Irfan-Mai dah berlangsung sejak 7 tahun, ketika mereka masih di universiti lagi. Walaupun kedua-dua keluarga menentang tapi sebab darah muda mereka ni, akhirnya keluarga terpaksa setuju sebab takut terjadi perkara buruk. Selepas 7 tahun mereka belum ada rezeki anak, pasangan dah mula tertekan dengan dugaan ni. Tambah lagi dengan orang sekeliling yang bertanya. Mereka terlalu terdesak hendakkan cahaya mata, sehingga menyebabkan mereka tak dapat terima kekecewaan. Kerana masalah ini jugalah, hubungan mereka mula renggang. Tambah lagi si suami yang sudah jarang meluangkan masa dengan isteri, dengan dugaan lain lagi. Menyebabkan mereka sering bertengkar. Irfan pulak setiap kali bertengkar, mesti naik pelembang ke muka Mai. (Memang psiko kot suami Mai ni)

Bila dah terlepas talak tiga, Irfan ni dah mula gila talak. Walaupun Mai berusaha untuk menjauhkan diri dari bekas suami dia ni, tapi sebab rasa sayang yang masih ada dia tetap terbuai dengan setiap rayuan Irfan. Sebab nak kembali bersama la Mai sanggup terima cadangan gila Irfan untuk cina buta. Mereka telah pilih seorang duda yang tempang dan juga selekeh, sebab nak elakkan Mai terjatuh hati dekat 'suami sementara' dia tu. Segala perancangan diatur rapi oleh Irfan. Tapi sebenarnya Irfan ni ada rahsiakan sesuatu daripada Mai, berkaitan syarat perkahwinan Mai-Syamsul Hasni.

Lepas tu bermula la konflik Mai-Syamsul ni pula. Syamsul yang Mai tengok pertama kali untuk tak ada selera nak dekat, rupanya ada rupa yang mampu menawan hati wanita. Walaupun Syamsul ni banyak kekurangan juga tapi dia berusaha untuk memperbaiki diri untuk keluarga dia. Syamsul pada pandangan mata Mai, seorang yang cukup berahsia. Lelaki yang penuh misteri dengan perubahan perwatakan dan emosi dalam masa yang singkat.

Mai bertekad dalam masa tiga bulan dia akan meminta Syamsul lepaskan dia sebab nak bersama dengan Irfan semula tapi rupanya sikap Syamsul dan juga perhubungan keluarga Syamsul ni akan menyebabkan Mia rasa bahagia. Bahagia yang tidak dia temui ketika bersama Irfan dulu. Bahagia yang buat Mai mula nanar bila Syamsul bersikap dingin dengannya.

Mana satu pilihan Mai, sila baca ye..:P

Komentar:

Isu yang dikupas sebenarnya isu yang berat, cina buta. Ada lagi yang mengamalkan perkara haram ni? Tapi tak mustahilkan dengan keadaan masyarakat kita masa kini. Tambah lagi watak utama dalam buku ni boleh tak tahu yang perkara tu haram dan jika tidak berlaku hubungan kelamin suami isteri, jika isteri diceraikan dia masih tidak boleh kembali kepada bekas suaminya yang terdahulu. 

KakChik tak ada masalah dengan bahasa yang digunakan oleh penulis. Garapan plot juga tersusun dan tak ada ulang tayang banyak sangat. Cuma selepas 75% jalan cerita tu, KakChik rasa perenggan terlalu panjang, kadang kala satu muka surat cuma ada 1 1/2 perenggan saja. Sedikit mengganggu pada KakChik yang sedang membaca denganmood swing. Huhuhu. 

Tapi rasanya KakChik seperti pernah terbaca kisah sebegini, yang bekas suami ada masalah mental. Cuma mungkin yang berbeza perhubungan Mai dengan keluarga Syamsul dan juga Irfan yang kembali sihat saja.

Banyak yang boleh dikupas sebenarnya dalam karya ini. Bacalah, tak rugi. :D

Nota kaki: sedang merajinkan jejari untuk ketuk & copypaste mana yang patut..

Luvs,
KakChik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan