Pengikut

Isnin, 31 Mac 2014

Buah hati..Emok-emok..

Assalamualaikum..

Hari ni terrrrrrajin nak update tentang Cik Aimi yang dah dapat gelaran baru. Dia cukup marah kalau ibu panggil dia Emok-emok. Hhahahaha. Panggilan tu macam comel jer dan padan dengan body Cik Aimi yang makin gebussss.

Alhamdulillah, dah mula rajin nak menulis, membaca dan mengaji Quran. Walaupun ibu tetap kena sedia 'alatan perang' setiap kali nak mengajar dia. Bukan tak boleh tapi terlalu manja dan bergantung. Sekali ibu naik noktaf suara, sekali dia menangis. Kihkihkih..

Cuti semester 1 sekolah, ibu ayah langsung tak sempat nak bawa dia jalan-jalan. Banyak kali dia bagi hint nak balik kampung dan juga nak ke rumah Ain. Nak naik kapal terbang. Sorry sangat sayang. Insya Allah, nanti kita balik kampung.

Cuma sempat bawa Cik Aimi joging di tepi pantai dan juga sarap roti canai. Cuma kami berdua: Cik Aimi + ibu.

Konon-konon pergi jogging, berpeluh-peluh dia.. 

Tapi lepas tu, sarap roti canai..:P

Cukup payah kalau disuruh tidur petang,
sekali bagi buku terus lena..:D

Ya Allah. moga dia jadi anak yang akan membela agama-Mu kelak.


Luvs,
KakChik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan