Pengikut

Ahad, 30 Mac 2014

Penghujung Mac

Assalamualaikum...

Mac cuma tinggal sehari lagi. Haiilah, sungguh pantas masa berlalu. Sudah hampir berlalu suku pertama tahun  2014.

Pelbagai kisah sudah berlalu dan juga pelbagai perkara yang melanda diri, apatah lagi negara kita. Tragedi besar yang masih menjadi misteri. Yang KakChik masih berharap akan ketemu jalan hujung yang akan memberi harapan buat semua terutama keluarga yang menanti.

Allah...lama sudah jemari tidak mengetuk papan kekunci ni. Entah apalah yang disibukkan sangat. Tapi sungguh hampir terlupa tempat ini. Yang pasti Februari tiada langsung coretan yang tertulis di sini. Februari yang menambahkan angka pada yang bernama umur KakChik. Syukurlah masih diberi nikmat untuk terus menghirup udara Allah ini, masih diberi nikmat kesihatan, rezeki dan kasih sayang dan masih diberi rahmat Allah. Moga ingatan-Nya tidak pernah pudar buat diri ini.

Wahai diri, rajin-rajinkanlah mengetuk papan kekunci ini lagi. Insya Allah.

p/s: Banyak hutang resensi yang belum tertunai.. :(

Luvs,
KakChik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan