Pengikut

Jumaat, 4 April 2014

Buku & Komentar 28: Tiba-tiba, Dia Ada

Penulis: Rehan Makhtar
Penerbit: Penulisan Enterprise
ISBN 978-967-056-721-1
Halaman: 647
Cetakan: Januari 2014
Harga: RM25.00 / RM28.00


4.4.2014

Tiba-tiba segalanya berubah dalam hidup Aryana Ahmad Mukhlis. Hidup Arya yang tenang-tenang berkitar rumah, keluarga, kerjaya yang bukan pilihan dan pejabat berubah 360 darjah kerana perkhabaran itu. Arya mempunyai pilihan untuk menolak permintaan mama-papa. Dia memang mempunyai pilihan. Tapi Arya itu anak yang sungguh taat kepada keduanya, tidak tega dia menghampakan mama-papa yang sudah menempuh pelbagai cabaran sebelum menikmati rasa bahagia.

Tiba-tiba, anak teruna 22 tahun itu yang muncul melamar untuk menjadi imamnya nanti. Aryana yang matang dan memegang jawatan besar di syarikat papa akan bergandingan dengan Ayie, jejaka yang muda belia yang masih memegang status budak sekolah di bumi Jerman. Lelaki yang pada pandangan Aryana amatlah tidak masuk akal untuk dijadikan suami tapi Ayie ni sungguh agresif dalam mengejar impian untuk menjadikan Aryana sebagai isterinya.

Tiba-tiba dalam masa 2 minggu saja status Arya sudah bertukar. Owhhh, hidup di samping suami yang muda ini pada rasa Arya tidaklah terlalu teruk. Ayie yang kadang kala matang dari usianya tapi masih tetap ada sikap manja dan mengada-ngada. Tambah lagi kata-kata manis bergula bersalut madu. Aryana hampir tewas. Tapi dia tetap menanam tekad untuk taat kepada Ayie, pesanan mama sentiasa dia jadikan panduan.

Aduhhhhhh, baru 2 hari menjadi isteri. Perkhabaran dan bukti bergambar itu hampir merentap segala rasa. Mama-papa mertua dia sudah hampir hilang percaya kepada anak lelaki tunggalnya. Tapi pesanan Ayie tetap Arya ingat. Ya, siapa lagi yang layak untuk melindungi maruah suami kalau bukan yang bergelar isteri.

Kehidupan di bumi Jerman yang kadang kala tenang dan kadang kala 'berangin' dengan kehadiran pelbagai ragam manusia. Kehadiran manusia bergelar Khai memang menambah dugaan dalam hidup Arya di bumi asing. Tapi Ayie sentiasa ada untuk membunuh segala rasa tidak percaya. Dalam pada masa yang sama Arya berusaha untuk membantu mana yang terdaya.

Sedang bahagia berulit dengan saumi tercinta, Arya diminta pulang ke Malaysia disebabkan masalah yang dialami oleh syarikat keluarganya. Aryan masih tidak mampu untuk mengendali masalah tersebut. Walaupun Arya berat hati tapi dengan izin suami, dia terpaksa.

Tiba-tiba muncul pula Iman Firdaus, anak kepada klien syarikat papa. Jejaka tersebut secara terangan menunjukkan rasa suka terhadap Arya. Walaupun Arya sudah berterus terang yang dia sudah berstatus isteri orang. Kadang kala serba salah Arya dengan sikap Iman ni. 

Hubungan Ayra-Ayie yang sedang ranum, tiba-tiba redup disebabkan kehadiran Iman. Aduhhhhh, Aryan ni sungguh la tak boleh menyimpan rahsia. Diceritakan pula perihal Iman kepada si abang ipar yang nun jauh di Jerman. Maka timbul la konflik yang pada dasarnya tidak perlu wujud.

Tambah bercelaru hidup Arya apabila dia mendapat kiriman gambar Ayie dengan wanita lain pula. Fitnah apa lagi yang perlu dihadapi. Walaupun dia berusaha tapi kerana cemburu dan sikap gelojoh, dia hilang percaya pada suami sendiri. 

Selepas bahagia itu sudah dalam genggaman mereka, syurga cinta mereka teruji lagi dengan kemalangan yang menimpa Ayie. Selepas koma, Ayie telah didiagnosis mengalami penyakit tidak ingat wajah. Penyakit yang tiada ubat. Dia perlu berusaha untuk sembuh sendiri dengan bantuan orang-orang di sekelilingnya.

Komentar:

Aduhaiiii, manis bergula sungguh watak Ayie dalam karya ni. Haaaa, walaupun muda tapi dia lelaki matang. Padanya umur hanya angka. Chewah, kalau sudah cinta semua mampu ditolak ke tepi, kan?

Pada KakChik, kekerapan penggunaan sesetengah perkataan atau frasa memang buat sedikit 'menurun' carta bintang diberi. Perkataan Oh, mai itu akan lebih manis kalau diganti dengan Ya Allah.

Selain itu KakChik mendapat ilmu baru perkenaan penyakit yang dihidapi Ayie selepas kemalangan tersebut. Penyakit yang sudah nak eja tu.

Luvs,
KakChik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan