Pengikut

Khamis, 3 April 2014

Buku & Komentar 27: Mencari Mr. Charming

Penulis: Anna Lee
Penerbit: Fajar Pakeer
ISBN 978-967-365-1887
Halaman: 662
Cetakan: Januari 2014
Harga: RM24.00 / RM27.00


Kisah ini masih berkisar tentang anak gadis yang sudah berumur 28 tahun, tiada kerjaya tetap tapi mempunyai impian untuk mencari Prince Charming. Apatah lagi Indah Lara a.k.a Lara Alisya itu seorang penulis novel cinta dan kebanyakan watak hero yang dijelmakan olehnya sangatlah terlalu sempurna sehingga mendatangkan kritikan misteri dari Indah Water. Indah Lara ni walaupun sudah menghasilkan 6 buah novel tapi masih lagi tahap penulis yang suam-suam kuku. Kadang kala poket untuk tidak selalu berisi. Tapi dia berkeras tidak mahu bekerja tetap dan juga impian tinggi menggunung untuk terus mencari jejaka idamannya kerana dia yakin masih wujud lelaki yang benar-benar charming.

Disebabkan terlalu taksub untuk tinggal tempat mewah, 'rezeki' Lara datang bergoleh. Kerana salah faham dan juga Lara dapat bertemu calon Prince Charmingnya. Lelaki yang pada Lara hampir sempurna tapi macam banyak juga misteri lelaki tu. Majikan Lara yang memberi kebebasan untuk Lara tinggal di kondo mewahnya sebagaibabysitter anak gadis 15 tahun, Tania. Hubungan Lara-Tania memang kamceng sangat. Tania yang periang dan ceria. Sam juga lelaki yang amat prihatin. Dan ciri-ciri Prince Charming impian Lara ada duda beranak satu ini.

Dalam pada masa yang sama, Lara bagaikan 'berjodoh' dengan pelakon pujaannya, Fazrin Adam. Walaupun pertemuan pertama mereka tidaklah secantik mana tapi hubungan aku-kau memang nampak unik di mata orang lain tapi tidak pada mereka. Fazrin yang bermulut pedas, langsung hilang segala pujaan Lara terhadap jejaka itu. Dalam duduk bergaduh tu, Fazrin masih juga mengambil tahu tentang Lara dan penampilan Lara berubah dari gaya makcik-makcik kepada gaya yang lebih sedap mata memandang sehinggakan Sam tidak teragak-agak untuk melamar.

Aduhhhhh, Lara pula cuba bermain tarik tali bila Sam sudah berterus- terang. Apatah lagi Lara sudah tahu rahsia siapa bekas isteri Sam itu. Antara mahu menerima atau menolak, Lara perlu berfikir dengan bijak.

Tiba-tiba penulis yang suam-suam kuku ini mendapat tahu karyanya diangkat untuk diadaptasi menjadi drama. Masa ni Lara sudah menggelabah sebab selama ini dia berusaha untuk tidak mendedahkan identiti dirinya.

Sama ada rezeki Lara mahu menjadi membesar di kondo mewah Sam atau dia menolak tuah untuk mencari Mr. Charming lain, jawapannya akan ditemui dalam karya ini.

Komentar:

Dari awal lagi penulis sudah maklumkan bahawa idea menulis karya ini disebabkan petanyaan berkenaan masih wujudkah lelaki sebegitu dalam dunia. Jadi plot dan garapannya banyak juga diselitkan post dari wall FB dan juga ada beberapa kerat kiriman emel antara Indah Lara- Indah Water.

Bahasa yang santai dan juga plot yang tidak banyak krisis menyebabkan kisah ini tiada 'rahsia' yang terlalu mengejutkan di akhir kisah. 

Walaupun penulis seperti 'menyindir' tentang penulisan karya tempatan masa sekarang yang banyak berkisar tentang kisah cinta yang kosong tetapi masih banyak lagi yang perlu ditambah. 

KakChik rasa bagaikan ada rasa yang tertinggal, tidak terlalu mencengkam rasa.

Luvs,
KakChik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan