Pengikut

Ahad, 8 April 2012

Buku & Komentar 1: Mahar Setulus Hati


Penulis: Ayu Emelda
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Harga: RM21.00 / RM24.00
M/S: 509
ISBN 978-983-124-740-2
Cetakan 1,2 - 2012


"Bahagialah orang yang menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir (pemandu) untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya." - Sayidina Ali Abi Talib r.a.

Sikap keras kepala dan degil Harlina berterusan walaupun pelbagai cara yang digunakan Emir untuk mengubah Harlina menjadi seorang isteri, anak dan muslimah yang sejati. Dia tetap bersabar walaupun pelbagai kata nista dihambur isterinya itu. Harlina akhirnya berubah selepas suatu kejadian yang menimpa teman-teman baiknya. Kejadian itu meninggalkan kesan yang cukup mendalam dalam diri Harlina.

Namun saat bahagia mereka tidak lama, kedatangan keluarga Emir yang menziarah mereka telah mengubah membawa awan mendung yang berterusan dalam hidup Harlina. Kerana kelancangan mulut Zetty yang membenci Harlina telah menjadi tuba dalam rumahtangga abangnya sendiri. Emir tidak dapat menerima perbuatan Harlina pada uminya sehingga dia meninggalkan isterinya dan seolah-olah nerputus asa dan kerdil kerana tidak mampu mendidik Harlina menjadi yang lebih baik. Terlalu sukar untuk dia memaafkan kesalahan Harlina yang satu itu.

Harlina terpaksa berdepan dengan sikap dingin suaminya dengan tabah kerana dia yakin hanya Emir yang terbaik buat dirinya. Dengan sokongan daripada papa, ibu dan adik-adik yang pernah dinafikan hak mereka, dia menjadi lebih matang dan kuat.

Sejujurnya pada KakChik karya ini bagaikan satu lompong yang tidak terluah. Bagaikan ada sesuatu yang tidak sampai ke sudut hati KakChik yang paling dalam kerana ia tidak begitu meninggalkan kesan yang akan sentiasa melekat di hati dan juga fikiran.

Emir bagaikan hilang pegangan kerasa kekhilafan yang dilakukan Harlina pada uminya walaupun pada dasarnya kesalahan itu dicetuskan oleh Zetty. Zetty dicorakkan anak gadis yang lepas cakap, terlalu kontra dengan pegangan Islamik yang diterapkan dalam keluarganya dan cara pengajaran yang diletakkan di pundak Zetty tiada pengakhirannya.

Penamat yang terlalu ringkas walaupun bahagia itu milik mereka.

KakChik suka pada setiap permulaan bab yang terdapat kata-kata mutiara yang berguna. 


Dannnnnnn.....TIGA BINTANG untuk karya ini...

Till next text peeps....

Luvs,
KChik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan