Pengikut

Jumaat, 27 Februari 2015

Tiada yang setia...

Wahai yang sentiasa dirindu
Semoga kamu tenang aman selalu
Di sana yang akan kami jua tuju
Sesungguhnya masih terasa kamu masih di situ
Bersama kami yang masih mencari

Wahai yang sering dirindu
Hilang kamu dari kami
Tanpa kami bersedia
Tanpa sebarang petanda
Juga tanpa satu patah kata-kata

Wahai yang kukuh di hati
Sungguh kamu pergi membawa seluruh jiwa kami
Yang masih bertatih untuk berdiri kembali
Selepas perginya bidadari hati kami
Kerana kamu tempat kami berteduh cinta hati

Wahai yang selamanya di hati kami
Hilang kamu di dunia
Namun yang nampak di mata juga entah ke mana-mana
Kenapa harus tidak setia mereka
Tega menjauh dari kami semua

Wahai penghulu kami dari rahim bidadari kami
Semoga kamu sentiasa tenang bahagia di negeri abadi
Bersama ayahbonda dan para solihin
Usah digusar pada tinggalan di sini
Kerana kami tanam dalam hati, akan terus setia memerhati
Walaupun semakin jauh mereka berlari
Namun kami yakin janji Allah itu pasti

Tenang, aman, bahagia
Hanya kiriman doa-doa dari kami di sini
Aminnnn...


-Adindamu yang merindu-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan