Pengikut

Isnin, 21 Januari 2013

2013...post yang basi

Dah 3 minggu tahun 2013 bersama kita. KakChik baru berkesempatan nak ketuk menaip. Aiseh, banyak sangat benda yang nak kongsi tapi tak tahu nak mula dari mana.

Banyak perubahan yang berlaku seiring dengan peredaran masa..aiseh...bahasa yang terlalu klise nampaknya. Memang 2013, KakChik mula dengan langkah yang baru, baru untuk KakChik sebagai ibu dan baru untuk Cik Aimi, buah hati pengarang jantung ayah ibu sebagai pelajar. Walaupun cuma menjengah tahap tadika di Pasti Nurul Iman, ibu tetap kata Cik Aimi ni pelajar.

Baru untuk KakChik menguruskan Cik Aimi bersiap untuk pergi sekolah, sediakan bekal sebab tadika Cik Aimi memang tak sediakan makanan, hantar Cik Aimi ke sekolah, gosok baru sekolah yang dah 15 tahun KakChik tak buat dan pelbagai lagi. Alhamdulillah sangat sebab Cik Aimi memang tak meragam kalau nak bangun dan mandi untuk pergi sekolah. Malah dia yang bangun kejut ibu kalau hari sekolah. Doa KakChik moga semangat nak pergi sekolah tu tak luntur di hati Cik Aimi.

Yang baru perlu ditempuhi dan yang lama masih ada juga yang perlu diteruskan dan diperbaiki.

Insya Allah, tahun 2013 ni akan jadi lebih baik untuk semua.

Luvs,
KakChik

Rabu, 5 Disember 2012

Hilangnya di mata kita...:(

Perginya sangat hening subuh bakal dilaungkan
Perginya tanpa pesan yang ditinggalkan
Perginya saat semua orang tidak terkesan
Perginya dengan tenang...

Walau banyak hati yang terkilan
Walau banyak hati yang merasa segan
Walau banyak hati yang tidak dapat menerima dugaan
Walau banyak hati yang meratap di depan
Walau banyak hati yang kesalnya tak kan hilang...

Namun perginya dari mata...

Moga bakal membuka hati yang ada
Moga lebih menghargai
Moga lebih memahami
Moga lebih menyayangi 
Moga lebih pegang pada tali janji...

Semadilah dia di sana dengan aman
Yang tinggalkan akan lebih dibajai
Kerana hilangnya dia di mata
Meninggalkan tanggungjawab yang wajib digalasi...

Tokwan,
Moga aman di sana
Moga bersama orang-orang beriman dan soleh
Moga cahaya sentiasa menerangi alam itu
Moga kita berjumpa di sana...
Aminnn...

Tokwan
Azimi bin Ahmad
26 Julai 1942 - 26 November 2012

Al-Fatihah

Cucu Tokwan,
Kak Izah

Khamis, 22 November 2012

Peliharalah dia, Ya Allah

Sudah 23 hari dia terlantar di sana
Sudah 2 kali diletakkan di bilik perawatan yang rapi
Sudah berkali-kali tangan, lengannya dicucuk
Sudah berkali-kali juga, antara sedar dan tidak
Sudah berkali-kali, memberi senyum pada kami yang melawat
Sudah berkali-kali, menghulur tangan pada yang ingat
Sudah berkali-kali, menyuarakan hasrat mahu pulang

Ya Allah, peliharalah dia
Ya Allah, kuatkanlah dia
Ya Allah, sembuhkanlah dia
Ya Allah, tabahkanlah hati-hati kami yang merawat dan menjaganya
Ya Allah, sabarkanlah hati-hati kami dalam meladeni karenahnya
Ya Allah, bukakanlah hati-hati kami untuk reda
Ya Allah, jauhkanlah hati-hati kami dari rasa amarah

Ya Allah, peliharalah dia.
Hanya kepada-Mu Ya Allah, hati kami berserah!

Tokwan, moga cepat sembuh. In Sha Allah, kerana janji Allah itu pasti.

Luv,
Cucu Tokwan (Kak Izah)