Pengikut

Isnin, 21 Januari 2013

2013...post yang basi

Dah 3 minggu tahun 2013 bersama kita. KakChik baru berkesempatan nak ketuk menaip. Aiseh, banyak sangat benda yang nak kongsi tapi tak tahu nak mula dari mana.

Banyak perubahan yang berlaku seiring dengan peredaran masa..aiseh...bahasa yang terlalu klise nampaknya. Memang 2013, KakChik mula dengan langkah yang baru, baru untuk KakChik sebagai ibu dan baru untuk Cik Aimi, buah hati pengarang jantung ayah ibu sebagai pelajar. Walaupun cuma menjengah tahap tadika di Pasti Nurul Iman, ibu tetap kata Cik Aimi ni pelajar.

Baru untuk KakChik menguruskan Cik Aimi bersiap untuk pergi sekolah, sediakan bekal sebab tadika Cik Aimi memang tak sediakan makanan, hantar Cik Aimi ke sekolah, gosok baru sekolah yang dah 15 tahun KakChik tak buat dan pelbagai lagi. Alhamdulillah sangat sebab Cik Aimi memang tak meragam kalau nak bangun dan mandi untuk pergi sekolah. Malah dia yang bangun kejut ibu kalau hari sekolah. Doa KakChik moga semangat nak pergi sekolah tu tak luntur di hati Cik Aimi.

Yang baru perlu ditempuhi dan yang lama masih ada juga yang perlu diteruskan dan diperbaiki.

Insya Allah, tahun 2013 ni akan jadi lebih baik untuk semua.

Luvs,
KakChik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan