Itu je la ayat yang keluar dari mulut Cik Aimi sejak minggu lepas. Alkisahnya, SuNor Cik Aimi datang pulau ni, kononnya melawat kami la tu. Memang Cik Aimi gembira sangat bila SuNor datang, walaupun mula-mula tu macam tak kenal. Siap tanya lagi kat SuNor dia tu, "Awak ni sape?...kikiki. Sian Cik Aimi sebab dah lama tak jumpa dengan SuNor. Last jumpa masa raya puasa tahun lepas. Dah setengah tahun dah tu.
Memang dia mengekor je la SuNor tu, siap pergi photoshoot lagi kat Pantai Cenang tanpa bawa ibu..huhuhu. Biasanya dia bukan senang nak ikut orang kalau ibu ada kat rumah tapi dengan SuNor memang kamceng giler. SuNor hilang je kat mata terus tanya.
Masa SuNor datang tu jugak, kami buat kek coklat kukus yang vouge..vouge la sangat. Cik Aimi memang teruja sangat. Dia memang suka makan coklat kek tapi demand lebih okeh... Cuma makan kek yang fresh saje, yang dah masuk peti sejuk, tak mahu...
Dan sabtu lepas, SuNor dah selamat berlepas ke KL. Dan sepanjang perjalanan balik Cik Aimi menangis bersedih, tercebik-cebik dalam kereta. Asyik keluar ayat yang sama juga, "SuNor mane?". Bila ibu ayah cakap SuNor dah balik KL, naik kapalterbang. Terus Cik Aimi suruh ayah beli aeroplane. huhuhu. Parah, kata ayah.
Walaupun dah hampir seminggu SuNor balik, Cik Aimi masih dok tanya soalan yang sama setiap kali balik sekolah dan kelas KAFA. Kesian budak gebu tu...
P/S: Aimi sabar ye, nanti hujung minggu depan kita balik 'tanah air kita'. Jumpa mok, mokteh, ayohteh, ayoh chik dan poksu dei.
Luvs,
KakChik
Pengikut
Khamis, 14 Mac 2013
Rabu, 27 Februari 2013
Apa yang perlu diputuskan?
| Moga tenanglah hatiku..Aminnn |
Lately selalu sangat bila sampai ofis, pagi-pagi hari dan buka emel. Mood terus merudum ke bawah paras tahap beku. Selalu sangat KakChik mendapat arahan kerja yang di luar skop kerja KakChik.
Kadangkala kita bukan nak berkira tapi apa tugasnya kita menggajikan position tertentu kalau kerjanya diberikan kepada orang lain.
Aishhhhh, pening betul dengan karenah birokrasi ni....
Mmmmmm, mohon semangat-Mu Ya Allah untuk menjalankan amanah yang diberi sebaik dan sejujur mungkin. Mohon diberi kesenangan dalam menjalankan amanah orang ini.
Perlu lebih positif dan toleransi mungkin tapi tetap tegas dalam menuntut hak yang sepatutnya.
Ya Allah, Kau lembutkan hatiku dalam menangani segala dugaan ni.
Luvs,
KakChik
Jumaat, 22 Februari 2013
Buku & Komentar 11: Dandelion Ditiup Angin
Penulis:
Aidah Bakri
Penerbit:
Jemari Seni Sdn Bhd
ISBN 978
967 0508 085
Harga:
RM20.00 / RM23.00
Cetakan
pertama – Februari 2013
Kisah Dini,
anak orang gaji yang menumpang di rumah mewah keluarga Harraz Rifqi nampak
klise sahaja tetapi apabila sudah diselusuri pasti menemui pelbagai rasa di
dalamnya. Penuh pahit, manis dan suka duka perjalanan hidup seorang yang
bernama Nurin Ardini.
Kehadiran
Dini di vila mewah Datuk Mazlan dan Datin Zaharah tidak pernah diterima baik
oleh anak tunggal pasangan tersebut. Ada sahaja ulah yang dilakukan Rifqi untuk
menyakitkan hati Dini. Kerana naifnya Dini, kejadian malam musibah itu telah
meninggalkan kenangan yang selamanya menghantui hari-hari Dini. Malam Dini
hilang kepercayaan dan keyakinan dari ibu, umi dan abi. Kenapa lelaki itu
sanggup menjatuhkan hukuman itu terhadapnya?
Kerana
peristiwa itu juga, dia hilang segala rasa bahagia. Dia hilang ibu yang tiada
ganti, dia hilang umi dan abi, juga hilang tempat berteduh apabila dia
melangkah keluar dari vila mewah itu. Namun dalam luka dan derita, dia
bersyukur masih ada yang menerima. Kehadiran Ibu Rasyidah dan Iffa telah banyak
membantu dan dengan kasih sayang mereka dia bangkit semula walaupun bukan
mudah. Apatah lagi dia masih diuji dengan kehilangan harta yang paling
disayangi. Wajah mulus kecil itu hanya diberi pinjaman sementara sahaja.
Jangka masa
sepuluh tahun tidak pernah melupuskan kenangan pahit dan pedih itu. Rupanya
jangka masa sedekad itu tetap meninggalkan luka yang kembali berdarah apabila
mereka bertemu semula. Sangkanya dia sudah cukup kuat untuk menghadapinya. Baru
sebulan di tanah air sendiri dia sudah hilang tenang yang dikutip di bumi
asing. Kehadiran lelaki itu memang tidak akan pernah memadamkan kenangan pahit
itu dalam hati Dini.
Kadangkala
apa yang kita minta tidak semua mampu kita raih. Kerana budi dan sayangnya pada
Umi Zaharah, Dini kembali lagi ke vila itu dengan janji yang dipersetujui oleh
Rifqi. Semuanya untuk umi! Titik. Tetapi kenapa lelaki itu mula mungkir
janjinya? Dini jadi semakin rimas dan kata maaf teramatlah payah untuk
diberikan untuk Rifqi walaupun lelaki itu minta ampun dan dilobi penuh oleh
orang-orang yang Dini sayang, Ibu Rasyidah dan Iffa. Pada mereka, Rifqi cukup
lengkap sebagai lelaki yang baik.
Sejuta
sesalnya Rifqi tidak pernah mampu untuk meraih kembali hati Nurinnya yang
terluka. Bukan mudah untuk Rifqi mengalah kerana padanya Nurin itu selamanya
miliknya.
Mampukah
mereka menemui jalan akhir yang bahagia? Adakah ikatan yang terikat tanpa rasa
cinta itu mesti diputuskan tanpa usaha untuk dibajai?
Rasaku:
Terbuai-buai
dengan bahasa yang cantik dan puitis hingga tak sedar dah sampai helaian
terakhir. Plot yang menarik, gabungan watak yang seimbang, bahasa yang mudah
untuk dihadam. Yang paling KakChik suka sebab ada pantun/madah di setiap akhir
bab. Nampak sweet.
'I know what caused global warming. You!' - Halaman
218.
Pesanan
ringkas ni buat KakChik tersengih sendiri.
Luvs,
KakChik
Langgan:
Catatan (Atom)