Pengikut

Sabtu, 16 Mei 2015

Kisah semalam...15.5.15

Assalamualaikum..sudah lama tidak dijengah dan ditepek sedikit kata...

Berkisah tentang semalam.
Tiba-tiba FIL yang jarang sekali berlontar suara pada KakChik meluah rasa ketika KakChik menjemput Aimi dari rumahnya
Mungkin apa yang terjadi buat semuanya panik
Tapi KakChik & En Azman sudah tentu di pejabat ketika itu
Tak tahu apa yang terjadi

Kisahnya...si bongsu mereka tertinggal di kedai
MIL balik ke rumah dgn dijemput 1 of BIL
Buka pintu kereta, naik dan terus gerak
Sampai di rumah, berehat sekejap di beranda
Duduk bertentang mereka berdua
Aku pandang kau, kau juga pandang aku..
Lalu terlontarlah "Mana adik?"

Sudahnya MIL baru teringat yang si bongsu tertinggal di kedai
Pergilah the second BIL ke sana
Take time lebih kurang 20 minit juga nak sampai ke kedai mereka tu
Bila dah sampai cari rumah belakang yang selalu dia bermain tu
Tiada orang
BIL yang tinggal di belakang kedai juga tiada
Ada kenduri selepas solat jumaat
Melilau cari, sudahnya balik la ke rumah

BIL yang jemput MIL dari kedai pula pergi
Naik moto, nak cari di sepanjang jalan
Kot2 ada orang yang tumpang atau sebagai
Keluar dari rumah lepas dalam 500 meter
Nampak si bongsu naik motor dengan seorang lelaki
Pakcik tu tolong hantar sebab nampak dia menangis depan kedai
Pakcik tu cuma ikut jalan yang dia tunjuk saja

Kesudahannya....
Alhamdulillah, Allah masih melindungi
Juga sebagai peringatan untuk semua

Kalau di luar dari pulau, entah apa lah yang jadi.
Hikmahnya, si bongsu sudah tidak meraung mahu ikut ke kedai petang semalam

Sudah berbulan-bulan dia ikut ke kedai kalau cuti sekolah
Kalau tidak dibawa akan menangis meraung2
Aimi pula tinggal di rumah MIL dengan MakNdaknya..

Dan ada hikmah juga Aimi tidak ikut ke kedai pagi semalam..

Syukur padaMu Ya Allah....

Luvs,
KakChik


Ahad, 15 Mac 2015

Fokus & positif

Tiada apa yang mampu terluah
Kita hanya orang bawah
Kalau diberi notis saat akhir
Jadi kita hanya berserah

Tapi mesti tanam dalam hati
Pasti ada hikmah


It's ok, just one day will be delayed. 

Positive

Positive







Still Positive..









Luvs,
KakChik

Jumaat, 27 Februari 2015

Tiada yang setia...

Wahai yang sentiasa dirindu
Semoga kamu tenang aman selalu
Di sana yang akan kami jua tuju
Sesungguhnya masih terasa kamu masih di situ
Bersama kami yang masih mencari

Wahai yang sering dirindu
Hilang kamu dari kami
Tanpa kami bersedia
Tanpa sebarang petanda
Juga tanpa satu patah kata-kata

Wahai yang kukuh di hati
Sungguh kamu pergi membawa seluruh jiwa kami
Yang masih bertatih untuk berdiri kembali
Selepas perginya bidadari hati kami
Kerana kamu tempat kami berteduh cinta hati

Wahai yang selamanya di hati kami
Hilang kamu di dunia
Namun yang nampak di mata juga entah ke mana-mana
Kenapa harus tidak setia mereka
Tega menjauh dari kami semua

Wahai penghulu kami dari rahim bidadari kami
Semoga kamu sentiasa tenang bahagia di negeri abadi
Bersama ayahbonda dan para solihin
Usah digusar pada tinggalan di sini
Kerana kami tanam dalam hati, akan terus setia memerhati
Walaupun semakin jauh mereka berlari
Namun kami yakin janji Allah itu pasti

Tenang, aman, bahagia
Hanya kiriman doa-doa dari kami di sini
Aminnnn...


-Adindamu yang merindu-