Pengikut

Ahad, 12 Ogos 2012

Dugaan hujung-hujung Ramadhan...:(

Cepat sembuh ye sayang ibu...aminnnn

Assalamualaikum....
Tetiba hari ni terpannggil untuk mencoret di sini....

Actually si gebu yang dok merenung laut kat atas tu x sihat. Sudah dua tiga hari selsema dan demam.Tapi demam tu macam dah kebah 2 hari lepas dan sudah aktif & ligat seperti biasa. Sudah boleh lompat-lompat dan menari nyanyi ikut semua lagu kartun kat Chanel 613 tu...

Tapi,,,tetiba petang semalam Allah nak uji tahap kesabaran bulan Ramadhan agaknya. Cik Aimi ni tetiba batuk-batuk dan berkahak. Cik Aimi memang kalau batuk mesti muntah. So,petang semalam dah muntah selepas waktu iftar 2 round. Dan ibu pun rasa sedikit senang hati sebab dah kurang bunyi kahak bila bernafas. Dan seperti biasa dia pun mane tahu duduk diam kalau dah sihat.kan...lompat-lompta itu pasti. Minum susu sebotol dan layan jer kartun dia tu.

Bila dah tgh malam sket about 12.30 midnight, Cik Aimi dok batuk-batuk selang 2-3 minit sekali. Ingatkan macam biasa jer, cuma breathing dia laju sket. Dia cuma dok merengek-rengek jer sambil tidur tapi susu dah x mao minum walaupun dah bancuh susu baru.

Sekejap dia nak tidur atas dukung, sekejap pulak suruh lepaskan dia atas tilam..gitu la gayanya sambil ibu dok packing beg sebab hari ni kereta dah kena hantar. Ayah dok layan diving kat chanel olimpik tu sambil dok observe Cik Aimi.

Pagi ni breathing Cik Aimi dah makin laju dan ibu memang x boleh cuti hari ni sebab ada urgent kat ofis. Jadi ayah la kena berkorban jaga Cik Aimi kat rumah pagi ni sementara ibu pergi keje. Dalam pkl 9.30 am, ibu minta permission keluar sekejap sebab nak hantar kereta ke Dermaga Tanjung Lembong dan ayah teruss bawa buah hati kami ke klinik. 

Akhirnya doktor decide Cik Aimi kena ambil gas utk cairkan kahak..and finally lelah@asma@semput Cik Aimi menyerang kembali selepas lebih kurang tiga tahun x de. Maybe salah makan tapi dia bukan makan apa pun atau sebab cuaca yang kering, panas dan sedikit berdebu sekarang ni...

Alahai sian pengarang jantung ibu ayah ni, asma sampai x larat nak angkat kepala. Tapi lepas ambik gas tadi ayah kata baru boleh cakap dgn ayah. Dan tertidur dalam kereta,penat agaknya jantung kena bekerja lebih semalam. Get well soon puteri ibu. Cuma dua hari jer lagi nak balik kampung, cepat sembuh ya...

Selamat berpuasa peeps (walaupun dah hujung Ramadhan tetap nak wish jugak)..
dan...
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Maaf Zahir Batin....(kepada yang menempuhi perjalanan x kira dekat jauh, moga sentiasa selamat tiba ke destinasi)...

Sayang,
KakChik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan