Pengikut

Isnin, 13 Mei 2013

Buku & Komentar 14: Sandal Bunga-bunga

Penulis: Faziela
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
ISBN 9789670508252
Harga: RM20.00 / RM23.00
Cetakan Pertama: April 2013
Halaman:

Rasa KakChik:

Karya kedua penulis sedikit kurang memikat hati KakChik berbanding karya pertama beliau. Tetapi Faziela masih mengekalkan perkahwinan yang diatur keluarga, walaupun pada dasarnya kedua orang tua mereka tidak pernah memaksa.

Mereka bersatu selepas keduanya gagal dalam perhubungan yang sebelumnya. Zahran yang ditinggalkan 'dia' yang bertunang dengan lelaki lain dan Izza yang ditinggalkan kerana kekasih selama 8 tahunnya curang dengan kawan baiknya sendiri.

Bukan mudah untuk mereka bangun, terutama Izza mengalami kemurungan yang panjang. Zahran juga tidak senang untuk melupakan 'dia' sehingga dia mengambil keputusan untuk meletak jawatan bergaji tinggi di .

Zahran yang memahami dan tolarensi buat Izza selesa dalam perhubungan mereka suami isteri. Walaupun kadang kala dia rasa didera oleh Zahran yang meminati activiti outdoor yang ekstrem.

Dalam bahagia, mereka teruji dengan sesuatu yang tidak dijangka. Kehilangan dan penderitaan Izza dalam satu hari mengubah situasi bahagia yang mereka nikmati.

Kuat atau tidak mereka, hanya mereka yang perlu hadapinya.

Komentar KakChik:

Suka dengan watak Zahran yang nampak matang tapi sangat rasa nak cepuk kepada dia apabila Izza bertanya berkenaan masa lalunya. KakChik rasa seperti Zahran tidak jujur pula.

Kalau penulis menitip info yang lebih banyak berkenaa penyakit yang ditanggung Izza selepas peristiwa hitam tu rasanya berilmu juga untuk pengetahuan pembaca.

Apa pun, tahniah pada Faziela untuk karya bercetak yang kedua. Teruskan menulis ye...:)

Luvs,
KakChik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan