Pengikut

Ahad, 16 Jun 2013

Rumah kuning

Dialog tentang rumah kuning antara kami dua tiga hari ni.

Ibu: Yang, bila nak apply cuti?
Ayah: Cuti apa?
Ibu: Cuti nak balik kampung la.
Ayah: Puasa pun belum, lambat lagi.
Ibu: Nanti x approve nanti.
Ayah: Ya Allah, perangai kalah Aimi.
Ibu sengih jer la sebab memang rasa teruja untuk balik ke rumah kuning tidak pernah berkurang.

Aimi: Aimi nak naik bot.
Ibu: Nak pergi mana?
Aimi: Balik rumah kuning, nak balik mok, nak balik ayoh teh.
Ibu: Nanti bila ibu ayah cuti.
Aimi: Aimi dah cuti school
Ibu dalam hati cuti weekend mana sempat Aimi oooiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

Owhhhhhhhhhhhh, rindu kami pada rumah kuning. Aimi yang jarang-jarang balik ke sana pun tak pernah lupa rumah kuning. Ini kan pula ibu yang dilahirkan, membesar dan dewasa di rumah kuning. Rindu sangat-sangat.

Ya Allah, lambatnya rasa.

Rumah kuning
Rindu pada 'rasa' kamu
Yang penuh bahagia

Tiada ulasan:

Catat Komen