Sejak akhir-akhir ni KakChik banyak berfikir dan memerhati. Dan perkataan kenapa terlalu sering mengganggu minda hingga kadang kala terbawa-bawa dalam tidur. Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Jawapannya mungkin begini bagi kita tapi mungkin ia akan jadi begitu pada orang lain. Kerana pemahaman dan pandangan setiap orang tu berlainan walaupun mereka kembar yang berkongsi karung di dalam rahim ibu mereka.
Setiap insan mestilah mahu yang terbaik dalam hidup mereka dan juga orang-orang yang mereka sayang. Tapi kadang kala kerana terlalu sayang, kita bagaikan terleka dan tidak prihatin terhadap sesuatu benda. Mungkin pada hemat kita perkara tersebut tidak penting buat masa kini tapi tidakkah kita terpikir perkara tersebut bekalan masa depan mereka. Memang ada yang berjaya walaupun tanpa sijil/diploma/ ijazah/ master hatta PhD sekalipun tapi berapa kerat sahaja. Malah boleh dihitung dengan jari pun.
KakChik cukup tidak bersetuju kalau segala kehendak anak dituruti sehingga menjadikan anak itu terlalu manja atau lebih tepat mengada-ngada. Tak dapat apa yang dihajati meraung bagaikan nak beritahu seluruh dunia. Malah segala tindak tanduk anak yang salah pun tidak mahu ditegur. Aduhaaiiiiiiiiiiiiiiiiii. Kita yang melihat pula rasa ringan saja mulut mahu berbunyi segala.
Isu persekolahan adalah sesuatu yang memang KakChik pandang berat. KaKChik tidak suka melihat anak-anak yang ponteng sekolah sewenangnya tanpa alasan yang kukuh. Dan lagi buat KakChik geleng kepala, segala perbuatan anak-anak itu bagaikan direstui mak ayah pula. Adakah mereka sudah terlebih harta untuk diwariskan kepada anak-anak sehingga ilmu itu sudah tiada dalam senarai utama mereka.
Adakah kerana terlalu sayang, maka segala kehendak mereka dituruti tanpa dibangkang baik buruknya? Pada KakChik bukan TAK SAYANG kalau sekali sekala kita 'mengangkat tangan dan suara' pada anak-anak untuk buat mereka sedar apa yang terbaik buat mereka. Jangan jadikan alasan mereka masih kecil dan tak tahu apa-apa sedangkan didikan dari kecil itulah bekalan mereka ke alam dewasa.
Kerana KakChik sedar mak sayanglah, paha kami adik-beradik perempuan selalu biru jika menyampuk ketika orang tua bercakap ketika alam kanak-kanak kami. Malah perkara tersebut akan menjadi gurau senda kami sekarang apabila berkumpul. Sebab cubitan halus & kecil maklah kami menjadi 'orang' pada masa sekarang. Jadi salahkah kadang kala permintaan anak-anak itu kita bangkang untuk kebaikan mereka?
Peringatan untuk diri sendiri juga.
Moga didikan arwah ayah dan mak akan sentiasa segar dalam ingat kami adik-beradik..Aminnnn. Alfatihah buat ayahanda tercinta..
Luvs,
KakChik
p/s: Masih dalam dilema untuk bercuti atau tidak? Hurmmmmm...
Pengikut
Rabu, 18 September 2013
Ahad, 15 September 2013
Buku & Komentar 17: Terukir Cinta
Penulis: Anna Lee
Penerbit: Idea Kreatif
Publication
ISBN 978-967-77925-2-8
Cetakan 1- Ogos 2013-09-15
Halaman: 615
Harga: RM24.00 / RM27.00
Terkeliru
sama ada nak bagi 4 atau 3. Kesudahannya cuma berpuas hati dengan 3.5 bintang
saja.
Wahhhhhhh, takut pula rasanya nak review karya ni sebab rata-rata rate yang diberi pembaca semuanya tinggi-tinggi belaka. Mungkin penilaian KakChik yang paling rendah kot. Ampun ya cik/puan penulis. KakChik menilai dari rasa sudut hati sendiri yang asyik nak demand aje sekarang ni.
Kisah ni perjalanan cinta suka duka Nadia Hussin-Ilham-Khalif-Maisara. Nadia yang sudah 30 tahun tu terlalu terdesak untuk berumahtangga apatah lagi selepas sepupunya Salina siap bertunang dengan juruterbang. Nadia makin tertekan dengan sikap Ilham yang selalu mengelat apabila berbincang perancangan untuk berumahtangga. Disebabkan kononnya nak jaga air muka dan menunjuk pada Salina, dia berbohong untuk bertunang dalam masa terdekat, sudahnya Ilham yang tertekan dengan paksaan Nadia telah buat keputusan untuk break upbuat sementara.
Sudahnya sebab desakan dan sikap terburu-buru Nadia tu dan sikap ego Ilham, hubungan selama 5 tahun tu terputus begitu saja. Ditambah lagi dengan kemunculan Maisara yang berjaga menggoda Ilham, lagi la buat Nadia naik hantu. Jadi untuk menunjukkan yang dia ni juga laku, Nadia main grab lelaki yang lalu di depan mata. Dah macam kisah dalam Dia… Random Guy la pula KakChik rasa.
Pertemuan pertama, memang dia tercabar dengan sikap Imran dan pertemuan kedua sebab kegedikan Maisara yang terlalu nak mengenali teman lelakinya. Walaupun setiap pertemuan itu dengan orang yang sama tapi dengan perwatakan yang berbeza dengan Nadia tak perasan langsung. Sikap Nadia yang terlalu teruja dengan kehadiran Khalif ni juga didorong dengan sikap teman-teman baiknya, Hara dan Yatie. Mereka yang selama ini tidak begitu berkenan dengan Ilham, laju aje memaikan peranan untuk membantu Khalif-Nadia sebagai kekasih.
Khalif memang memainkan peranan kekasih yang hampir sempurna. Nadia pula yang selalu dilayan endah tidak endah oleh Ilham, memang terbuai sungguh. Sedang mereka menyulam bahagia tiba-tiba Ilham muncul untuk kembali kepada Nadia. Nadia ni memang tidak tetap pendirian, boleh dia teragak-agak dengan keputusan dia sama ada nak kembali kepada Ilham atau terus bahagia dengan Khalif yang romantik tu. Keadaan makin bercelaru disebabkan malam 'durjana' tu dan Nadia nekad tidak mahu lagi bersemuka dengan Khalif.
Kalau nak tahu kesudahan siapa pilihan Nadia, kena baca ye..:P
Permulaan kisah memang dah menarik hati tapi bila dah selusuri ke pertengahan jalan hingga ke akhirnya, ada sesuatu yang buat KakChik terkilan. KakChik rasa macam tak puas hati dengan watak utama dan juga sikapnya yang digambarkan terlalu cepat berprasangka buruk, tidak tetap pendirian dan juga tidak berani untuk bersemuka. Sudahnya dia sendiri yang hampir menolak bahagia yang sudah di depan mata.
Watak Khalif - pasti mendapat tempat di hati peminat yang suka hero romantik sebegini.

-LiFe iS a LoNG JourNeY-
Sabtu, 14 September 2013
Zalim ke????????????
Entah kenapa
Sekarang ni selalu tidak tenang
Selalu berbelah bahagi dengan rasa hati
Terdengar ura-ura
Akan ada majlis di rumah orang tua En Azman
Tapi tiada yang memberitahu kepada kami secara sah
Jadinya, kami tertanya-tanya
Jadi, KakChik pun terbelah bahagi
Perlu ke mohon cuti segala
Perlu ke korbankan AL yang cuma tinggal cinonet jer tu
Tambah lagi seperti tiada yang mahu memberi kata putus
Sudahnya
KakChik berkata
"Jangan tanya pula kenapa saya bekerja nanti ye."
Pada hari yang diwar-warkan itu
Jadi,
Zalim ke???????
Luvs,
KakChik
p/s: Kalau ikut hati memang la nak buat tak peduli tapi bila diingat pada yang berumur, rasa x sampai hati...huhuhuhuhu.. Delima..:(

Langgan:
Catatan (Atom)