![]() |
Comel kan cover dia..:) |
Penulis
:Syasyaja
Penerbit:
Jemari Seni Sdn Bhd
ISBN
978-967-5118-88-3
Harga: RM
20.00 / RM23.00
Muka surat:
483
Cetakan 1 -
Mei 2012
Kata kulit
belakang:
Kebahagiaan akan datang kalau kita tidak menghalang
diri kita daripada mengecap kebahagiaan
Aufa
mahukan anjakan paradigma - melalui perkahwinan! Tetapi tidak mempunyai calon
suami. Mungkin memang betul wujud 'hantu kahwin' dalam dunia ni dan telah
berjaya merasuk fikiran Aufa. Idea gila ini menemukan Aufa dengan 'jejaka
idaman Malaya'.
"Kenapa
awak nak kahwin dengan saya?"
"Saya
ada cakap ke yang saya nak kahwin dengan awak?"
"Habis
tu, kenapa pulak awak ada dekat sini?"
"Mak
saya suruh kenal-kenal dengan awak."
Jeda.
"Awak
pulak?"
"Ibu
saya cakap, saya kena berkenalan dengan awak."
Ya, jejaka
tu langsung tak termasuk dalam senarai jejaka idaman Aufa. Aufa mahukan lelaki
bermulut manis seperi Bruno Mars. Tapi yang dia dapat lelaki dari Planet Mars
yang kerek! Tapi yang kerek itulah yang berjaya buat dia gila
bayang tahap melayang terbang sampai ke bulan.
*****
SYASYAJA yang
dikenali sebagai BULANHIJAUdi weblognya, menulis tentang gadis muda yang mencari bahagia dengan gaya
santai yang membuat kita senyum sampai ke langit.
Komentar
saya:
Kulit muka
yang comel memang buat tangan terus capai saja naskhah ni di rak booth jemari
seni ketika pbakl 2012. Memang comel la cover buku ni.
Gaya santai
penulis memang mampu meringan kepala yang berserabut dengan bahasa yang mudah
untuk dihadam tambahan lagi dengan terms yang poyo. Tapi pada saya yang memang
amat jarang membaca/mengikuti perkembangan e-novel, karya ini masih belum mampu
membuat saya tersenyum sampai ke langit. Mungkin sudah mahu cecah ke langit
tetapi sedikit tergantung di awanan.
Bak kata
seorang teman, x-factor penting bagi sesuatu
karya dan saya tidak temui x-factor tersebut.
Namun begitu sekalung tahniah buat penulis yang telah berjaya menghasilkan
karya sulung secara cetak. Moga permulaan langkah ini akan memberi pulangan
yang baik pada masa depan.
Mungkin
kalau penulis memberi ruang yang lebih kepada permasalahan keluarga Aufa dan
juga rasa yang ditelan Hakim selepas kehilangan, karya ini mampu mengikat hati
saya.
Walaupun
begitu, saya temui sesuatu yang melekat di hati:
'Setiap nafas kita adalah pinjaman dari Tuhan, yang
hanya menunggu masa untuk diberhentikan.' - Syasyaja, SSL:470.
Luvs,
Kchik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan