Pengikut

Isnin, 18 Februari 2013

Buku & Komentar 10: Dia Tak Tanya

Penulis: Aleya Aneesa
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd @ Karangkraf.com
ISBN 978-983-124-8331
Halaman: 672
Terbitan: Pertama - Dis 2012
Harga: RM 26.00/ RM 28.00

Rasaku:

Tak sedar pun ambil masa hampir sepuluh hari untuk khatam karya terbaru penulis ni. Tak tahu apa yang kurang tapi KakChik macam tak boleh nak masuk, puas la dok pujuk hati untuk lebih terbuka.

Kalau nak dinilai dari segi bahasa, tiada apa yang perlu dipertikaikan lagi sebab ini penulis yang sudah dikira otai. Bahasa yang cantik dengan tatabahasa yang indah cuma perlu diperkemaskan lagi untuk cetakan seterusnya dari sudut ejaan yang terdapat beberapa kesilapan.


Yang lainnya kisah yang digarap penulis kali ini adalah perkahwinan yang dipersetujui bersama Najid dan Najihah tetapi bukan atas dasar sayang dan cinta. Walaupun pada mulanya ditentang oleh ayah Najid, papa Najihah dan Ilham, mereka tetap berkeras juga untuk meneruskan niat dan impian untuk mempunyai rumahtangga. Oleh sebab mereka tidak pernah mempunyai teman istimewa dan setelah berusaha mencari insan yang sesuai tidak berhasil, mereka nekad untuk menerima usul Ilham untuk mengikat hubungan persahabatan sedari kecil kepada hubungan suami isteri. Keinginan mereka terlalu didorong perasaan untuk merasa bahagia yang dikecapi oleh orang di sekeliling mereka. Oleh sebab persamaan mereka yang membesar tanpa keluarga yang lengkap, keinginan tersebut memang tidak mampu lagi ditentang oleh Datuk Bazli, Datuk Hakkam dan Ilham.


Namun mana mungkin bahagia itu akan melatari rumahtangga mereka jika mereka sendiri tidak berusaha untuk menggapainya. Najid yang penuh kasih sayang dan cukup melindungi berubah menjadi insan yang tidak Najihah kenali selepas mereka terikat dengan hubungan yang halal. Najihah yang lasak, kasar dan suka melawan sebelum berkahwin, menjadi seorang yang lemah, air mata dengan mudah mengalir bila Najid berubah suka marah-marah,hanya disebabkan kesalahan yang kecil. Hubungan yang diharapkan boleh memberi kebahagian kepada mereka rupanya meninggalkan luka yang dalam di hati Najihah sehingga dia mengambil keputusan untuk tidak bertemu Najid lagi selepas Najid membuat keputusan untuk berpisah.


Mungkinkah mereka mengekalkan janji mereka untuk tetap berkawan walaupun selepas mereka berpisah? Adakah luka di hati Najihah yang digores Najid terus berdarah selamanya? Berperanankah insan-insan di sekeliling mereka untuk memberi panduan kepada pasangan muda ini? Segalanya akan terjawab dalan DTT jika karya ini dihayati.


Watak -watak sampingan juga tidak kurang pentingnya dalam pengolahan jalan cerita dalam DTT. Walaupun pada mulanya dah mula nak jatuh hati pada Najid tapi sampai satu tahap rasa nak lepuk kepala dia yang tak sensitif dengan isteri sendiri. Karya yang penuh warna warni perhubungan keluarga dan kesan ketiadaan salah seorang ibu bapa dalam sebuah keluarga tetap meninggalkan kesan yang mendalam dalam perkembangan pembesaran anak-anak.


Luvs,
KakChik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan