Pengikut

Khamis, 9 Mei 2013

Buku & Komentar 12: Anak Teruna Makcik Rahimah

Gambar doktor tu memang ada tarikan

Penulis: Sakeena
Terbitan: Jemari Seni Sdn Bhd
ISBN 978-967-0508-24-5
Harga: RM20.00 / RM23.00
Halaman: 489
Cetakan 1 - Mac 2013

Garapan dua watak hero dan heroin yang berlainan karektor dan kerjaya. Ain Zahra yang sentiasa sibuk dengan segala perkakasan hospital. Manakala Arm Waseem pula sentiasa kalut di Unit Trauma. Pertemuan pertama yang menjadi konflik antara mereka rupanya ada petanda lain.

En Kopi yang kerek yang layak digelar pakcik di mata Cik Tool Bag. Setiap kali bertemu pasti ada saja isu yang akan dijadikan bahan untuk pergaduhan mereka. En Kopi yang dah taraf pakcik tu pun bukan reti nak beralah dengan budak muda macam Cik Tool Bag tu. Dia pula yang lebih-lebih mengalah perangai budak tak cukup umur. Pelbagai ugutan yang dibuat demi untuk menghapuskan rasa bersalah budak. muda tu yang buat baju putih labuh dia bercorak cantik tu.

Hidup Ain Zahra makin haru selepas ikatan pertunangan yang terikat di Tanah Suci. Dia seperti terpukau untuk terima pinangan Makcik Rahimah. Tertekan juga Ain sebab dia tak tahu pun dia bertunang dengan siapa. Seluruh keluarga seperti berahsia dengan dia.

Perkahwinan yang terikat tanpa rasa itu meninggalkan kesan yang sungguh tertekan pada Ain sebab dia ada sesuatu yang dia rasa takut untuk menerimanya sehingga dia tidak pernah untuk buka hati menerima lelaki yang telah menerima akad kabul ke atas dirinya.

Adakah bahagia akan menunggu mereka di hujung sana? Sesiapa nak tahu sila beli ye buku ni.:P

Komentar KakChik:

Senyummmmmmmm....serius asyik sengih-senyum-gelak jer sepanjang ulit karya ni. Serius rasa happy & enjoy sepanjang bersama En Kopi dan Cik Tool Bag. Segala gelagat, gurau senda dan rajuk manja mereka tu buat KakChik tak sabar nak tahu apa penamatnya.

Penulis telah menggabungkan semua watak dengan begitu santai sekali sehingga kita tak rasa antara mereka ra terpinggir. Olahan plot dan bahasa yang mudah juga salah satu pemangkin karya ni menarik hati KakChik. Tambahan lagi dengan konflik yang minima tanpa meleret-leret.

Kerjaya Ain Zahra ni menarik untuk diketengahkan sebab tak pernah pula KakChik tahu segala perkakasan hospital tu memerlukan seorang jurutera pun. Sebenarnya tak pernah terfikir pun yang segala perkakas penting tu mesti diservis sebegitu rupa. Ingatkan hanya juruteknik biasa je yang handle. KakChik nak kena guna pakcik google ni untuk tahu lebih lanjut tentang kerjaya mencabar ni.

Serius suka karektor Dr Waseem yang sungguh sweet dan romantik walaupun rasa macam nak ketuk jer kepala budak Ain yang sengal tak mahu terima suami yang punya la baik tak hengat tu. Tapi KakCik memang tak boleh nak terima la kelakuan budak Ain ni yang boleh pi tampar muka suami dia tu, walaupun cuma satu part je tetap rasa macam tak boleh terima. Tak suka tau.

Serius tak rugi beli buku ni.

Buat Cik Penulis yang manis, moga cepat sembuh ye sebab KakChik tunggu kisah Pia di blog tu dibukukan pula.

LiFe iS a LoNG JouRNeY
Luvs,
KakChik

2 ulasan:

  1. Kak chik,saya baru beli buku ni.baru baca part 1 tp best!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nini,
      Thanks, sudi singgah sini. Yup, bg kchik kisah santai ni byk pengajarannya..:)

      Padam