Pengikut

Rabu, 7 Ogos 2013

29 Ramadhan 1434H: Kenapa dia begitu?

Sudah hari terakhir Ramadhan tahun ni. Pelbagai rasa menghurung diri. Sedih pilu kerana tahun depan belum tentu lagi kita akan bertemu dengan Ramadhan lagi. Rasa sayu yang selebihnya sebab tahun ni kena paksa rela bekerja di hari raya.

Petang semalam berbuka puasa di rumah keluarga En Azman. Syukurlah mereka adik-beradik tidak pernah berjauhan dari mak ayah. Semuanya memang masih tinggal di situ. Berbuka ramai-ramai memang meriah. Owh, kali kedua berbuka di rumah keluarganya ramadhan kali ni walaupun rumah dekat la sesangat. Huhuhuhu

Sedang berbuka tu, sekali terkeluar isu yang agak sensitif la kot. Semua pakat nak sentap je. Tambah lagi En Azman. Apa yang KakChik perhati selama 7 tahun kahwin ni, En Azman memang agak 'keras' sikit dengan adik-adik dia. Jadi bila ada isu yang sensitif, dia la pembangkang yang kuat bersuara. Sebab anak sulung ke hapa tak tahu la kenapa? Dia memang tegas dan 'keras' kalau yang melibatkan hal famili dia.

Sebab isu tu jugak, KakChik hanya berdiam diri aje. Terkeli-kelip mata tengok En Azman naik hangin. Adooiiiiiiiiiiii...nasib baik tak tercekik masa berbuka tu.

Kenapa ye dia jadi begitu:
- mungkin faktor waktu dia membesar dulu penuh dengan kesulitan. Seawal sekolah rendah dia sudah mengerah seluruh tulang empat keratnya untuk membantu mak ayah berniaga mencari rezeki. Umur 13 tahun, semua kelengkapan sekolah sudah mampu dibeli sendiri dengan duit berniaga burger. Tingkatan 4, dia sudah mula bekerja part time ketika cuti sekolah untuk mencari duit poket. Katanya bukan sebab mak ayah tak boleh nak sediakan semua tu untuknya tapi sebab dia ingat di bawahnya ketika itu adik-adik seramai 7 orang berderet dan kecil.
- dia cukup pantang kalau adik-adik kurang ajar dengan mak ayah dan tok. Melawan cakap mak ayah, makanya keluar la aura naga dia tu.
- adik-adik yang berlagak kaya dengan duit yang dikerah dari mak ayah. Bergaya bagai anak orang kaya duit tujuh gunung yang takkan tipis.

Selalu juga KakChik terdengar adik-adiknya berkata, abang mereka tu berkira pahit. Tak boleh nak dibangkang dan sebagainya.

Bagi KakChik, apabila isu yang melibatkan perkara ni, memang KakChik tak masuk campur cuma kadang-kadang tegur juga suruh dia slow down kalau bercakap dengan mak  ayah. Takut jatuh jadi anak derhaka pula.

Didikan yang berbeza dan layanan mak ayah yang berbeza memang meninggalkan kesan yang kukuh pada diri dia. Katanya, mereka terlalu diberi kesenangan sehingga kemewahan tu menenggelamkan segala rasa hormat dah sayang pada mak ayah. Mungkin itu yang buat dia terluka.

Harapnya Aidilfitri ni akan memberi satu rasa dalam hati kita untuk lebih menghargai.

Salam Lebaran semua. Be safe on your hari raya journey!

Luvs,
KakChik

p/s: Abang, kadang-kala kita mesti terima yang kasih sayang tu memang akan ada yang berbeza. Penat tau dengar awak dok marah-marah gitu.


Ahad, 4 Ogos 2013

26 Ramadhan 1434H: Pengubat hati pilu


Alhamdulillah, murah rezeki
Dapat kuih raya 2 jenis dari tempat kerja
Dan juga duit raya
Apa,ingat orang tua x leh dapat duit raye ke?
Colour purple KakChik punya
Warna biru En Azman yang punya
Campuran kuih tradisi dan moden
Nice decoration yang simple

Terubat juga hati yang pilu x dapat balik kampung raya ni
Tadi, ada yang bertanya "Tak balik Ganu ker?"
"Huwaaaaaaaaaaa," 
KakChik buat-buat teriak la
Tak pe, kalau dah kita set dalam mind tahun ni x dapat balik raya
Tak de jadi masalah, insya Allah
Walaupun rasa sedih pilu tu tetap ada.

Persiapan raya: 
1. Baju raya Cik Aimi - done
2. Kasut raya Cik Aimi - En Azman janji nak pi beli mlm raya
3. Baju raya KakChik - kononnya majuk sebab x leh blk raya, jadi x beli baju raya tapiiiiiiiii ada 2 hari lg sebelum raya nih
4. Baju raya En Azman - En Azman tak mao baju baru. Warna yang sama dengan baju Cik Aimi dah ada. Pakai jer la yang tu, katanya. Bukan kedekut tau tapi tak nak membazir katanya. kihkihkih
5. Kuih raya - baru sudah conflakes madu. Ingat nak buat cookies sejenis dan bakar kek lapis 2@ 3 jenis. Cukuplah tu.
6. Tapai - first time nak buat sendiri, selalu tolong mok bungkus jer. En Azman tergelak je bila KakChik kata nak buat tapai. Selasa malam akan dibungkus.

Tinggal 3 malam terawih aje lagi yang nak dikejar
Betapa cepatnya masa berlalu
Moga berkat-Nya sentiasa ada untuk kita semua

Salam Aidilfitri ye

Luvs,
KakChik

p/s: Konon tak nak sedih2 tapi bila kawan2 yang dapat balik kampung duk cerita pasal raya, bergenang juga air mata. isk isk isk.


Sabtu, 3 Ogos 2013

25 Ramadhan 1434H: Balik kampung!

Ramadhan cuma tinggal 4 hari saja lagi untuk meninggalkan kita. Alhamdulillah, masih diberi nikmat untuk terus bernafas atas muka bumi Allah SWT ni. Insya Allah, moga berkat Ramadhan akan berpanjangan ke bulan Syawal terusnya ke Ramadhan tahun depan. Insya Allah, jika umur panjang. Aminnnnn.

Enrti yang tak boleh blah. Bak kata my little sis, yang sedang kesedihan di kampung. Tahun ni turn kami adik-beradik yang sudah berkeluarga beraya di perantauan. Alah di rumah mertua sebenarnya. Jadi, Aidilfitri kali ni cuma tinggal my little sis and her 3 big brothers. Opppssss, tak lupa keluarga Along yang tiap-tiap kali raya boleh balik beraya dengan mok sebab kedua mertua Along dah tak de. Jadinya, sunyi la rumah mok tanpa riuh rendah suara anak-anak perempuan. Cuma tinggal seketulnya antara 6 orang.

Hati, hari ni makin sayu bila buka jer pc semua dok cerita balik kampung. Sape tak sedih tak boleh raya dengan mak ayah sendiri. Kali ni Aidilfitri yang ke-4 tanpa arwah ayah. Moga arwah ayah sentiasa tenang di sana. Insya Allah, doa anak-anak ayah tidak pernah putus buat ayah. Tenanglah di sana.

KakChik lagi sedih sebab this raya my turn to work. Walaupun bukan kali pertama tapi dah hampir 5 kali bekerja pada hari raya Aidilfitri, hati tetap rasa sayu dan sedih. Tambahan lagi tahun ni ramai jer staf yang pertama kali kena kerja hari raya. Mahu ada yang buat drama Samarinda nih.

Okehhhh, berbalik kepada tajuk di atas, (chewahhhh, skema tak hingat nih) isu balik kampung ni memang isu sensitif. Kalau suami isteri, boleh jadi isu gaduh besar musim perayaan macam ni. Kalau yang kampung halaman dekat-dekat mungkin tidak menjadi hal (walaupun ada jer yang dok bercekau) tapi kalau yang kampung nun satu kat utara, satu kat selatan memang akan menimbulkan konflik kalau tak ada toleransi antara suami isteri. Kalau bersetuju pun, mahu ada yang tunjuk protes sepanjang berada di kampung mertua. Tambahan lagi setiap tahun balik raya rumah mak dia aje. Ape, ingat kita ni tak mak bapak dan keluarga?

Sebenarnya, penyelesaian tu ada. Cuma kena berhemah dan sama-sama bertolak ansur. Kalau kita nak beraya dengan mak ayah kita, dah tu dia yang kat sebelah yang konon-kononnya kita dok canang rata-riti sebagai my soulmate tu tak perasaan nak raya dengan mak ayah dia ke?

Senang cerita, kalau kita ada mak ayah dan keluarga, dia pun sama ada mak ayah dan keluarga. Jadi, tolong ye memahami.

KakChik dalam hal ni, alhamdulillah. Allah SWT bagi ketenangan dan kesenangan pada kami. Sistem giliran yang kami guna, kalau tahun ni raya Aidilfitri kat pulau, Aidiladha kat Ganu. Begitulah sebaliknya. Kalau Aidilfitri kat pulau, kami akan balik kampung pada bulan Ramadhan. Lepas gian nak berbuka dan bersahur dengan mok dan keluarga kat kampung.

Kepada yang balik kampung, hati-hati sepanjang perjalanan ye.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H. Maaf Zahir & Batin.

s/p: Mood sedih yang tak pernah hilang walaupun dah 7 tahun kahwin. Sebab tak mahu tersedu-sedu di pagi raya, setiap kali raya kat pulau akan telepon mok malam raya, minta ampun segala.

Luvs,
KakChik