Pengikut

Rabu, 7 Ogos 2013

29 Ramadhan 1434H: Kenapa dia begitu?

Sudah hari terakhir Ramadhan tahun ni. Pelbagai rasa menghurung diri. Sedih pilu kerana tahun depan belum tentu lagi kita akan bertemu dengan Ramadhan lagi. Rasa sayu yang selebihnya sebab tahun ni kena paksa rela bekerja di hari raya.

Petang semalam berbuka puasa di rumah keluarga En Azman. Syukurlah mereka adik-beradik tidak pernah berjauhan dari mak ayah. Semuanya memang masih tinggal di situ. Berbuka ramai-ramai memang meriah. Owh, kali kedua berbuka di rumah keluarganya ramadhan kali ni walaupun rumah dekat la sesangat. Huhuhuhu

Sedang berbuka tu, sekali terkeluar isu yang agak sensitif la kot. Semua pakat nak sentap je. Tambah lagi En Azman. Apa yang KakChik perhati selama 7 tahun kahwin ni, En Azman memang agak 'keras' sikit dengan adik-adik dia. Jadi bila ada isu yang sensitif, dia la pembangkang yang kuat bersuara. Sebab anak sulung ke hapa tak tahu la kenapa? Dia memang tegas dan 'keras' kalau yang melibatkan hal famili dia.

Sebab isu tu jugak, KakChik hanya berdiam diri aje. Terkeli-kelip mata tengok En Azman naik hangin. Adooiiiiiiiiiiii...nasib baik tak tercekik masa berbuka tu.

Kenapa ye dia jadi begitu:
- mungkin faktor waktu dia membesar dulu penuh dengan kesulitan. Seawal sekolah rendah dia sudah mengerah seluruh tulang empat keratnya untuk membantu mak ayah berniaga mencari rezeki. Umur 13 tahun, semua kelengkapan sekolah sudah mampu dibeli sendiri dengan duit berniaga burger. Tingkatan 4, dia sudah mula bekerja part time ketika cuti sekolah untuk mencari duit poket. Katanya bukan sebab mak ayah tak boleh nak sediakan semua tu untuknya tapi sebab dia ingat di bawahnya ketika itu adik-adik seramai 7 orang berderet dan kecil.
- dia cukup pantang kalau adik-adik kurang ajar dengan mak ayah dan tok. Melawan cakap mak ayah, makanya keluar la aura naga dia tu.
- adik-adik yang berlagak kaya dengan duit yang dikerah dari mak ayah. Bergaya bagai anak orang kaya duit tujuh gunung yang takkan tipis.

Selalu juga KakChik terdengar adik-adiknya berkata, abang mereka tu berkira pahit. Tak boleh nak dibangkang dan sebagainya.

Bagi KakChik, apabila isu yang melibatkan perkara ni, memang KakChik tak masuk campur cuma kadang-kadang tegur juga suruh dia slow down kalau bercakap dengan mak  ayah. Takut jatuh jadi anak derhaka pula.

Didikan yang berbeza dan layanan mak ayah yang berbeza memang meninggalkan kesan yang kukuh pada diri dia. Katanya, mereka terlalu diberi kesenangan sehingga kemewahan tu menenggelamkan segala rasa hormat dah sayang pada mak ayah. Mungkin itu yang buat dia terluka.

Harapnya Aidilfitri ni akan memberi satu rasa dalam hati kita untuk lebih menghargai.

Salam Lebaran semua. Be safe on your hari raya journey!

Luvs,
KakChik

p/s: Abang, kadang-kala kita mesti terima yang kasih sayang tu memang akan ada yang berbeza. Penat tau dengar awak dok marah-marah gitu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan